Jika sebelum ini masyarakat di Malaysia dan juga tentunya disesetengah negara lain terkejut dengan satu pendedahan iaitu mengenai satu kata laluan atau password "MOKHTAR" yang wajib disebut sebelum memasuki sebuah kondominium mewah yang terletak di kawasan kediaman golongan elit dan ianya timbul hasil daripada perbicaraan peringkat awal kes liwat yang sedang dihadapi oleh Penasihat PKR, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jadi, sekiranya isu kata laluan "MOKHTAR" telah berjaya menggemparkan seluruh rakyat Malaysia sebelum ini, apa pula kurangnya dengan kata laluan atau password baru yang mengandungi 8 huruf rumi iaitu "T,E,R,O,M,P,A,H" pada asalnya disebut oleh Datuk Seri Anwar sebagaimana yang telah didedahkan oleh YB Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim didalam Dewan Rakyat pada hari Khamis 18 Mac dan dipersetujui pula secara lisan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz untuk digunapakai dalam mana-mana mesyuarat ataupun perjumpaan antara rakyat dengan pemimpin ataupun diantara pemimpin sesama pemimpin.
Nik Aziz bela Anwar, marah Zahrain buka rahsia PKR
*************************************************************************
KOTA BHARU: 19 Mac - Walaupun dianggap 'Ulama Terompah' oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim namun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tetap mempertahankan Penasihat Parti Keadilan Rakayat(PKR) itu.
Malahan, Nik Abdul Aziz berang dengan tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menggelar Anwar sebagai 'raksasa pelbagai wajah.'
Beliau juga tidak percaya dengan kenyataan Zahrain bahawa Anwar pernah menggelarnya sebagai 'ulama terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.
Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan Zahrain yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat pada February lalu, adalah tipikal ahli politik Melayu yang tidak ada akhlak kerana sanggup membuka rahsia parti yang pernah disertainya.
"Orang MCA, orang MIC berpecahpun tidak membuka rahsia parti mereka, tetapi orang Melayu bila berpolitik tidak ada integriti langsung. Kita suka dan berasa bangga dapat buka rahsia, namanya lagi rahsia, kenapa kita buka? Tak ingat dosa pahala kah?," katanya kepada wartawan selepas menyampaikan kuliah mingguan di hadapan Pejabat Perhubungan PAS negeri disini hari ini.
Baik! ...untuk berita selanjutnya, kita berlintas secara langsung ke Kota Bharu Kelantan dan kita tinjau apakah perkara menarik yang telah berlaku disana semalam, Utusan Malaysia ada butirannya...klik saja untuk terus ke sana, tak perlu kata laluan >>> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm .
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Mac 20, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan