Bekas Menteri Besar Perak YB Ir Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dilaporkan telah terbabit didalam satu kemalangan jalanraya tengah hari tadi.
Beliau yang juga adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak telah di bawa ke Hospital Besar Ipoh untuk di berikan rawatan. Walau apapun, keadaan sebenar beliau kini belum dapat dipastikan lagi.
Semoga beliau selamat dan segera sembuh. Begitulah kehidupan, setiap langkah kita harus berhati-hati baik dijalanraya atau dimana jua. Harus berhati-hati dalam tutur kata dan juga perbuatan. Kita ada Raja, maka hormatilah pihak Istana. Jika terhutang budi, maka seharusnyalah kita tidak cepat lupa akan daratan.
Sehubungan itu saya juga berharap agar beliau tidak terkena "doa bala" yang satu ketika dulu pernah ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak oleh sesetengah pihak hanya kerana tuntutan ke atas "royalty minyak" bagi negeri Kelantan belum ditentukan lagi.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Januari 07, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
9 ulasan:
SLM BRO..TUHAN DH TUNJUK2 SKET2 KAT PAK AJIS & THE GENG. TP JGN HARAP LA DIORANG NAK AMIK PEDULI KEHKEHKEH
tunggu jer pembangkang kata ni kerja orang BN..dah boleh agak
Mesti pandu laju tu..kalau tidak mana bolehbtayar naik atas. Lepas ni kena naik bas ekspress la pulak.
Orang PAS akan kata jalan yang BN buat tu tak rata kerana ada unsur2 rasuah, lebih batu dar tar...
Salam Jeffery,.. itulah Tuhan nak sedarkan sedikit Nizar agar jangan terlalu hanyut dengan keseronokan dunia ;-)
Salam Anaz, mungkin juga Pakatan akan menyalahkan BN atas kemalangan itu.. hehe
Salam Matrengganu, mungkin Nizar bawa keta 180km/jam,..tengok dari keadaan kemalangan itu seolah-olah dia mengelak dengan mengalih ke sebelah kanan lepas tu pusing stereng ke kiri semula..
Salam 10BUDAKHITAM, ok..terima kasih dan saya akan pautkan blog anda di blog saya atas dasar 1Malaysia, kebenaran didahulukan ;-)
Hilbert, ini adalah satu peringatan kepada Nizar, jangan terlalu takbur dengan bangsa dan tanah air, juga kepada Sultan Perak......
Alahai Negeri Perak
Keputusan mahkamah tentang siapa Menteri Besar yang sah di Perak kian mendebarkan. Khabar angin yang masuk mengeluarkan asap panas di serata pelusuk negeri Perak.
Perkembangan politik Perak yang seakan muram kembali hangat menjelang keputusan mahkamah yang ditangguhkan.
Keputusan yang menentukan halatuju negeri Perak. Apakah isu nama Allah yang lahir dari keputusan mahkamah juga sesuatu yang dirancang untuk politik Perak? Segalanya tidak mustahil dalam politik Malaysia. malah banyak yang pelik dari tak peliknya.
Tinjauan di sekitar Ipoh sehari dua ini khususnya di bangunan umNO yang terletak bersebelahan dengan hotel Casuarina dan sebaris dengan istana Kinta sedikit menjemput persoalan.
Kebanjiran kereta setiap malam mengundang pertanyaan. Mesyuarat umNO di beberapa cawangan umNO khususnya sekitar Ipoh yang dijalankan seakan serentak satu arahan itu juga boleh menimbulkan tandatanya.
Keputusan mahkamah boleh diramal berdasarkan undang undang, kecenderungan politik dan sokongan kaum bukan melayu yang sedikit mempercayai Najib hasil satu Malaysia memberi sedikit kelegaan kepada umNO.
Usaha Najib melalui satu Malaysia yang sebenarnya menjelmakan konsep Malaysia malaysia yang diperjuangkan DAP dulu memberi harapan kepada bukan melayu. Konsep Satu Malysia ini tidak di fahami oleh kaum melayu. Mereka masih dibutakan dengan perjuangan kebangsaan umNO melalui slogannya.
