Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mac 22, 2010

Apakah hari ini akan ada pendedahan dan penafian baru ?

Setelah berehat selama tiga hari, maka bermula hari ini Dewan Rakyat sekali lagi akan menyambung sessinya bagi membolehkan semua wakil rakyat baik dari pihak kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang untuk membentang usul yang dibawa kepada dewan.

Tetapi ada satu perkara yang sangat dinantikan oleh rakyat terutamanya yang mengikuti siaran secara langsung dari Parlimen melalui berbagai media elektronik ialah mengenai siri pendedahan berikutnya daripada bekas-bekas Ahli Parlimen PKR yang kini telah berstatus sebagai wakil rakyat bebas di Parlimen.

Kita semua nantikan. Selamat menyambung perbahasan, selamat menyambung keterangan semua wakil rakyat dan tidak dilupa juga selamat meneruskan siri pendedahan pendedahan di Dewan yang mulia kepada semua wakil rakyat bebas terutamanya mereka yang telah bertindak keluar meninggalkan PKR baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Arkib Blog