Pada tahun lepas 2009 saja sudah sebanyak 8 kali perbicaraan utama untuk kes liwat yang membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ditangguhkan atas sebab-sebab dan punca yang amat jelas iaitu sekadara untuk mengelak proses perbicaraan kes berkenaan daripada berjalan dan disebut di mahkamah.
Manakala pada tahun ini saja 2010 telah 19 kali penangguhan terpaksa dibenarkan oleh pihak mahkamah setelah tertuduh Anwar setiap kali mahkamah bersidang untuk mendengar kes maka setiap kali itulah dia akan memfailkan permohonan demi permohonan dengan tujuan dan niat untuk melengah-lengahkan perbicaraan dengan harapan agar pertuduhan liwat ke atas beliau akan digugurkan oleh mahkamah.
Sebentar kita cuba mengimbas seketika sajak bermulanya tarikh awal perbicaraan kes liwat ini ditetapkan iaitu pada 1hb Julai 2009 sehinggalah kepada tarikh penangguhan demi penangguhan sampai kepada penundaan kes yang ke 27 kalinya pada 6hb Disember 2010 lalu.
Perbicaraan sebenar kes liwat itu yang telah ditetapkan bermula pada 1 Julai 2009 dan selama sebulan dari tarikh berkenaan tidak dapat dilangsungkan kerana sebaik sejurus Mahkamah bersidang, Anwar telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan semua dokumen-dokumen perubatan saksi iaitu Mohd Saiful, maka perbicaraan utama terpaksa ditangguhkan buat kali yang pertama kepada 3 Julai 2009 untuk membolehkan Hakim mendengar permohonan Anwar itu.
Tiba tarikh 3 Julai 2009 seperti yang ditetapkan Hakim, ketua Peguambela Anwar Sulaiman Abdullah pula memohon Mahkamah menangguh sekali lagi perbicaraan kerana beliau mendakwa kurang sihat kerana mengalami cirit-birit mungkin makan terlalu banyak karipap dan Hakim benarkan permohonan dan perbicaraan ditangguh lagi untuk kali yang kedua kepada 8 Julai 2009.
Tanggal 8 Julai 2009 Peguam Utama Anwar, Sulaiman Abdullah mendakwa masih tidak sihat dan terpaksa dimasukkan ke Hospital dan bercuti lalu Mahkamah terpaksa menangguh lagi perbicaraan buat kali yang ketiga kepada tarikh baru iaitu ke 15 Julai 2009. Ada orang bertanya, kenapa tangguh lagi sedangkan Anwar masih ada barisan peguambela simpanan yang hebat-hebat ? Tapi perlu ingat barisan peguambela tu tak ubah sama seperti serbuk perasa Aji-No-Moto yang hanya sebagai penambah perisa.
15 Julai 2009, Sulaiman Abdullah ketua barisan Peguambela Anwar telah membuat Anwar tersentak dan terkejut apabila memutuskan untuk menarik diri sebagai Peguambela Anwar atas sebab yang tidak dinyatakan dengan jelas namun ramai pihak beranggapan mungkin Sulaiman Abdullah sudah terhidu akan kekalahan dipihak pembelaan ketikamana beliau sedar bahawa pihak pendakwaan mempunyai kekuatan yang tak akan tercabar dari segi bukti dan fakta. Dan sekali lagi untuk kali yang keempat prosiding ditangguhkan kepada 24 Julai 2009.
Setelah Mahkamah bersidang semula pada 24 Julai 2009, namun malang sekali apabila perbicaraan sebenar belum lagi dapat dimulakan berikutan satu lagi permohonan yang baru difailkan oleh Anwar di Mahkamah untuk menggugurkan pertuduhan liwat keatas beliau dan memaksa Mahkamah untuk terus melayan permohonan tersebut dengan menangguhkan sekali lagi prosiding untuk kali yang kelima ke tarikh 2 September 2009.
Namun setelah tiba tarikh 2 September 2009, sekali lagi perbicaraan tidak dapat dimulakan walaupun mahkamah telah menolak permohonan Anwar yang terdahulu ini gara-gara Anwar telah mengemukakan permohonan baru dengan mendesak Mahkamah agar melucut kesemua barisan pendakwaan dari terlibat dengan perbicaraan kes liwat beliau dan ini membawa kepada penundaan kali yang keenam dan kes ditunda lagi ke tarikh 3 November 2009.
Menjelang 3 November seperti biasa, walaupun Mahkamah yang mendengar permohonan Anwar supaya kesemua barisan pendakwaan dilucut telah ditolak oleh Hakim tetapi Anwar kembali lagi dengan permohonan baru apabila beliau meminta Mahkamah membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya dan untuk kali yang ketujuh perbicaraan terpaksa ditangguh bagi memberi ruang kepada Mahkamah mendengar permohonan terbaru yang telah difailkan oleh Anwar Ibrahim dan tarikh baru juga telah ditetapkan oleh Mahkamah untuk sebutan kes liwat iaitu pada 23 November 2009.