Bajet Zamry yang mencetuskan sejarah bajet tercepat dan terengkas diluluskan di dunia membuktikan perhatian umNO beralih kepada kaum bukan melayu. Peruntukan khas kepada sekolah bukan melayu seperti SUWA melegakan Cina.
Walaupun peruntukan seperti itu ditentang sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat, namun apa yang dibuat oleh Bn itu digambarkan sebaliknya.
Peruntukan sama di zaman DS Nizar menjadi MB dianggap khianat kepada melayu walaupun meluluskan peruntukan sama kepada sekolah agama, namun peruntukan sama kerajaan Kudeta Zamry dianggap keadilan kaum.
Inilah hipokritnya umNO. Ia juga melambangkan kebodohan penyokong yang menyokong dan mengiakan secara "mengkhinzir buta".
Ternyata detik 7 Januari akan menentukan halatuju politik Perak. Zamry seakan akur bahawa kuasa yang ada padanya sekarang adalah umpama kuasa kerajaan pasir berdengung. Ada tahta tanpa rakyat dan kuasa.
Walaupun beliau mengaum mengatakan ramai pelabur datang ke Perak...akal yang sihat akan melihat betapa bodohnya pelabur yang ingin melabur di dalam sebuah kerajaan yang terumbvang ambing melalui Menteri Besar yang masih dipertikaikan kuasanya di mahkamah.
Pelabur bukan bodoh sebagaimana bodohnya penyokong kudeta ini. Mereka tidak akan mjencagarkan pelaburan mereka dalam negeri yang tidak menentu politiknya.
Keyakinan beberapa perkara di atas menjadikan keyakinan semakin kuat bahawa pilihan raya adalah jalan terbaik buat penyelesaian kemelut politik Perak.
Itupun jika mereka meyakini mereka ada peluang untuk menang.
Read more: http://loveperak.blogspot.com/#ixzz0byseD7NF
DS Nizar perlu lebih berhati-hati, mungkin ada cubaan bunuh pihak desperate?
MB Nizar Sasaran Pembunuh Upahan?
Di saat MB Nizar hampir-hampir dikembalikan tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak, satu kemalangan jalanraya telah menimpa beliau. Seperti yang telah diketahui umum, hasil daripada perbicaraan mahkamah di peringkat yang tertinggi dikatakan menyebelahi MB Nizar dengan empat hakim memihak kepadanya daripada lima.
Kedudukan ini pasti menimbulkan intensiti yang celaru kepada pihak yang desperate dalam mengejar tahta yang bakal terguling. Kita tidak tahu apakah rencana yang boleh dimainkan oleh seteru tatkala pilihan dan peluang yang semakin menguncup serta kesuntukkan masa; keputusan mahkamah yang memihak kepada Nizar.
Justeru itu, saya menyeru supaya keselamatan pemimpin Pakatan Rakyat harus dijadikan priority terutamanya tahap keselamatan MB Nizar yang berdarah manis menunggu keputusan positif dari mahkamah perbicaraanya.
Bayangkan, sekiranya Nizar terkorban dalam kemalangan jalanraya tersebut, pastinya kemenangan perbicaraan berkenaan MB Perak yang sah sekalipun tidak akan memberi makna kerana penyandangnya telah tiada.Syukurlah MB Nizar selamat. Dengan izin Allah, MB Nizar masih relevan untuk menyandang MB Perak, beliau dilindungi oleh daulat sebenar.
Sila ambik iktibar, dalam keadaan terdesak, apa sahaja boleh jadi, jadi. Berikut di bawah adalah berita yang dipetik dari bernama;
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.
Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.
Beliau hilang kawalan kereta Toyota Camry yang dipandunya ketika cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang itu.
Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital.
- Bernama
------------------------------------------------------
Iktibar daripada kemalangan Nizar
Kemalangan yang menimpa YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan suatu takdir Illahi.
Sama takdirnya, dengan jatuhnya Kerajaan Perak yang Dato’ Seri pimpin setahun yang lalu.
Dan malapetaka yang berlaku kepada beliau adalah di hadapan Hotel Casuarina (berdekatan bangunan UMNO PERAK).
Adakah ini suatu kebetulan?
Dengan penghakiman kes pencabulan demokrasi Negeri Perak masih belum selesai, seharusnya peribadi Dato’ Seri dijaga rapi terutamanya dalam aspek keselamatan diri dan keluarga beliau.
