Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Januari 12, 2010

Tahniah buat Datuk Dr. James Dawos atas perlantikkan dalam Kerajaan Malaysia

Esok 13hb. January 2010 hari Rabu akan memberi banyak makna dan juga akan menjadikannya sebagai satu hadiah tahun baru daripada Kerajaan Persekutuan khasnya kepada kaum Bidayuh di Sarawak apabila majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Mambong YB Datuk Dr. James Dawos Mamit sebagai Timbalan Menteri Pelancongan akan berlangsung dihadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Zainal Abidin di Istana Negara.

Kaum Bidayuh merupakan kaum keempat terbesar di Sarawak selepas Kaum Iban yang majoriti, diikuti kaum Cina dan yang ketiga adalah kaum Melayu. Kaum Melanau adalah kelima terbesar di Sarawak manakala kaum Kedayan yang sepertimana kaum Melayu mereka juga kesemuanya beragama Islam dan seterusnya adalah masyarakat dari golongan kaum Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Bisaya, Kiput, Berawan, Kajang, Lahanan, Kejaman, Saban, Tagal, Sekapan, Beketan, Beliun, Sebup, Ukit, Penan, Punan dan banyak lagi.

Jika sebelum ini kaum Bidayuh tiada mempunyai sebarang wakil didalam Kerajaan atau tiada lantikan dari kalangan masyarakat mereka dalam kabinet persekutuan maka kini mereka boleh merasa lega kerana sumbangan besar serta sokongan kuat mereka terhadap Kerajaan Barisan Nasional selama ini telah diiktiraf dan diterima sebagai satu penghargaan yang tidak boleh dinafikan.

Perlantikan YB Datuk Dr. James Dawos adalah bagi menggantikan tempat yang telah dikosongkan oleh YB Datuk Seri Abdul Rahman Sulaiman Abdul Taib yang telah meletakkan jawatan pada Disember tahun lepas atas alasan masalah peribadi. Semoga dengan perlantikan Datuk Dr. James Dawos ke jawatan itu sedikit sebanyak dapat diterima oleh kaum Bidayuh sebagai satu pengiktirafan tinggi oleh Kerajaan Barisan Nasional terhadap peranan mereka didalam proses pembangunan negeri Sarawak khasnya dan juga Malaysia amnya.

Kepada YB Datuk Dr. James, Syabas dan Tahniah buat YB. Selamat bertugas dan berikanlah yang terbaik kepada negara kita Malaysia dan berikanlah kerjasama yang padu kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib dan TPM YAB Tan Sri Muhyiddin untuk membawa banyak lagi kemajuan kepada negara kita...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN BELIAU SEKALIGUS MENGANGKAT MARTABAT MASYARAKAT KAUM BIDAYUH DI SANA. INI MENANDAKAN KERAJAAN AMAT PRIHATIN SERTA MHU MELIHAT RAKYAT M'SIA TANPA MENGIRA BANGSA DAN KETURUNAN BERSAMA2 MEMACU NEGARA KE ARAHTUJU YG LEBIH MEMBANGGAKAN

hilbert berkata...

Ya benar sekali Jeffery, diharap selepas ini akan berkuranganlah rungutan berkenaan dengan ketiadaan wakil bagi setiap kaum didalam pentadbiran kerajaan persekutuan...

tetapi apa yang penting ialah walaupun tanpa jawatan tertinggi dalam kerajaan kita masih boleh memberi sumbangan yang tertentu dan berfaedah buat Malaysia...

antianwaribrahimdotcom berkata...

tahniah kepada timbalan menteri pelancongan! sebelum ini sarawak dipinggirkan tp sekarang ditimang-timangkan. adakah kerana BN takut kalah dalam pru-dun sarawak nanti? kalau anak watan dalam negeri lain dilantik jd menteri penuh, tiada siapa yg memuji dan gembira. mereka buat dek jer. buat biasa, tiada yg menarik. tp sarawak umpama diberi bintang bulan dan sebuah planet baru untuk didiami. sy khuatir kita di sini hanya diperlukan semasa BN tenat tapi dianak-tirikan ketika BN sihat.

Arkib Blog