Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Januari 29, 2011

Cikgu Maarof lari dari tugas, tipu anak murid, tipu rakyat dan tipu kerajaan !

Suami kepada calon PAS di DUN Tenang, Cikgu Maarof bukanlah dari kalangan rakyat biasa yang hanya memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada selaku rakyat yang tahu mengenang budi kerajaan tetapi beliau adalah merupakan sebahagian daripada jutaan kakitangan kerajaan lain yang makan gaji dari pihak kerajaan Barisan Nasional menerusi tugas beliau sebagai seorang guru.

Tetapi tindakannya yang ternyata telah membelakangi prinsip yang harus ada pada seseorang guru itu apabila lari dari tugas dengan alasan telah mendapat cuti sakit memang tidak dapat diterima oleh akal memandangkan beliau adalah suami kepada seorang calon daripada parti PAS yang selalu mendakwa kononnya mereka adalah sebuah parti paling bersih dan sempurna dalam segala segi.

Dengan cuti selama lebih 19 hari yang telah diberikan kepada beliau sepatutnya waktu itu digunakan oleh Cikgu Maarof untuk berehat di rumah sekiranya benar beliau sakit ke apa dan bukannya mengikut isterinya ke hulu ke hilir berkempen dan tindak-tanduknya itu telah menimbulkan banyak kemuskyilan kepada ramai orang apakah sebagai seorang guru Cikgu Maarof sudah bersikap jujur dan ikhlas kerana belum apa-apa lagi dia sudah berani untuk ponteng dari tugas bagi membantu isteri untuk memenangi kerusi N.5 DUN Tenang dengan alasan yang amat meragukan.

Memandang kepada jawatan sebagai seorang guru yang disandang oleh Cikgu Maarof, saya merasa sangat pelik, mana tidaknya beliau bekerja dengan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dalam Barisan Nasional, makan gaji dengan melaksnakan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan semasa tetapi dalam pada itu beliau telah bertindak sama seperti gunting dalam lipatan, duri dalam daging telah membelot dengan menganiaya kerajaan secara jelas dan terang.

Cikgu Maarof sebenarnya telah belot dan mengkhianati serta menipu kerajaan apabila sanggup untuk bersekongkol dengan parti lawan semata-mata mahu menentang kerajaan yang mana beliau sendiri adalah sebahagian dari nadi penggerak kepada polisi serta dasar kerajaan yang sedia ada. Cikgu Maarof juga telah memperdaya anak-anak murid tempat di mana beliau mengajar apabila gagal untuk hadir ke kelas sehingga mengabaikan masa yang sangat bernilai bagi setiap pelajar.

Dan yang paling teruk tertipu ialah rakyat atau pengundi dalam kawasan kerusi DUN Tenang apabila mereka padanya sudah percaya bahawa Cikgu Maarof memang sakit tetapi kemudiannya mereka sudah mulai rasa tertipu apabila kerap kali terserempak dengan Cikgu Maarof begitu cergas dan sihat membantu kempen isterinya dalam kawasan DUN Tenang. Inilah calon PAS di Tenang, belum apa-apa lagi sudah pandai untuk membohongi rakyat.

Kepada para pengundi di DUN N.5 Tenang, esok...
UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL !

1 ulasan:

anti bohmau berkata...

lepas ni siapa2 yg terserempak dgn ma'arok ni bolehla hulur sekeping dua sijil sakit kosong utk dia isi sambung cuti. jgn tak hulur!

macam mana dia nak tunjuk muka di sekolah lepas cuti raya cina ni agaknya? tergamakka menerima seribu satu pertanyaan (ikut kronologi yg dia akan jumpa dulu dari:
1. pak guard?
2. orang kantin?
3. pekerja2 pejabat?
4. rakan2 setugas?
5. anak2 murid?
6. tukang kebun/ tukang sapu?
7. semua yg ada keliling dia????

cg mala melodramatik pulak nak ke mana? yg pasti, jadi guru pasti sajala...
tapi kalau takdak sijil/diploma/ijazah agama, boleh ka jadi ustazah pas?
sudah semestinya boleh! sebab bila masuk pas, sesiapa saja - pak guard, penjual ikan, pengedar maajun ubat kuat pun tiba2 bertukar taraf jadi ustaz/ulamak, boleh keluarkan apa saja ayat & fatwa bila berkata2 biarpun tak betul @ salah tafsir!! takdak faktapun takpa asalakan bunyi mcm ayat2 suci!! mrk sangat berani mempermain2kan ayat2 Allah demi kepentingan diri, parti mrk & paling tepat- demi UNDI!!

Arkib Blog