Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Januari 14, 2010

Salah menyebar ajaran Kristian kepada umat Islam...

Saya selalu teringat akan satu pesanan yang pernah dibuat oleh seorang Paderi yang paling lama berkhidmat memimpin masyarakat Roman Katolik di Bahagian Mukah serta sekitar Daerah Dalat Sarawak suatu ketika dulu iaitu Rev. Father Henry Vollenberg seorang warga Belanda.

Antara pesanan beliau yang sentiasa saya ingat hingga ke hari ini ialah "jangan sesekali menyebar atau cuba mengembang ajaran agama Kristian kepada orang yang beragama Islam" ...menurut beliau lagi "adalah salah berbuat sedemikian dan ianya jelas melanggar undang-undang negara(Perlembagaan)" dan beliau juga sering mengingatkan semua penganut Katolik dibawah seliaan beliau agar sentiasa patuh dan hormat kepada pemimpin negeri Sarawak serta Malaysia keseluruhannya.

Rev. Father Henry jujur dengan kata-kata beliau apabila saya sering melihat beliau selalu hadir pada mana-mana majlis yang di rasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud sekitar Bahagian Mukah walaupun ianya merupakan hanya satu perjumpaan antara rakyat dengan pemimpin politik yang tidak melibatkan kepentingan agama namun beliau tetap hadir sebagai tanda hormat kepada pemimpin negeri.

Tetapi keadaan seperti itu tidak lagi berlaku selepas Father Henry kembali ke negara asalnya di Belanda dan hubungan antara pemimpin Gereja Katolik pemimpin Kerajaan Negeri mulai dingin dan terus tidak mesra setelah tugas beliau diambil-alih oleh Paderi-paderi yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Perkembangan ini telah menyebabkan Ahli Parlimen Mukah iaitu YB Datuk Sri Dr. Leo Micheal Toyad menjadi semakin tidak selesa dengan pihak Gereja sehingga membawa kepada keputusan beliau untuk meninggalkan agama Kristian dan memilih Islam sebagai pegangan hidup beliau yang baru.

Keadaan hubungan antara pihak Paderi dengan kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri menjadi semakin tidak baik malah lebih teruk apabila pada satu majlis pecah tanah untuk tapak Gereja St. John and Paul di Mukah telah di pulau oleh Paderi baru itu iaitu seorang Paderi yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Mereka bukan saja tidak mahu menghadirkan diri malah pada ucapan di Missa Kudus hari Ahad selepas itu mereka telah mengambil sikap yang sangat bertentangan dengan ajaran Kristian sendiri dengan memperlekehkan orang Kristian yang hadir pada upacara tersebut termasuk YB Dr. Leo, Ketua Menteri Sarawak, Arch. Bishop Dominic Su serta seorang paderi anak watan Sarawak sendiri.

Malah dalam urusan Gereja yang melibatkan soal perbelanjaan atau peruntukkan Gereja mereka telah berani membelakangkan pandangan pihak Catholic Mission yang berpusat di Kuching Sarawak dengan terus berurusan sendiri dengan pihak Mission yang berada di negara Singapura. Dan inilah antara sebab yang telah menjejaskan hubungan bukan saja setakat antara Gereja dengan kerajaan negeri malah antara Gereja dengan Gereja tertentu juga. Namun apa yang saya dapat tahu kini bahawa hubungan antara Gereja di bahagian Mukah dengan pihak Kerajaan Negeri kembali mesra kembali setelah paderi tersebut ditukar ke tempat lain.

Oleh itu, berbekalkan kepada nasihat yang pernah diberikan oleh Rev. Father Henry itulah maka saya berani mengatakan bahawa dalam mana-mana ajaran Katolik tidak pernah merestui untuk pemimpinnya mengembangkan agama Kristian kepada orang Islam terutamanya kerana jika ini berlaku atau ada sesiapa yang ada usaha ke arah itu bermakna pihak-pihak ini harus dipertanggungjawabkan dan harus diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan. Walaupun perkara ini(menyebar ajaran Kristian dikalangan orang Islam) belum lagi pernah terjadi di Sarawak, namun semua pihak harus sedar akan apa yang kita hadapi jika ianya terjadi.

4 ulasan:

Bah Lontok berkata...

Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

Mudah-mudahan orang melayu pun banyak ikut sama masuk katolik yang mudah dan senang ini.

Sekarang kita sudah tidak ada apa bezanya, kita juga sama2 sembah ALLAH yang maha esa. Ameeeen!!!!!!!

furei kinoko berkata...

translate to english please?

tomes berkata...

isu yang timbul sekarang ialah tuduhan yang mengatakan penggunaan nama 'allah 'oleh akhbar The Herrald Tribune adalah usaha untuk menyebarkan kristian dikalangan orang melayu.penggunaan kalimah 'allah'oleh orang kristian akan mengelirukan umat islam.mengelirukan?bagaimana boleh mengelirukan,sedangkan orang islam TIDAK akan mengunjungi rumah ibadah orang kristian.pendakwah kristian akan pergi ke tempat yang tidak ada orang islam.sila ambil perhatian pendakwah kristian di malaysia tidak pernah menikmati kemudahan yang dinikmati pendakwah-pendakwah islam.pendakwah islam boleh menggunakan tv,radio,dan mendapat sokongan sepenuhnya dari kerajaan,dengan itu golongan sasarannya adalah meluas tanpa mengira kaum.pendakwah kristian pergi ke wilayah pendalaman di sarawak dan sabah yang berhari-hari perjalanan jauhnya.oleh sebab itu kita boleh melihat gereja di sempadan dan pedalaman.penggunaan 'allah'dalam agama kristian adalah meluas di negara2 arab,indonesia
dan lama telah diamalkan dalam agama kristian,jadi kenapa dimalaysia dan sekarang isu ini timbul sedangkan isu itu tidak berbangkit di tempat2 lain di dunia.apa istimewanya kita????atas nama keharmonian sesetengah pihak terpaksa berkorban atas sesuatu yang mereka berhak.kemajuan dan kekuatan kita tidak seberapa tapi kita sudah berlagak seperti orang yang sangat berkuasa.kalau benarlah kita orang yang kuat mempertahankan prinsip dan maruah,kenapa jalanraya di malaysia sunyi sepi dari penunjuk perasaan tatkala bendera malaysia dibakar dan dilumuri darah di indonesia,lambang negara kita dihina dan dicop maling(babi)??atau kita sekadar berani terhadap orang yang pasti tidak akan mengancam kita,dan bilamana keselamatan dan nyawa kita jadi pertaruhan kita adalah pengecut seperti TV3???

Arkib Blog