Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Januari 07, 2011

Susahnya bila harga barang dinaikkan secara berperingkat-ringkat !

Hanya ada satu barang saja yang biasanya akan naik pada waktu subuh tiap-tiap pagi, nak elak memang dah mau naik biarkan saja, orang tak boleh marah punya, siapa-siapa juga tak boleh marah termasuklah Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Mahfuz Omar, Nik Aziz Nik Mat, Salehuddin Ayub, Saifuddin Nasution, N. Gobalakhrisnan kecuali Wan Azizah Wan Ismail, Elizabeth Wong, Teresa Cock, Zuraidah Kamaruddin dan lain-lain lagi sebab kebanyakkan diantara mereka pasti akan mengalami kenaikan tanpa dijangka pada waktu puncaknya.

Bila harga petrol naik untuk kali yang entah ke berapa maka ini bermakna semua barang keperluan lain seperti gula, minyak masak, coffee, telur, daging, ikan dan banyak lagi akan turut naik dan sudah tentu akan menyusahkan golongan berpendapatan rendah serta berpendapatan sederhana.

Rakyat memang tidak boleh untuk mengelak dari membeli barang-barang yang diperlukan walaupun tahu harga yang diletakkan sudah berubah dari harga asal yang sebelum ini menawarkan harga rendah kepada pengguna. Tetapi tidakkan pihak kerajaan ingin mencari jalan lain selain daripada berterusan menaikkan harga barang dalam jangka waktu yang begitu rapat supaya harga barang dapat dikawal dengan teratur dengan menaikkan sekaligus dengan harga yang paling tinggi tanpa perlu untuk selalu menaikkan harga sehingga boleh menimbulkan suasana panik dikalangan pembeli.

Contohnya seperti petrol, harga minyak kenderaan berkenaan patut dinaikkan hanya untuk sekali dalam tempoh masa lima tahun serta tak perlu lagi untuk dinaikkan terlalu kerap dalam masa satu tahun dan sekiranya langkah ini diambil besar kemungkinan rakyat tidak akan selalu duduk atau berdiri dalam keadaan yang semakin serba-salah.

1 ulasan:

Ular Menyusur Akar berkata...

AM, Dalam dunia perniagaan ada faktor yang boleh dikawal, dan ada yang tidak boleh dikawal. Kenaikan minyak adalah faktor yang tidak boleh di kawal kerana ia pasaran dunia.

Kalau nak stabilkan harga, kerajaan kena beri subsidi.

Bukankah yang naik hanya Ron97? Ron95 dan diesel masih sama. Sepatutnya barang tidak boleh naik. Ron97 untuk kereta 2000cc ke atas. Untuk orang beradalah tu. Walau bagaimana pun barang import mungkin ada kesan.

agbr47: Lawak nuar; pemimpin UMNO tak tau barang naik kerana asyik makan free. Jom bantai balek.

Arkib Blog