23 November 2009 tiada sebarang keputusan berhubung dengan permohonan yang dibuat oleh Anwar pada 3 November namun keputusan Mahkamah yang diperolehi penghujung bulan November telah sebulat suara menolak permohonan Anwar tetapi perbicaraan utama belum juga dapat dimulakan atas sebab teknikal dan Mahkamah telah menetap tarikh baru untuk memulakan prosiding iaitu pada 1 Disember 2009 dan dengan ini bermakna sudah lapan kali perbicaraan ditangguhkan.
Sebulan sebelum 2009 melabuhkan tirainya iaitu pada 1 Disember sebagaimana yang ditetapkan, perbicaraan sebenar untuk kes liwat ini belum lagi dapat diadakan apabila Mahkamah yang bersidang hanya untuk mengumumkan keputusan permohonan yang difailkan oleh Anwar sebelumnya dan keputusan yang dicapai setelah permohonan didengar maka Mahkamah mengambil ketetapan untuk menolak permohonan Anwar itu dan perbicaraan telah ditangguh lagi untuk kali yang kesembilan dan tarikh barupun ditetapkan semula pada 25 January 2010.
Masuk tahun baru 2010 harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat perbicaraan kes Anwar meliwat Saiful ini berjalan dengan lancar tanpa insiden tangguh-tangguh tidak kesampaian walaupun Mahkamah telah ada keputusan menolak permohonan yang difailkan Anwar sebelum ini untuk mendapatkan semua dokumen-dokumen perubatan Mohd Saiful tetapi perbicaraan belum juga dapat dimulakan apabila ianya ditangguhkan sekali lagi untuk kali yang kesepuluh kepada 2 February 2010.
2 February 2010 barulah perbicaraan sebenar dapat dimulakan dan prosiding terus berjalan sehingga ke hari Jumaat 5 February 2010 dan sepatutnya bersambung pada minggu berikutnya tetapi malang sekali apabila perbicaraan tidak dapat diteruskan pada 8 February gara-gara ketua Peguambela Anwar yang baru iaitu Karpal Singh stim dan khayal setelah mendengar keterangan dan pengakuan yang dibuat oleh Mohd Sailful pada bab 'cium mulut' dan itulah yang membuat Anwar dan Karpal tidak tertahan walaupun dalam keadaan yang tertutup ketika itu lalu dari situlah bermulanya Anwar memfailkan satu permohonan baru mahu Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah dilucut daripada mendengar perbicaraan kes liwat beliau dan ini menyebabkan prosiding terpaksa ditangguhkan untuk kali bagi kali yang kesebelas dan tarikh baru dicari dan ditetapkan pada 18 February 2010.
18 February 2010 Mahkamah bersidang hanya untuk mendengar keputusan terhadap permohonan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim agar Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri dari mendengar kes liwat beliau dan sekali lagi perbicaraan sebenar kes liwat ditangguhkan untuk kali yang kedua belas pada tarikh 25 Mac 2010.
25 Mac 2010 keputusan yang dibuat, Mahkamah telah menolak permohonan Anwar yang mendesak supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri dari mengendalikan kes liwatnya namun perbicaraan sebenar belum lagi diteruskan dan ianya ditangguh sekali lagi bagi kali yang ketiga belas apabila Mahkamah telah menetapkan perbicaraan akan disambung semula pada 10 Mei 2010.
10 Mei 2010 Mahkamah bersidang semula namun perbicaraan kes tidak dapat disambung gara-gara karenah Anwar serta para Peguambelanya yang tak sudah-sudah maka perbicaraan ditangguh buat kali keempat belas dan disambung pada keesokkan harinya 11 Mei 2010 tetapi sebagai dijangka prosiding pada hari itu juga terpaksa ditangguhkan lagi untuk kali kelima belas kepada 12 Mei 2010 dan terus ditangguh buat kali yang keenam belas pada 13 Mei dan pada keesokkannya 14 Mei 2010 Hakim terpaksa menangguh perbicaraan lebih panjang lagi untuk kali yang ketujuh belas setelah Anwar memfailkan permohonan baru meminta Mahkamah menangguh perbicaraan apabila beliau sedar yang rahsia kes liwat yang melibatkan dirinya semakin terserlah kebenarannya lalu Hakim menetapkan pada tarikh 31 Mei 2010 untuk sebutan semula kes.
