Jika semangat bertolak-ansur sentiasa diamalkan didalam menangani sebarang isu yang berbangkit, sudah pasti perkara yang difikirkan sangat sukar akan menjadi mudah untuk diatasi tetapi jika sifat atau sikap lebih mengutamakan kepentingan sebelah pihak saja tanpa memikirkan kesan jangka panjang sebarang isu itu terhadap masyarakat keseluruhannya, nescaya perkara yang mudah akan menjadi lebih rumit untuk diselesaikan.
Begitulah yang sedang berlaku diantara pemimpin tertentu Gereja Katolik dengan masyarakat Islam di Malaysia. Sekiranya pemimpin tertinggi Katolik di negara ini sudi mengambil langkah untuk mengkaji semula samada untuk terus mengamalkan atau memansuhkan sesuatu perkara yang dipertikaikan oleh orang Islam di negara ini dalam aktiviti agama Kristian tanpa perlu mengheret pihak lain untuk memutuskannya, saya percaya setiap isu yang berbangkit diantara Kristian dengan Islam dapat diselesaikan dengan baik serta tertib.
Saya sekali lagi ingin melihat tokoh-tokoh agama Kristian baik dari mazhab Katolik serta Protestant lainnya di Malaysia ini supaya segera mencari penyelesaian berkenaan dengan perkataan ALLAH yang jika tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh dikhuatiri akan merosakkan perpaduan kaum serta seterusnya akan menyebabkan keamanan negara turut terancam. Fikirkanlah, tiada gunanya kita menang jika ianya semata-mata meninggalkan kelukaan yang tidak akan sembuh di pihak yang satu lagi.
Kita harus terima hakikat bahawa kalimah ALLAH itu hanya terkandung serta telah ada di dalam Kitab Suci Al Quran sejak kitab tersebut diturunkan kepada umatNya. Perkataan ALLAH di dalam Al Quran tetap sama dan tidak pernah berubah-ubah walaupun penganutnya datang dari negara yang berlainan bahasa dan benua berbeza jika dibandingkan dengan Bible atau Injil yang perkataan-perkatan didalamnya termasuk perkataan untuk nama seperti Tuhan, Nabi Isa a.s, Siti Mariam, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan sebagainya akan bertukar mengikut negara mana yang rakyatnya adalah pengikut Kristian.
Masa terus berlalu serta waktu tidak akan menunggu kita, maka adalah lebih baik untuk pihak Gereja melihat kepentingan semua pihak dalam isu ini. Mana yang kita rasa memang jelas atau tidak jelas bahawa sesuatu itu adalah hak kita yang hakiki, maka sewajarnyalah kita mengembalikannya kepada pihak yang sememang berhak. Janganlah kita mengundang kemudaratan serta pergolakan kepada Malaysia dan yang semestinya kita harus berkorban untuk kemakmuran negara kita.
Jika isu ini berpanjangan, perkara ini seolah-olah telah meletakkan seluruh penganut Roman Katolik khususnya dan Kristian amnya di Malaysia berada dipersimpangan. Oleh itu adalah diharap sangat agar pihak Gereja segera berusaha untuk mengadakan satu perkataan baru yang lebih sesuai bagi kegunaan umat Kristian bagi menggantikan kalimah ALLAH seperti mana yang sedang digunakan ketika ini terutama oleh kaum Bumiputera Kristian di Sarawak dan juga di Sabah.
Kepada pemimpin-pemimpin parti politik pakatan pembangkang terutamanya, dalam isu ini tak payahlah untuk menangguk di air yang keruh dan kepada Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak usahlah mengumpan rakyat Sarawak yang beragama Kristian dengan menabur janji-janji putar belit sehingga sanggup menggadai agama Islam semata-mata kerana untuk memenuhi tuntutan kuasa politik. Kami tidak akan gelap mata dengan semua itu. BN telah banyak menabur jasa kepada rakyat Sarawak keseluruhannya dan kami sentiasa mengingatinya walaupun ada sesetengah diantaranya bagai "kacang lupakan kulit."
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, Januari 06, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
5 ulasan:
penjelasan ini menarik perhatian kami. termia kasih banyak2 kerana saudara sangat memahami.
Salam APS,
..kerana hakikatnya begitu maka sewajarnya bagi saya untuk menjelaskan serba sedikit kekeliruan yang timbul..
harapan saya semakin ramai rakyat Malaysia beragama Kristian mendesak pihak Gereja Katolik menggantikan perkataan Allah dengan lain perkataan..
Kita risau perkara ini boleh menjadi bom meletupkan segala perpaduan yang kita bina selama ini.
terima kasih Hilbert atas tulisan anda..
saya tahu anda sangat rasional dalam hal ini..
syabas !
Salam Panglima,
saya menulis sekadar hanya mahu pihak-pihak yang masih mempertahankan perkataan ALLAH didalam Kristian supaya kembali mengkaji sedalam-dalamnya perkara tersebut secara jujur dan ikhlas, samada ianya benar atau tidak kalimah itu terdapat pada Kitab Injil yang asal.
Demi kemakmuran negara dan rakyat Malaysia, mereka yang pakar didalam ajaran Kristian harus melakukannya dan harus berani berkata apa yang benar dan harus jujur mengakui kesilapan serta wajar memperbetulkannya.
Setuju usaha menjernihkan keadaan berhubung dengan isu kalimah Allah ini memerlukan sikap toleransi dam kefahaman kedua-dua pihak. Apatah lagi di pihak gereja katolik yang memulakan isu ini! Berilah perhatian terhadap pandangan sdr Hilbert ini
Catat Ulasan