Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Januari 05, 2010

Gugurkan 'Kalimah ALLAH' dalam ajaran Kristian !

Salam sejahtera semua !

Isu yang masih hangat ketika ini di negara kita iaitu penggunaan Kalimah ALLAH oleh akhbar Herald Catholic. Bagi saya isu ini tidak sepatutnya dibawa sehingga sampai ke Mahkamah. Sebenarnya saya sangat kecewa dengan keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Datuk Lau Bee Lan.

Apabila sesuatu perkara yang pada dasar hanya boleh diselesaikan tanpa campurtangan pihak Mahkamah tetapi terpaksa dilakukan, maka beginilah jadinya. Sebagai rakyat Malaysia saya sangat menghargai perpaduan kaum yang sedia wujud di negara kita dan kita semua seharusnya menjaga agar keharmonian antara kaum yang menganuti berbagai agama dapat dipertahankan.

Pihak Gereja Katolik seluruh Malaysia sepatutnya turut berperanan didalam menjaga serta memelihara perpaduan bangsa yang ada di negara ini dengan lebih memahami sesuatu yang sensitif bagi orang yang bukan beragama Kristian. Mereka juga harus tahu bahawa perkataan atau Kalimah ALLAH yang digunakan didalam apa jua amal ibadat orang Kristian di negara ini adalah di ambil dari Kitab Injil yang diterbitkan dalam Bahasa Indonesia.

Kalimah ALLAH sebenarnya hanya terdapat didalam kitab Injil berbahasa Indonesia yang digunakan secara meluas oleh kaum Bumiputera Kristian di Sarawak dan mungkin juga di Sabah sejak dahulu lagi. Didalam Kitab Injil berbahasa Inggeris atau Bible atau dilain-lain negara perkataan ALLAH memang langsung tiada didapati. Didalam perkara ini penganut-penganut Kristian di Sarawak termasuk saya sangat keliru berkenaan perkembangan ini.

Orang Kristian harus jujur mengakui bahawa Kalimah ALLAH adalah hak mutlak orang Islam dan apa juga usaha untuk mempertahankan bahawa perkataan itu adalah milik bersama orang Kristian dan Islam adalah merupakan satu kesilapan. Jadi untuk memperbetulkan sebarang kesilapan agar ianya tidak berlarutan, maka sebaik-baiknya pihak Gereja mencari jalan damai sejajar dengan tuntutan agama Kristian juga yang sangat menitik berat soal kedamaian dan kesejahteraan.

Sebagai salah seorang daripada ratusan ribu penganut Roman Katolik di Malaysia ini, maka perlu juga rasanya untuk saya melontarkan serba sedikit pendapat mengenai perkara ini. Bagi saya, demi Malaysia, demi perpaduan kaum, keharmonian antara agama di negara kita, saya sangat berharap supaya pihak Gereja dapat menerima hakikat bahawa sebenarnya Kalimah ALLAH itu bukannya milik orang Kristian dan oleh itu saya menyeru agar perkataan itu ditiadakan didalam mana-mana ajaran Kristian di Malaysia ini.

Diharap juga rakan-rakan yang beragama Islam di negara ini supaya bertenang dan fahamlah bukan semua orang Kristian bersetuju dengan langkah yang telah diambil oleh pihak Herald Catholic itu. Sepatutnya pihak Herald Catholic tidak melibatkan pihak Mahkamah dalam isu ini sehingga jika kita lihat betul-betul ianya seolah-olah mereka cuba mempermainkan undang-undang di negara ini.

21 ulasan:

AbgTuah berkata...

SALAM 1 MALAYSIA SAHABAT.

KEPADA HILBERTMONTELL-ANAKMERDEKA

KAMI UCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI PERASAAN DAN MENYOKONG USAHA KAMI.

AWAK ADALAH SAHABAT KAMI, JUGA MODEL SEORANG RAKYAT YANG BAIK DAN BERTANGGUNGJAWAB.

MUNGKIN SEPANJANG PENULISAN KAMI BERKAITAN ISU INI KAMI TERSASAR ATAU TERLALU KASAR DENGAN PENGUNAAN PERKATAAN, DI HARAP AWAK BOLEH MEMAAFKANNYA.

BUKANLAH TUJUAN KAMI UNTUK MENYAKITI HATI RAKAN KRISTIAN DAN BUKAN JUGA BERTUJUAN UNTUK MENYEMARAKAN KEBENCIAN. KAMI HANYA MENULIS UNTUK MENYEDARKAN KESILAPAN PIHAK YANG MENYOKONG USAHA MEMBENARKAN PENERBITAN KALIMAH ALLAH DALAM THE HERALD TRIBUNE.

SEKALI LAGI KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH..DAN WE ALL LOVE YOU.

