30/10/2010 5:10 pm - via Utusan Malaysia online
GUA MUSANG 30 Okt - PAS membayar 1557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Khamis ini.
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahman Wan Abdullah berkata, parti itu akan membayar RM250 seorang sekiranya mereka pulang mengundi.
Beliau bagaimanapun menafikan bayaran itu adalah satu bentuk rasuah untuk para pengundi sebaliknya bagi menampung kos perjalanan mereka.
Katanya, pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.
"Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka," katanya disini hari ini. - Bernama.
Ulasan Anak Merdeka;
...biar apapun alasan yang diberikan oleh Datuk Wan Abdul Rahman mengenai isu tersebut adalah sangat mustahil untuk PAS dapat mengubah pandangan umum terutamanya rakyat supaya tidak beranggapan yang langkah dibuat oleh PAS itu sebagai satu amalan rasuah kerana rakyat kini sudah terbiasa dengan ingatan demi ingatan agar sesiapa saja menjauhi sebarang bentuk kegiatan yang berunsur rasuah.
Jika ditafsir dari kata-kata Datuk Wan Abdul Rahman yang menyebut "kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka" sudah jelaslah yang tujuan sebenar PAS berbuat demikian adalah untuk merasuah pengundi iaitu sekiranya rakyat mengundi calon PAS dan mereka menang maka wang itu akan diberi tetapi sekiranya mereka kalah besar kemungkinan wang RM200-RM250 itu tidak akan diserahkan kepada mereka yang telah dijanjikan dengan wang berkenaan.
Maknanya ialah PAS mahu rakyat Kelantan yang seramai 1557 orang itu pulang dulu ke DUN Galas dan pangkah calon PAS dan sejumlah wang telah disediakan sebagai taruhan seandainya PAS menang maka mereka yang berjumlah 1557 orang akan mendapat imbuhannya tetapi jika PAS kalah maka bersedialah 1557 pengundi untuk kembali semula ke tempat kerja masing-masing di Selangor dan Johor tanpa sesenpun dari jumlah wang sebanyak RM200-RM250 seperti yang sudah dijanjikan oleh PAS sebelum ini.
Bagi saya, memilih seseorang wakil rakyat yang mewakili parti bertanding di kawasan-kawasan yang tertentu adalah tanggungjawab pengundi itu sendiri samada dia nak balik mengundi ke ataupun tidak tanpa perlu untuk mana-mana parti yang bertanding apatah lagi sehingga bersusah payah untuk menyediakan peruntukkan dalam bentuk kewangan bagi tujuan itu.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Oktober 30, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Kalau UMNO bagi duit itu dinama Rasuah
Kalau PAS bagi duit itu dinama Amal Jariah
Kalau ceramah UMNO, Hujan turun itu bala
Kalau ceramah PAS, Hujun turun itu rahmat
Kalau PAS masuk gereja ikut Nabi, UMNO buat kafir
Kalau PAS ada cryno & nepo ikut Nabi, UMNO buat haram
Akan datang, anak kita masuk gereja, ajaran apa itu? Parti Ajaran Sesat (PAS)
Shah
inilah bentuk rasuah yang jelas dan nyata.. tetapi jika pihak lain yg buat psti PAS akan kata rasuah tetapi bila mereka yg buat berbagai pula alasan diberi utk menutup mulut rakyat
Catat Ulasan