Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Disember 31, 2010

Semangat sukan pupus dalam jiwa sebilangan peminat fanatik Indonesia !

Gambar di atas menunjukkan kepada kita semua betapa sukan yang sering dikaitkan sebagai salah satu wadah yang paling sesuai untuk menyatukan semangat perpaduan dikalangan seluruh rakyat tidak kira samada mereka itu adalah rakyat sesama negara apatah lagi rakyat yang datangnya dari negara-negara jiran, negara serantau ataupun dari negara-negara sahabat seluruh dunia, kini sudah semakin luntur dan pupus.

Apakah sebenarnya yang mereka kejar, hanya gelaran? hanya pingat? ...tanpa perlu memahami maksud satu perkara yang menjadi sebab iaitu untuk apa sukan itu diadakan selain daripada hanya untuk mendapat gelaran, anugerah ataupun pingat ialah untuk mengeratkan tali perpaduan serta persahabatan dikalangan masyarakat negara-negara yang sama turut menyertai apa-apa jua kejohanan yang diadakan.

Tetapi malang sekali apabila perkara itu tidak pula berlaku ketika berlangsungnya perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno 29 Disember 2010 lalu. Dalam keriuhan para peminat lain menumpukan perhatian kepada pertarungan antara kedua pasukan, dalam waktu itu juga kumpulan-kumpulan yang paling tidak bertamadun di Indonesia cuba untuk merosakkan acara yang sedang berlangsung dengan laungan-laungan serta sepanduk-sepanduk yang jelas menghina Malaysia.

Apakah mereka lebih baik, lebih sempurna dalam segala segi daripada Malaysia ? ...sayang sekali tiada cermin besar sebagai tempat untuk mereka menatap wajah mereka yang sebenarnya...

3 ulasan:

Aisanda berkata...

Bro, apa nak diheran sgt peminat bola bersikap macam tu kalau dah wakil rakyat pembangkang dalam parlimen kita lebih teruk dari itu. Parlimen pun dah macam pasar dan jalan raya.

red berkata...

Yang penting, Malaysia menang...Yeahhh!!! Proud to be Malaysian

Salam semua... berkata...

Salam ziarah...

Arkib Blog