Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Januari 13, 2010

Sedikit penjelasan berhubung artikel terbaru Yanggambi

Gambar diatas diambil dari blog rakan iaitu milik blogger Yanggambi. Terima kasih Yanggambi kerana telah menyiarkan gambar ini diblog anda. Adakah gambar ini menggambarkan perkara sebenar sebagaimana yang dijelaskan atau hanya sebagai hiasan semata namun semuanya walaupun perlukan jawapan tetapi saya tidak cuba untuk mempertikaikannya dan biarlah saja kita berteka-teki sesama kita mengenainya.

Sebenarnya saya sangat terkejut melihat pendedahan oleh saudara Yanggambi mengenai perkembangan yang terbaru membabitkan amalan yang dilakukan oleh pihak Protestant dalam Kristian yang jika menurut apa yang ditulis telah lama berlaku di negara jiran tetangga kita iaitu Indonesia sebuah negara yang paling ramai rakyatnya beragama Islam di dunia berbanding dengan negara lain.

Disini cuma saya nak menjelaskan sedikit bahawa apa yang telah dihuraikan oleh saudara Yanggambi berkenaan dengan amalan yang dilakukan oleh penganut Kristian di wilayah tertentu di Indonesia itu sesetengah daripadanya langsung tidak ada dalam ajaran Roman Katolik.

Namun apa yang dikatakan sebagai amalan atau ibadat yang melebih-lebih itu saya rasa adalah tidak elok untuk disentuh dalam keadaan yang sedang kita hadapi sekarang cuma apa yang saya harap agar semua pihak harus peka serta jujur dengan hakikat yang kita sendiri memang tahu. Semua tahu bahawa agama Kristian telah terlebih dulu ada sebelum agama Islam wujud dan orang Kristian sendiri juga memang tahu bahawa Roman Katolik adalah mazhab yang pertama dalam agama Kristian.

Jadi saya tidak mahu terlalu memperkatakan sangat benda-benda macam ini sebab ramai lagi orang diluar sana yang lebih arif dan tahu mengenainya. Dan saya sendiri juga selalu ingat bahawa tiada perkara lain yang lebih penting daripada kita mampu sekiranya untuk turut mempertahankan kedaulatan negara kita dari terus diancam oleh pihak luar dan juga amat penting bagi kita untuk terus memelihara keamanan negara serta menjaga nilai-nilai perpaduan kaum serta keharmonian beragama di Malaysia ini.

Mengenai amalan berpuasa itu ingin saya jelaskan bahawa amalan berpuasa selama 40 hari itu memang dituntut dalam ajaran Roman Katolik kepada penganutnya bagi memperingati kebangkitan Yesus Kristus dari alam kubur selepas 40 hari di salibkan.

Setiap hari Jumaat pula semua penganut Roman Katolik dituntut untuk tidak memakan sebarang daging bagi menghormati di mana hari penyaliban Yesus Kristus berlaku pada hari Jumaat.

Mengenai sembahyang yang menyerupai sembahyang 5 waktu bagi umat Islam yang dilakukan oleh penganut Kristian di Indonesia itu, sebenarnya perkara itu langsung tidak ada dalam ibadat yang diamalkan oleh Roman Katolik.

Dalam Roman Katolik selain Missa Kudus hari Ahad hanya ada sembahyang atau doa Rosary yang menggunakan rantai yang mengandungi 59 butir batu Rosary yang kegunaan punya fungsi tersendiri dan amalan ini kebiasaannya hanya dilakukan pada waktu malam. Doa adalah untuk 15 peristiwa penting dalam Kristian iaitu sejak dari Bonda Maria mengandung Yesus sehinggalah peristiwa-peristiwa yang seterusnya. Doa pada malam Isnin dan Khamis bagi 5 peristiwa gembira manakala doa pada malam Selasa dan Jumaat untuk 5 peristiwa sengsara dan doa pada malam Ahad, Rabu serta Sabtu untuk 5 peristiwa sempurna.

