Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mac 21, 2010

Anti-beg plastik hari Sabtu, kempen paling lawak pernah dibuat oleh Kerajaan...

Kempen tidak menjadi jika beg plastik dijual - FOMCA
=======================================================
KUALA LUMPUR: 21 Mac - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia(FOMCA) menggesa kerajaan Selangor agar mengkaji semula caj pembayaran beg plastik sebanyak 20 sen untuk program kempen pengurangan penggunaan beg plastik kerana ia nyata hanya menguntungkan peniaga.

Penasihat Fomca Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata sekiranya kerajaan negeri mahu menjayakan program tersebut, mereka harus mencari kaedah lain yang lebih sesuai.

"Kami sokong kempen pengurangan menggunakan beg plastik untuk satu hari(hari Sabtu), tetapi apabila ada pihak peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual beg plastik tersebut dan mendapat keuntungan, kami rasa ia akan mencemarkan kempen itu sendiri.

"Mereka(peniaga) kata kalau nak plastik kena beli... hari Sabtu tak bagi free, kempen anti plastik, macam mana anti pula... dia orang buat duit dengan jual plastik.

"Bayangkan kalau sehelai plastik berharga 20 sen, kalau 5,000 orang beli sehari dah berapa banyak untung... ia seolah-olah nak bagi keuntungan kepada peniaga pada hari tertentu sahaja," katanya kepada Bernama - Utusan Online.

Ulasan;
Kempen ini bukan hanya disambut dengan hati yang terbuka oleh para peniaga di Selangor saja, malahan ianya juga turut dijayakan dengan begitu ghairah sekali oleh semua peniaga di supermarket atau hypermarket di seluruh negara termasuklah di negeri Sarawak kerana kempen itu dilihat oleh mereka dari segi keuntungannya memang mampu untuk menjanakan pendapatan yang lebih lagi walaupun ianya dikuatkuasa hanya pada hari Sabtu iaitu empat kali sebulan.

Yang peliknya ialah sepertimana apa yang telah disebutkan oleh Penasihat FOMCA Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan diatas iaitu disebalik kempen yang dibuat oleh pihak kerajaan dengan hasrat untuk melihat semua pihak di negara ini agar mempunyai rasa tanggungjawab bersama didalam soal menjaga alam sekitar menjadi kenyataan tetapi malangnya dalam waktu yang sama ada juga pihak yang mengambil kesempatan dari program yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan itu.

Bagaimana kempen seperti itu dapat dijayakan jika pihak yang menyambut seruan terhadap kempen seumpamanya gagal untuk melaksanakannya dengan berkesan apabila kebanyakan peniaga yang terlibat secara langsung dalam kempen itu pula telah menjadikan kempen anti-beg plastik sebagai satu sumber baru untuk menambahkan keuntungan.

Semua pengguna atau pembeli yang berkunjung ke mana-mana pusat membeli-belah pada hari Sabtu pula pasti tidak terkecuali akan berdepan dengan masalah berkaitan dengan kempen tersebut apabila pada hari Sabtu jika seseorang yang hendak masuk ke ruang membeli-belah didalam pasaraya-pasaraya tertentu, mereka tidak akan dibenarkan untuk membawa sebarang benda dari luar sebelum masuk dan dikehendaki meninggalkan apa saja barangan termasuk beg yang dibawa dibahagian luar sekiranya berhasrat masih mahu untuk masuk membeli.

Dipendekkan cerita, seandainya apabila para pelanggan sudah masuk kedalam untuk mencari barang keperluan dengan menyorong sebuah troli atau juga menjinjing sebuah bakul plastik yang disediakan khas untuk pelanggan yang ingin membeli barangan dalam jumlah yang banyak dan seterusnya setelah semua keperluan diperolehi lalu menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Setiba di kaunter pembayaran, soalan pertama yang akan diaju oleh cashier yang bertugas disitu kepada para pelanggan mereka ialah "ada member card?" ...lepas tu dia akan scan card tadi dan seterusnya akan mengira pula semua nilai harga barangan yang dibeli oleh pelanggan, setelah selesai... soalan selanjutnya dia akan bertanya pula "ada bawa beg plastik kah?"...ini tentu akan membuat kita menjadi bingung, mana taknya...kita nak bawa masuk beg plastik tidak dibenarkan, jadi tak mungkin juga kita akan mahu berulang-alik keluar masuk dari tempat kaunter menuju ketempat beg plastik yang diletakkan diluar tadi untuk mengisi barangan yang dibeli. Pelik sekali kan... betul-betul lawak.

