Dulu awal tahun 1994 pernah heboh satu negara dengan berita fitnah penglibatan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tambi Chik yang dituduh kononnya telah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis bawah umur Norhayati Mohd Yusop juga dikatakan telah melahirkan seorang anak hasil perhubungan itu.
Ekoran dakwaan tersebut, Tan Sri Abdul Rahim telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan turut melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO waktu itu bagi memudahkan siasatan ke atasnya dapat dilakukan dengan berkesan dan tidak ada unsur-unsur campurtangan semasa siasatan sedang dilakukan.
Dan kini, tuduhan yang serupa juga telah menimpa ke atas seorang lagi pemimpin negara kita walaupun asas kepada dakwaan tersebut nampaknya berbeza namun hakikat sebenar tujuan fitnah itu diadakan adalah sama saja iaitu mahu menjatuhkan seseorang yang tidak disenangi.
Jika dulu Tan Sri Abdul Rahim terpaksa mengundurkan diri dari semua jawatan yang dipegang oleh beliau kerana fitnah yang dihadapi tetapi bagi saya adalah tidak perlu untuk Datuk Seri Rais turut berbuat demikian kerana selagi tiada bukti yang menunjukkan beliau memang bersalah maka dia tidak perlu mengalah lebih awal dan dia harus mempertahankan diri dari serangan oleh pihak yang ternyata pengecut seperti itu tanpa perlu melepaskan sebarang jawatan.
Andaikata Datuk Seri RaisYatim mengambil keputusan sama seperti yang pernah dibuat oleh Tan Sri Abdul Rahim dulu, saya percaya rakyat tidak akan tahu akan kisah sebenar perkara itu sebab apabila Datuk Seri Rais sudah berada diluar kerajaan bermakna isu berkenaan pasti kurang mendapat liputan dan apa yang penting ialah Datuk Seri Rais harus membersihkan nama baik beliau selaku pemimpin kerajaan sewaktu masih berkhidmat dan bukan harus keluar bila berdepan dengan tuduhan liar seperti itu.
"Berani Kerana Benar" !!!
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Januari 07, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Polis di persilakan menyiasat secara profesional kes kedua2 pimpinan UMNO ini tanpa campurtangan org politik....supaya keadilan jadi lebih TELUS di Malaysia ini.
Laporan polis telah dibuat so selamat menyiasat wahai PDRM.
Kemerdekaan Malaysia: tidak mudah mendapat, jgn ambil mudah....
Tapi realitinya, satu demi satu mereka lepas....mutakhir pulau batu putih....tanpa perang pun.
Itulah hebatnya UMNO...
Catat Ulasan