Oleh itu, untuk mengaitkan semua ajaran lain dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kini selain daripada Katolik yang sekarang nyata telah terbabit secara langsung dengan pergolakkan hubungan antara agama di Malaysia yang berpunca daripada kedegilan pihak Herald Catholic untuk terus menggunakan kalimah ALLAH didalam majalah terbitan mereka, saya berpandangan adalah langkah yang tidak baik dan yang pasti ianya sedikitpun tidak akan membantu untuk mengendurkan ketegangan yang sedia ada malah mungkin akan mewujudkan masalah lain pula.

Dalam apa keadaan sekalipun, semua pihak harus peka dan berhati-hati dengan apa yang cuba disampaikan agar ianya kelak tidak menambah lagi kerisauan dan mungkin kelukaan hati tak kira pada sesiapapun juga dan sama-samalah kita menteneramkan keadaan ini demi apa yang kita inginkan iaitu apa yang disebut sebagai kedamaian, kemakmuran, keamanan, kesejahteraan untuk Malaysia.

Dalam isu ini kedua-dua pihak yang bertelagah hendaklah menyelesaikan segera punca perbalahan dan tidak perlu untuk mana-mana pihak menyentuh perkara lain seperti amalan dan sebagainya dalam agama masing-masing. Orang Kristian harus memahami serta menghormati orang Islam dan begitu juga sebaliknya. Kita harus saling hormat-menghormati dan kita mesti sedar bahawa kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang ada dalam negara kita itulah yang sebenarnya kekuatan bagi Malaysia maka jagalah ia sebaik-baiknya.

4 ulasan:

Siddiq Azani berkata...

mungkin juga ajaran kristian di indonesia dan malaysia berbeza. di indon lebih liberal maka pendekatan katolik yang diambil lebih terbuka? begitu ke hilbert?

hilbert berkata...

Saudara Siddiq,
Setiap ajaran agama semuanya adalah sama pada asalnya iaitu menuntut manusia untuk melakukan kebaikkan tanpa mengira dimana negara penganutnya berada. Tetapi oleh kerana wujud berbagai sebab maka kita lihat lahirlah cabang-cabang ajaran yang mengelirukan.

Begitulah kita lihat apa yang telah berlaku di Indonesia. Sebabnya boleh dikatakan kerana penguatkuasaan yang lemah di pihak pemerintah negara tersebut didalam perkara yang membabitkan agama. Disana kita boleh lihat bagaimana orang Kristian boleh berkahwin dengan orang Islam tanpa menukar agama mereka mengikut agama Islam. Dan yang lain-lainnya lagi jangan terkiralah.

Perkara seperti itu tidak berlaku di Malaysia. Maka dalam hal inilah saya melihat betapa pemimpin di negara kita begitu tegas didalam soal-soal yang melibatkan agama dan ianya amat baik bagi mengelak kekeliruan dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Oleh kerana itulah saya berpandangan adalah sangat perlu bagi kita sebagai rakyat untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa di negara ini dan juga kepada kerajaan dalam usaha mereka menyelesaikan isu yang sedang timbul kini. Kita boleh melakukannya tanpa perlu tampil dihadapan mereka.

Sebagai rakyat yang sukakan keamanan maka tidak seharusnya untuk kita terikut-ikut dengan tindak-tanduk pembangkang yang suka menimbul sesuatu perkara walau sekecil mana sehingga mampu menggugat kesejahteraan kita semua.

Contoh kita boleh lihat bagaimana tindakan ahli parlimen(DAP) Bandar Kuching YB Chong Chien Jien yang langsung tidak menghormati Mahkamah serta tidak pernah ada rasa untuk menghormati perasaan umat Islam di negara ini apabila turut serta mengadakan demontstrasi menyokong keputusan yang telah dibuat oleh hakim Datuk Lau Bee Lan baru-baru ini. Wajarkah mereka melakukan perkara seperti ini??? tentu tidak sama sekali...apa lagi yang boleh kita katakan kepada golongan seperti ini...hmmmmmm

furei kinoko berkata...

this picture make me anxious... liberalism in malaysia?

pisau.net berkata...

salam perjuangan hilbert,

untuk pengetahuan saudara, cara sembahyang di tunjukkan dalam gambar tersebut adalah dari mazhab kristian koptic. saya pernah melihat dikaca tv cara mereka bersembahyang dan mirip kepada cara umat islam bersembahyang.

cuba search di youtube,pasti akan ada.

Arkib Blog