31 Mei 2010 prosiding sessi sebelah pagi tidak dapat dimulakan ekoran perangai Peguambela Utama Karpal Singh yang asyik mempersoalkan tindakan Datuk Seri Mohd Najib yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak membuat laporan polis selepas Mohd Saiful mengadu dirinya telah diliwat oleh Anwar dan ini membuat Hakim terpaksa menangguh perbicaraan dijalankan sebelah petang. Perbicaraan bermula petang dan bersambung pada hari berikutnya 1 June 2010 tetapi ditangguh pada 2 June atas permohonan Anwar bagi membolehkannya membawa seorang Pakar Forensik dari Melbourne Australia Dr David Wells dan bersambung semula pada 3 June 2010 tetapi ditangguh lagi buat kali yang kelapan belas apabila Peguambela Anwar memfailkan notis usul untuk mendapatkan sampel dan dokumen perubatan daripada pihak pendakwaan untuk dinilai oleh Pakar Forensik dari Australia itu. Maka Hakim telah menetapkan 14 Julai 2010 sebagai tarikh baru untuk sambung perbicaraan.
14 Julai 2010 Mahkamah bersidang tetapi perbicaraan terpaksa sekali lagi ditangguh untuk kali yang kesembilan belas setelah ketua Peguambela Karpal Singh mengambil cuti sakit apabila mendakwa dirinya kurang sihat kerana sangat tertekan akibat terlalu banyak berpikir bagaimana lagi cara untuk memutarbelitkan fakta kes liwat dan Hakim sebagaimana sebelum ini telah bermurah hati menangguh perbicaraan tersebut kepada tarikh baru iaitu 2 Ogos 2010.
Tetapi sebagaimana sebelum ini, pada 2 Ogos 2010 Anwar Ibrahim melalui Peguambela beliau sekali lagi mengemukakan permohonan kepada Mahkamah meminta pertuduhan liwat ke atas dirinya dibatalkan menyenbabkan perbicaraan kes liwat tidak dapat dilangsung kerana Mahkamah harus mendengar permohonan Anwar itu dulu sehingga selesai barulah perbicaraan sebenar dapat dijalankan maka oleh itu Hakim telah memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan untuk kali yang keduapuluh kepada 9 Ogos 2010.
9 Ogos 2010 perbicaraan sebenar belum dapat diteruskan apabila Mahkamah masih mendengar permohonan yang difailkan oleh Anwar sebelum ini yang meminta Mahkamah menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya dan Hakim menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes pada 16 Ogos 2010 dan sekali lagi perbicaraan telah ditangguh untuk kali yang keduapuluh satu.
16 Ogos 2010 menyaksikan bagaimana perbicaraan kes liwat telah ditunda lagi buat kali yang keduapuluh dua ekoran satu notis rayuan yang dibuat oleh salah seorang Peguambela Anwar iaitu Sankara Nair terhadap penolakan permohonan Anwar sebelumnya yang mahu pertuduhan liwat ke atas dirinya agar digugurkan dan untuk itu Mahkamah telah membuat ketetapan memilih tarikh baru iaitu 20 September 2010 untuk menyambung perbicaraan yang seringkali ditunda sebelum ini.
20 September 2010 Anwar sekali lagi mengemukakan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelumnya yang menolak permohonan beliau dan ini menyebabkan perbicaraan utama tidak dapat dijalankan sehingga memaksa Hakim menangguh lagi perbicaraan untuk kali yang keduapuluh tiga dan Hakim telah menetapkan 14 Oktober 2010 sebagai tarikh perbicaraan seterusnya.
14 Oktober 2010 keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan notis rayuan Anwar didapati dan rayuan beliau telah ditolak namun perbicaraan yang sepatutnya bersambung pada hari yang sama tidak dapat jalankan dan kemudiannya perbicaraan ditunda sekali lagi buat kali yang keduapuluh empat apabila tarikh 26 Oktober 2010 ditetapkan sebagai tarikh baru untuk menyambung perbicaraan.
26 Oktober 2010 Karpal Singh jatuh sakit setelah disahkan mengidap demam denggi dan terpaksa dimasukkan kedalam wad Hospital untuk rawatan lanjutan disamping itu juga Anwar sempat memfailkan permohonan untuk mendapatkan nota klinikal dan ini telah menyebabkan perbicaraan ditangguh lagi untuk kali yang keduapuluh lima serta perbicaraan baru ditetapkan pada 22 November 2010.
22 November 2010 permohonan yang telah difail oleh Anwar untuk mendapatkan nota klinikal daripada pihak pendakwaan telah ditolak oleh Mahkamah namun perbicaraan belum lagi dapat diteruskan apabila Anwar sekali lagi mengemukakan permohonan mendesak Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri dari mendengar kes liwat yang sedang beliau hadapi kini dan ini membuat perbicaraan terpaksa ditangguhkan untuk kali yang keduapuluh enam kepada 6 Disember 2010 ditetapkan untuk mendengar keputusan serta sebutan kes.
