Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Oktober 30, 2010

Kesian sungguh Ansari, sudahlah jatuh kena tinggallah pulak...

Sungguh malang nasib calon Parti KeADILan Rakyat (PKR) Dr Ansari Abdullah, sudahlah terjatuh ke dalam laut sebanyak dua kali kini ditinggallah pula oleh rakan-rakan beliau sendiri dari PKR Batu Sapi di saat beliau amat memerlukan bantuan untuk menang dalam PRK P.185 bukan hanya sekadar menarik beliau ke atas atau menolak dari bawah tetapi sokongan yang berterusan yang diperlukan.

Tetapi apa yang diharapkannya tidak mungkin lagi menjadi kenyataan malah akan menjadi sia-sia. Ada ke patut di ketika beliau bertarung untuk memperolehi kemenangan maka di kala itu juga ditinggalkan bersendirian dalam meneruskan sisa-sisa perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuju ke Putra Jaya.

Petanda awal yang menunjukkan Dr Ansari akan kalah teruk pada PRK P185 Batu Sapi nanti sebagaimana saat dia jatuh "tersungkur" ke dalam air laut masin untuk kedua kalinya itu saja sudah cukup untuk mengingati semua pemimpin PKR serta para pengikutnya bahawa perjuangan Parti KeADILan Rakyat sebenarnya sudah semakin hampir hampir menuju ke destinasi kehancuran dan mereka harus segera keluar beramai-ramai agar tidak tenggelam bersama.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah akibat pemilihan calon yang tidak menepati kehendak ahli mereka.

hilbert berkata...

Kesan dari 'demokrasi' melampau dalam PKR tu MC. Terlalu terbuka sehingga tidak mampu lagi menerima cadangan pihak lain..itulah demokrasi cara PR dan PKR.

Unknown berkata...

apa yang tinggal dalam PKR itu hanyalah manusia2 dungu dan binggung , yang buta mata hati dan gelap akalnya menimbang segala yang berlaku ,

segala yang bijak dan cerdik sudah keluar PKR , yang sangat bijak pula sudah keluar sejak lama dahulu , seperti Marina dan Chandra ..dan lain2 ,

Arkib Blog