Apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Nazri Aziz yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal berkaitan dengan Parlimen telah memutuskan bahawa rappers Namewee sebagai tidak bersalah kerana menurut beliau lagi bahawa diri Namewee telah disalahertikan oleh masyarakat khususnya orang Melayu/Bumiputera dan karyanya juga turut telah disalahtafsirkan sebagai berunsur perkauman maka kepada saya sekiranya sudah begitu pendirian Nazri berkenaan dengan isu yang melibatkan Namewee jadi sudah tentulah saya bersetuju dengan tulisan seorang blogger baru, sdra Yuseri Yusoff yang telah menggambarkan Nazri Aziz sebagai telah mendahului mahkamah dalam menentukan kedudukan isu Namewee itu.
Dalam perkara lain yang berkaitan dengan Namewee, Nazri Aziz juga berjanji akan membawa ke pengetahuan Perdana Menteri dua permohonan rappers berkenaan iaitu satu daripadanya untuk bertemu dengan YAB Datuk Seri Mohd Najib secara bersemuka manakala satu lagi ialah permohonan Namewee untuk mendapatkan peruntukkan daripada kerajaan bagi membiayai pembikinan video 1Malaysia dan kedua permohonan tersebut difahamkan akan dibawa serentak oleh Nazri pada mesyuarat mingguan kabinet pada Rabu depan.
Jika beginilah cara kerajaan menangani sesuatu isu sebagaimana yang cuba diamalkan oleh Nazri Aziz berkaitan dengan isu Namewee, saya berkeyakinan apabila kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini sudah menyimpan hasrat untuk mendapatkan semula majoriti 2/3 di Parlimen tidak akan tercapai malah kemungkinan besar BN akan gagal untuk mendapat kembali Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang pada PRU-13.
Rakyat bawahan khususnya mereka yang terdiri daripada kaum Bumiputera sentiasa akan menjadi keliru dengan tindak-tanduk kerajaan dalam menangani isu-isu sensitif seperti isu perkauman, mana tidaknya..ternyata dalam isu Namewee ini beliau bagi sebilangan besar orang Melayu dan Bumiputera telah melukai dan telah mengguris hati dan perasaan mereka dengan karya-karya yang dihasilkannya yang jelas menghina namun sayang sekali apabila kerajaan melelui Nazri Aziz tidak melihat itu sebagai satu perkara yang boleh memudaratkan perpaduan kaum di negara malah lebih teruk lagi apabila pihak yang telah menjadi sasaran Namewee sebelum ini pulak yang dikenakan dengan tindakan.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Disember 11, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
3 ulasan:
Salam..
Terima kasih memautkan tulisan saya.. Kita tak marah nak maafkan ke apa ke si Namawee ni, tapi bersalah atau tidak,adalah lebih wajar kita bagi mahkamah putuskan, bukan Nazri, bukan Najib bukan juga Rais Yatim.
Ada laporan polis berlambak atas Namawee ni, apa status nya?
Anadaikata, saya buat video utk youtube mempermainkan lagu negaraku, selitkan penghinaan terhadap to pekong atau gereja, kemudian hina mana-mana orang cina, bolehkah saya berjumpa nazri di parlimen dgn berpakaian spt namewee dan memohon utk jumpa PM dan memohon grant utk buat filem? Boleh kah? Adakah nazri akan memberikan layanan yg sama spt yg diberikannya kpd namewee?
Salam YY,
Biasalah bro..yng baik jadi tauladan yg kureng tu jdkan sempadan..kita satu arah satu suara satu perjuangan!!
Aisanda, kalau kita..ya kalau kita yg buat macam Namewee buat lokaplah jawapannya...
Catat Ulasan