Tanpa mengaitkan kemalangan ini dengan unsur politik, semua kepimpinan PAS termasuk pihak Pas negeri, pusat khidmat masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang perlu memastikan beliau diiringi oleh seorang pengawal peribadi atau pemandu bagi segala urusan beliau.
Ini perlu bagi memastikan keselamatan beliau terpelihara.
Sebagai suatu pengiktibaran, Almarhum Dato’ Prof Zulkifli Mohammad dan isteri juga mati disebabkan kecelakaan jalan raya.
Sehinggakan kecelakaan beliau itu dikaitkan dengan motif politik yang memaksa kerajaan ketika itu dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat.
Ingatan ini bukan sama sekali menafikan takdir Illahi, kerana kita tahu jika takdir Illahi sudah sampai “Ia tidak akan dipercepat dan diperlambat walaupun sesaat” Walaubagaimanapun sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras, kita boleh berusaha menghindarinya.
Sekian, terima kasih
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang
Read more: http://loveperak.blogspot.com/#ixzz0byutAWL3
ZAMBRY DICABAR TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengalu-alukan hasrat ikhlas Dato" Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menyiasat dan mendedahkan kepada rakyat isu penyelewengan pengagihan konsesi balak yang telah ditimbulkan oleh Kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) bagi tujuan memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat .
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr.Raja Ahmad Al-His dalam satu kenyataan medianya semalam.
Pemuda PAS Negeri amat bersetuju jika benar Dato" Seri Zambry telus di dalam isu ini, sehubungan itu Pemuda PAS Perak mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Bebas di tubuhkan bagi menyiasat isu penyelewengan pengagihan konsesi balak sejak dari 50 tahun lalu sehingga sekarang bagi kerajaan yang telah memerintah supaya rakyat boleh bernilai keadaan sebenarnya.
"Kita mencabar Zambry untuk membuka siasatan terbuka sepanjang 50 tahun Kerajaan Negeri Perak yang telah ditadbir oleh BN," tegasnya
Pemuda PAS Negeri melihat semasa perbentangan bajet 2009 oleh Dato" Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyatakan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah menjana hasil sebanyak RM40 juta berbanding hanya RM17 juta yang dikutip oleh Kerajaan Negeri BN sebelum ini.
Ini kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah melaksanakan sistem tender kawasan balak dengan telus, jelasnya.
"Adalah tidak adil kononnya isu pengagihan konsesi balak ini hanya tertakluk kepada semasa pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sahaja dan tertubuhnya Jawatankuasa Khas ini telah menunjukkan ianya berpihak kepada BN semata-mata, ia bukannya untuk mencari kebenaran mengenai perkara tersebut dan rakyat boleh menilainya sendiri," katanya.
Pemuda PAS Negeri berharap supaya cadangan ini diterima dan mencabar jika benar-benar i Zambry ikhlas di dalam mencari kebenaran untuk memastikan wang rakyat diuruskan dengan sebaik-baiknya.
"Jika Zambry hanya terus menggunakan kaedah siasatan bersama Jawatankuasa Khasnya, terbukti beliau cuba menutup penyelewengan BN berhubung isu ini," tegasnya.
Read more: http://loveperak.blogspot.com/#ixzz0byvtvvxR
Ya betul tu Yanggambi, itu satu petunjuk agar bukan setakat beliau untuk mengelak hanya kereta di depan malah beliau juga harus mengelak daripada membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang seperti kejadian berteriak meminta BUBAR DUN!!! selepas majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat dulu.
Salam Yopsapu, saya berpendapat kemalangan boleh berlaku dimana-mana saja dan bila-bila masa jua apabila kita tidak cermat dan tidak berhati-hati. Kata orang Melayu dulu-dulu "Malang tidak berbau"...'ajal dan maut ditangan Tuhan'...
Kalau ada yang berprangsangka buruk berkenaan dengan kejadian itu, bagi saya perkara itu memang sudah dijangka kerana apabila ianya melibatkan orang politik terutamanya pihak pakatan haram, pasti BN yang dituduh dengan bermacam-macam tuduhan... alaaa biasalah orang politik...ego !
Catat Ulasan