Kesal sangat apabila ada segelintir kecil blogger yang mahu dilihat seperti menyebelahi kerajaan tetapi malangnya dalam masa yang sama mereka terlupa akan tanggungjawab bersama sebagai salah seorang daripada rakyat negara ini bahawa kita semua selaku rakyat Malaysia sebenarnya ada kewajipan untuk sentiasa menjaga maruah dan nama baik pemimpin serta negara sendiri walaupun kadangkala kita tidak bersetuju dengan mereka tidak kira samada ianya melibatkan sedikit ataupun banyak perkara kerana yang sangat penting ialah kedaulatan negara kita senantiasa terpelihara.
Menulis sesuatu perkara itu memang mudah apatah lagi sekiranya ianya mempunyai unsur-unsur fitnah atau berupa hanya khabar angin saja tetapi kepada mereka yang menjadi sasaran fitnah sebagaimana yang sedang dihadapi oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang dituduh merogol seorang wanita dari negara jiran adalah satu perkara yang amat sukar sekali untuk diterima oleh akal fikiran yang waras.
Kita ini walaupun sering berbeza pendapat dalam hal-hal yang tertentu dengan pemimpin atau sesetengah anggota kabinet khususnya para menteri dalam kabinet DS Najib sekarang ini, tetapi apabila sudah tiba tentang soal maruah dan kedaulatan negara maka adalah wajar bagi kita untuk mengenepikan semua perbezaan sedemikian dan kita harus bersama semula dengan para pemimpin demi negara tanpa perlu melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang suasana yang sangat tidak baik kepada Malaysia.
Apabila isu Robengah yang kononnya telah dirogol oleh seorang Menteri Kabinet Malaysia selepas pendedahan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang blogger tertentu negara ini, secara tidak langsung tuduhan tersebut telah kembali mengheret permasalahan baru dalam hubungan dua hala antara Malaysia dengan Indonesia yang sebelum ini nampak agak pulih selepas isu Nordin M. Top, isu pasukan Manchester United yang membatalkan permainan di Jakarta, isu tarian Pendet, isu lagu Negaraku, isu kain batik dan lain-lain lagi.
Saya tak nak menulis terlalu panjang untuk setiap kali menyentuh mengenai isu yang membabitkan Datuk Seri Utama Dr Rais ini tetapi kita semua tentu mengharapkan kepada pihak yang pernah bersengketa dengan DS Dr Rais agar mereka ini jangan mengambil jalan mudah dengan menggadai maruah negara hanya kerana dendam tetapi fikirkanlah juga tentang kesannya terhadap Malaysia apabila fitnah yang dilemparkan kepada menteri berkenaan kini sudah tersebar segera dengan meluas di Indonesia dan apakah kita semua sanggup untuk terus melihat Malaysia dihina, dikeji serta diburuk-burukkan oleh sesetengah penduduk Indonesia hanya gara-gara fitnah yang dibuat semata-mata untuk membalas dendam terhadap hanya seorang individu atas perkara yang lalu ?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Januari 07, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
tak dapat layanan sepatutnya kot... lihat PR layan Bloggernya macam mana. Siap dengan insentif lagi. tapi BN sekadar berharap orang lain melakukan sesuatu utk kebaikan mereka. Apa cerita?
kalau kita mahu imbuhan bukan ikhlas namanya...
kita harus ikhlas terhadap perjuangan yang dibawa oleh pemimpin kita dan kita harus jujur..
jangan seperti blogger pembangkang yang rata-rata menulis setelah dibayar...
Catat Ulasan