6 Disember 2010 harapan tinggal harapan, perbicaraan yang diharapkan dapat dijalankan ternyata tidak menjadi apabila Mahkamah hanya bersidang untuk mendengar dan membaca keputusan bahawa Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Anwar yang mahu Hakim Mohamad Zabidin menarik diri dari mengendalikan kes liwat tersebut dan kemudiannya Mahkamah sekali lagi menunda perbicaraan buat kali yang keduapuluh tujuh kepada 21 January 2011 tahun hadapan.
Apabila tiba tarikh baru kelak iaitu 21 January 2011 adakah pihak Mahkamah akan terus untuk melayan karenah tertuduh yang tak sudah-sudah kelihatannya cuba mempersenda dan mempermainkan sistem kehakiman di negara ini sehingga mencalar kedaulatan undang-undang di Malaysia dengan begitu teruk sekali yang mana sepatutnya kita junjung dan pertahankan sebaik-baiknya.
Saya bukannya terlalu arif tentang undang-undang ini tetapi apabila dari luar saya melihat kepada mereka yang berilmu bagaimana terdapat hampir lebih separuh daripada ahli-ahli politik khususnya mereka dalam Pakatan Pemusnah Rakyat yang langsung tidak tahu erti menghormati undang-undang yang sedia ada jauh sekali bagi mereka untuk menunjukkan rasa hormat kepada para penguatkuasa undang-undang itu sendiri contohnya apabila berdepan dengan arahan polis agar bersurai dari perhimpunan haram tertentu yang diadakan dan mereka ada terlibat sama, mereka bukannya mahu patuh kepada larangan dan arahan malah lebih dasyat lagi apabila bukan sekadar kata-kata kesat atau kata nista yang dilemparkan malah ada yang sampai sanggup untuk mencederakan penjawat awam seperti polis serta pasukan simpanan persekutuan ketika mereka menjalankan tugas.
Menyebut itu adalah sangat sedikit jika kita mampu menyenaraikan kesemua angkara-angkara yang berpunca dari perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh kumpulan yang dipimpin oleh para pemimpin politik parti Pakatan Pemusnah Rakyat sejak dari 1998 lagi sehingga kini memang sudah terlalu banyak telah melanggar serta mencalarkan prinsip keempat dalam rukunegara iaitu kedaulatan undang-undang.
Dalam apapun jua keadaan, tanpa melihat kepada kedudukan seseorang itu, pihak Mahkamah harus mengembalikan semula kelesuan dan merawat kecederaan undang-undang yang telah diguris oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dengan bergerak lebih bebas dan tegas tanpa terlalu dibelenggu oleh rasa simpati kerana sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab penuh terhadap kedaulatan undang-undang negara maka pihak Mahkamah hendaklah mempunyai keputusan tersendiri dalam semua perkara serta bebas dan bukannya kelihatan seakan-akan terkurung bagi menjamin keyakinan seluruh rakyat Malaysia terhadap undang-undang di negara ini kembali utuh dan teguh.
Harapan tinggi saya selaku rakyat Malaysia yang sentiasa ingin melihat keadaan yang aman harmoni dalam negara agar berkekalan ialah mahu juga melihat setiap rakyat Malaysia terutamanya yang kita tahu iaitu seperti Mohd Saiful Azlan Bukhari yang terlalu mengharap agar keadilan dan kebenaran bagi diri beliau dapat ditegakkan dengan kadar sebeberapa segera melalui proses perbicaraan yang telus tanpa perlu untuk ditangguh-tangguh lagi maka itu kita mahu supaya Mahkamah sekirannya boleh untuk mengutamakan perbicaraan kes yang sebenar dan bukannya melayan setiap kali permohonan yang silih berganti daripada pihak tertuduh sebab kita bimbang sekiranya trend ini berterusan maka sampai bilapun perbicaraan kes liwat berkenaan tidak akan menemui jalan penyelesaiannya.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Disember 10, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
3 ulasan:
Salam Hibert, apa nak heran kat si Nuar pakar liwat ni... semuanya dia akan liwat kalau ada kesempatan...
Undang-undang pun kena liwat!!!
Memang kaki "liwat"!!!
Salam kembali YG,
Kita risau apabila semakin galak ahli-ahli pakatan pemusnah rakyat tidak menunjukkan rasa hormat terhadap undang2 negara yang patut kita semua patuhi. Lebih buruk lagi apabila kelakuan mereka ini akan diikuti pulak oleh para penyokong mereka dan ini pasti akan mencemar dan mencalar undang2 kita sendiri dimata masyarakat dunia bilamana mereka melihat kita rakyat Malaysia sendiri tidak hormat akan undang2 sendiri.
ISAC, punggung bolehlah dia liwat harap janganlah benda lain pulak nak diliwat sama.. :-)
Catat Ulasan