Makanya, mahu tak mahu terpaksalah juga kita kena membayar 20 sen untuk sehelai beg plastik tersebut walaupun pada kebiasaannya ianya hanya dibagi secara percuma iaitu pada hari-hari yang lain. Bagi saya, inilah kempen yang paling lucu sekali sebab saya dah banyak kali kena... walaupun ada membawa beg sendiri dari rumah tetapi malangnya apabila sampai saja dipintu masuk pusat membeli-beli kita tidak akan dibenarkan membawanya masuk sebaliknya pihak pasaraya hanya membenarkan kita menggunakan bakul plastik atau troli yang disediakan oleh peniaga.

4 ulasan:

Cengkih78 berkata...

salam, sy kira kempen itu sgt baik, tapi tafsiran saudara/i yg kurang tepat. sy duduk di australia sejak sekian lama, kempen ini nyata mendatangkan kesan dan kesedaran, kita, sbg pengguna kena sedar akan kebaikan sebalik kempen ini dlm menyedarkan mskt. cr yg boleh dibuat ialah, menyediakan plastik recyle di muka dpn pintu msk market dan juga beg2 tahan lama (sy ada byk beg recycle utk shopping beli barang) utk kemudahan pengguna. pastikan beg itu menarik, coraknya dan pada harga murah. sy lihat ini memberi manfaat dan dpt menarik perhatian sbb ramai yg membeli beg ini dan membawanya kemana2 terutama bila ke market. sy sendiri ada byk koleksi utk dibawa balik ke msia dan diagih2kan kpd rakan taulan dan kaum keluarga.

Cucu Tok Wan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Cucu Tok Wan berkata...

Kempen baik, cuma masalahnya kerajaan kita yang tidak tegas dan terlalu flip-flop... kena gertak sikit ngan syarikat-syarikat korporat, tak sampai 24 jam kemudian, bertukarlah polisi yang dah dibuat...

kita tunggu tengoklah berapa lama kempen ni boleh bertahan. Jangan jadi macam kempen TAK NAK, sudahlah... keluarnya beratus juta, hasilnya nil!

http://theflyingkick.blogspot.com

hilbert berkata...

Salam..,

Cengkih78, kempen sedemikian memang bagus sebenarnya dan kalau boleh diadakan setiap hari lagi baik dan bukan hanya menunggu hari Sabtu saja untuk diadakan.

Tapi, masalahnya ialah dari segi pelaksanaannya. Pihak yang disasar, pihak yang terlibat dan pihak yang menguatkuasakan kempen itu yang sebenarnya tidak bersungguh-sungguh untuk menjayakan kempen seumpama itu.

Manakala pihak yang diwajidkan untuk menyahut seruan kempen itu pula terutamanya para peniaga atau pemilik gedung-gedung besar seperti supermarket, hypermarket memang menerimanya dengan mudah tetapi malangnya mereka punya keinginan yang lain selain daripada matlamat asal kempen itu diperkenalkan atau dalam ertikata lainnya telah lari dari tujuan asal kempen itu sendiri.

Kalau hanya pasal kempen serupa yang dikatakan telah berjaya dilaksanakan di negara Kanggaroo itu membuatkan kita berpendapat ianya juga akan berjaya kiranya dilaksanakan di negara ini maka bagi saya ianya adalah agak kurang tepat.

Sebabnya ialah kemungkinan besar di Australia beg plastik yang disediakan dipintu masuk sesebuah pasaraya yang menyertai kempen tersebut tidak dikenakan bayaran walau sesen pun tetapi perkara ini tidak berlaku pula di Malaysia apabila setiap pelanggan diminta membayar setiap helai beg plastik sekiranya mereka tidak membawa beg plastik sendiri dari rumah.

Kalau beg plastik sedemikian yang diperolehi dari supermarket dan dikumpul sehingga bertimbun-timbun dirumah semata-mata untuk dijadikan sebagai cenderamata dan sebagainya, saya rasa ini lagi akan menambahkan masalah dan tidak mustahil akan menimbulkan masalah lain apabila pihak-pihak yang kita bagi beg plastik tersebut apabila dah jemu hari-hari melihat benda yang tu, tu juga maka dibuangnya merata-rata pulak jadi nak jaga alam sekitar macamana ?

Cucu Tok Wan salam 1Malaysia,
...benar juga tu bro, kebiasaannya kempen jika hanya kempen tanpa usaha yang bersungguh tak akan kemana juga..sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Banyak juga kempen-kempen sebelum ini yang saya lihat gagal walaupun pada mulanya kelihatan begitu beriya-iya mereka yang terlibat menjayakannya tetapi belumpun sampai ke matlamat ianya dah mula semakin sejuk dan dingin, lama-lama hilang begitu saja.

Arkib Blog