Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Januari 28, 2011

DUN Tenang: SPRM wajar siasat sijil cuti sakit suami Normala Bonet !

Kalau mengikut amalan biasa bagi pengamal bidang perubatan moden iaitu apabila terdapat mana-mana kakitangan kerajaan mahupun kakitangan dari sektor swasta bila datang ke pusat-pusat perubatan seperti klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan setelah membuat pemeriksaan lanjut maka memang sahlah seseorang itu mengalami masalah kesihatan jadi untuk memudahkan urusan rawatan seterusnya dijalankan sudah pastilah pihak klinik atau hospital akan mengeluarkan satu dokumen iaitu sijil sakit lengkap dengan tandatangan pegawai perubatan bagi mengesahkan bahawa individu sepertimana nama yang tercatat didalam borang berkenaan memang sakit dan diwajibkan untuk mendapat cuti sakit bagi tempoh yang tertentu daripada majikan masing-masing.

Dan kepada yang telah diberi atau mendapat surat cuti sakit daripada klinik dimana mereka mendapatkan rawatan serta permohonan cuti mendapat kelulusan daripada pihak majikan, maka mereka ini harus menggunakan waktu cuti sakit itu untuk berehat sepenuhnya dari melakukan sebarang kegiatan yang boleh menambahkan kemudaratan kepada kesihatan tetapi sangat pelik dengan apa yang telah dilakukan oleh suami kepada calon PAS Normala Sudirman di DUN Tenang iaitu Encik Ma'aruf. Beliau telah mendapat 2 sijil cuti sakit yang kesemuanya berjumlah selama 19 hari iaitu bermula dari 10hb sehingga 28hb January 2011 namun dalam tempoh berkenaan beliau kelihatan nampak sihat dan ceria dikhalayak umum bersama isterinya yang sibuk berkempen untuk menawan hati rakyat di DUN Tenang.
Persoalannya ialah, apakah benar beliau sakit ? Apakah bentuk penyakit yang beliau hidapi ? Adakah beliau sakit kepala, sakit lutut, sakit gigi, sakit mata, sakit hati, sakit jiwa, demam kepialu, demam kura-kura, hidung berhingus, sengal-sengal otot dan sebagainya ?

Tetapi kalau benar beliau sakit kenapa juga dalam tempoh waktu bercuti itu dia sanggup dan masih mampu ikut rombongan isterinya meredah banjir dalam keadaan hujan dengan pakaian separuh basah untuk menjalankan kempen pilihanraya isterinya sedangkan jika difikir elok-elok adalah lebih baik untuk beliau berehat saja dirumah makan pil, makan panadol sehingga keadaan kesihatannya semakin beransur-ansur pulih.

Doktor atau pegawai perubatan tak marah ke dengan pesakit yang tidak peduli dengan pesakit yang degil, jangan main hujan, jangan keluar rumah waktu sakit...rehat saja di rumah tapi tak mahu dengar masih lagi mau main banjir dan apa sudah jadi dengan cuti sakit 15 hari..? Bagaimana pihak klinik atau hospital boleh bagi cuti begitu lama kepada seseorang itu sekiranya mereka bukan benar-benar sakit ?

Bagi saya, sudah ada dua kes timbul dari isu ini iaitu Encik Maaruf laki Normala Bonet Sudirman sengaja melarikan diri dari tugas dan beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib dan beliau telah menipu majikannya setelah bersubahat dengan pihak klinik sehingga beliau mendapat sijil cuti sakit untuk digunakan bagi tujuan membantu isterinya Normala berkempen.

Oleh itu, apakah pihak SPRM tidak berhajat untuk membuka kertas siasatan berhubung perkara ini sekiranya ada aduan yang diterima daripada orang ramai khususnya rakyat atau pengundi di DUN Tenang ? Harap ada aduan akan dibuat oleh penduduk Labis di Johor mengenai perkara tersebut sebab besar kemungkinan adanya unsur-unsur rasuah berlaku sehingga membolehkan sijil cuti sakit berkenaan dikeluarkan.

6 ulasan:

Mohd berkata...

Mana Pemuda UMNO Johor, tidur ke?
Sila buat laporan polis supaya SPRM boleh buka kertas siasatan!

al-ameen berkata...

Pemuda tido la baii,, sebab konfiden menang, dapat bajet pilhanraya boleh buat enjoy2 je.. ni la dia masalah UMNO ni, yang aku menyampah sgt.. aku benci PR Penipu dan penyesat, tapi aku bosan cara UMNO kerja, betul2 tak ambil peluang, hoi UMNO garang la sikit.. brutal la sikit, baru nampak mcm buat kerja dan membela rakyat,.. mcm puak2 PR ni, dapat perintah negeri lagi, tapi sebenarnya tak buat keje sgt pun, merompak je lebih nya, tapi gaya berpolitik tu mcm hebat sgt membela rakyat... UMNO kenelah agresif dan pandai promosi..

suaralensa berkata...

siasat jangan tak siasat !

blog 'anak merdeka telah dilink kan di Malaysian Blogger di blog
http://suaralensa.blogspot.com/

Mohd berkata...

SPRM dan polis patut siasat perkara ini.
Kecualilah jika SPRM Johor macam SPRM Kelantan dikuasai oleh orang2 PAS sampai Ariffahmi pun boleh lepas!

hilbert berkata...

Salam,

Mohd : peluang sudah dibuka seluas-luasnya oleh PAS untuk pihak BN bertindak tetapi sayang sekali peluang telah disia-siakan begitu saja.

Al-Ameen : ya bro..itulah yg kita nampak..macam lambat bertindaklah pihak BN ni.

Suaralensa : ok, terimakasih...sewajarnyalah SPRM siasat perkara penting seperti itu, bongkar misteri cuti sakit yang begitu lama.

armouris berkata...

info tentang demam kepialu di SIHAT SELALU - Salmonella thypi Penyebab Demam Kepialu

Arkib Blog