Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Januari 06, 2011

DS Dr Rais sengaja difitnah wanita Indonesia yang brengset !

Sejak isu seorang menteri kabinet Malaysia yang dikaitkan dengan kes merogol seorang pembantu rumah wanita Indonesia mula timbul, saya hanya mengikuti perkembangannya melalui blog rakan-rakan dan saya hanya ingin tahu siapakah individu yang dimaksudkan kononnya terlibat sepertimana yang didakwa oleh wanita pengemis dari negara seberang itu.

Saya dari mula lagi sudah agak ragu-ragu dan tidak percaya dengan dakwaan itu lebih-lebih lagi apabila tuduhan tersebut datangnya dari rakyat negara Indonesia yang bekerja di Malaysia. Mereka boleh buat apa saja tuduhan terhadap negara ini, terhadap pemimpin Malaysia serta terhadap rakyat Malaysia.

Lebih separuh rakyat Indonesia termasuk para pemimpin mereka memang tidak menyenangi kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dan mereka akan sentiasa mencari ruang dan peluang dari kelemahan kita sekiranya ada untuk dijadikan sebagai senjata bertujuan menggagalkan apa saja usaha yang pemimpin negara kita buat.

Dan, apabila nama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia YB DS Utama Dr Rais Yatim telah dikaitkan dengan tuduhan merogol wanita Indon itu, saya menjadi sangat terperanjat kerana sebagai rakyat Malaysia apakah kita juga sanggup untuk membesarkan berita yang paling tidak masuk akal seperti itu ?

Saya tak nak lah untuk mengulas berlebih-lebihan berkenaan isu ini sebab saya 100% tidak percaya dengan tuduhan yang dibuat oleh wanita Indon itu terhadap YB DS Dr Rais Yatim itu. Rakyat Malaysia jangan mudah lupa dengan apa yang pernah rakyat Indonesia buat terhadap negara kita selama ini. Saya bukannya bermaksud untuk mendahului siasatan polis dalam isu ini sekiranya perkara ini telah menjadi kes polis tetapi secara peribadi saya memang tidak percaya dengan apa yang telah didakwa oleh minah Indon itu terhadap DS Rais.

Mereka sanggup membakar Jalur Gemilang, pijak bendera serta potret pemimpin kita, sanggup melontar najis manusia didepan pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta, mahu menyerang Malaysia dengan buluh runcing. Adalah bukan satu perkara yang susah bagi mereka untuk membuat fitnah terhadap pemimpin negara kita. Rakyat Malaysia harus ingat semua itu, ingat apa yang rakyat serta pemimpin Indonesia telah buat terhadap Malaysia dan rakyatnya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..KLU BTUL DAKWAAN TU HARAP2 POLIS SIASAT. BERANI KERANA BENAR. TAPI KES ANUWAR TAKUT SBB MMG DH BERSALAH LE TU HUHUHU

hilbert berkata...

bro Jeff,

saya yakin DS Rais telah menjadi mangsa fitnah.. dan saya rasa memang pakatan pembangkang dalang disebalik semua itu..

tobeng berkata...

Yang penting rais berani ke depan untuk membersihkan namanya dan minta dirinya disiasat secara terbuka.

Bukannya menyorok di kedutaan mana2 negara(turki misalnya)sambil mengatakan ada orang nak bunuh dia.

Hehehe

Arkib Blog