Pejuang Bangsa berkata...

Salam 1 Malaysia

Pb ucapkan terima kasih kepada anda kerana memahami perasan umat Islam dan perjuangan kami semua .

Frodo Baggins berkata...

Hilbert ... aku tau. Member aku pun tak setuju.


Dalam hal ni, aku berpendapat kedua2 pihak kene berbincang ... untuk entry kau ni, aku tabik. Aku sangat percaya pertentangan yg blaku skank akan jadi buruk kalau x diselesaikan dgn baik.


Actually, aku dah jumpa buku yg tulis nama Allah ni lama masa study dulu. sblm jadi hangat cam skank ni. pe pun, lu mmg memahami ...


"Untuk segala sesuatu ada waktunya" .. ni petikan aku paling ingat, coz mmber aku pnh bg dulu. HUGZ

IPOHMALAY berkata...

saya amat berbesar hati mendengan penjelasan jujur saudara yang langsung tidak seperti sesetengah yang memberi komen atas dasar balas membalas..

sebenarnya, saya dapat lihat yang telah tiba masanya paderi besar katolik diberikan kepada penganut Katolik Bumiputra Sabah atau Sarawak yang tidak dipengaruhi sentimen kesamarataan melampau hingga ratusan ribu cuba "mengenakan" beberapa juta dengan menggunakan undang-undang sivil yang ternyata memusuhi Islam kerana Islam mempunyai undang-undang dan sistemnya sendiri.

sekiranya ini disedari, saya akan akur jika majoriti umat islam mahukan undang-undang syariah dihuraikan dan diserap dalam undang-undang sivil... mungkin nampak ekstrim tapi dengan pasti itu yang terbaik dari Allah SWT yang Esa Dan Satu dengan izin Nya.

Saya hormati penganut Kristian Sabah dan Sarawak yang lebih faham Islam, lebih rapat bergaul dengan orang Islam berbanding Cina dan India.

Mungkin itu rahmat tersembunyi kerana banyak memuji Allah. Tetapi sentimen majoriti adalah sesuatu yang perlu dijaga dan seterusnya adalah dibawah ketentuan Allah SWT.

alonganaz berkata...

Saya pun orang Sarawak tetapi sekarang menetap di KL.Nampak jauh juga perbezaan dan jurang antara kaum yang berlainan agama di kedua2 tempat.Di Sarawak toleransinya lebih tinggi.

Yang peliknya tidak pula pernah mendengar rakan2 dan sahabat Kristian disini menyebut nama Allah.Malahan saya juga pernah tinggal selama 2 tahun di U.K..tidak pula pernah mendengar nama Allah disebut.

Umat Islam pun tidak harus melatah, apa yang berlaku hari ini adalah kerana kesalahan kita juga.BSyabas buat saudara Hilbert.

Jeffry berkata...

SLM BRO..RAMAI RAKAN2 KWN JUGA SEPENDAPAT BAHWA ISU YG CUBA DI BANGKITKAN OLEH ANUWAR SKRG ADALAH SATU DAKYAH UTK MEMECAHBELAHKAN KEHARMONIAN RAKYAT NEGARA NI. MEREKA SENGAJE CUBA MENCARI RUANG DGN MENGADU DOMBA SESAMA KAUM DEMI MERAIH SOKONGAN MELALUI IDEOLOGI SEMPIT. DI HARAPKAN KERAJAAN MAMPU MENANGANI MSLH NI SECEPAT MUNGKIN BRO

aL-MaRBaWi berkata...

Salam sahabat,

Terima kasih kerana memahami situasi ini. Saudara lah rakan yang baik dan jika semua orang seperti saudara nescaya Malaysia akan sentiasa aman dan sejahtera.

Saya juga amat menghormati agama-agama lain di Malaysia dan juga tidak mahu sentimen agama ini diperbesarkan.

Terima kasih, saudara!

ustazSAID berkata...

Salam, terima kasih Bro, pjelasan yg baik. Smoga dpt mengekalkan kefahaman yg mjadikan negara kita aman harmoni selama ini...

YB Raz berkata...

terima kasih kerana memahami. memang perkara ini tidak patut diperbesarkan.

ini semua kerana ada agenda politik pihak tertentu yang cuba menganggu perpaduan kaum di negara ini.

antara pihak yang mula mula timbulkan perkara ini adalah parti pkr dan dap.

dan sebagai rakyat malaysia, kita semua tahu yang kedua dua parti ini memang berusaha untuk memecah belahkan rakyat dan menimbulkan suasana tidak aman di malaysia.

diharap janganlah kita semua terpengaruh dengan permainan politk mereka dan sama samalah kita menolak parti mereka.

antipkrsarawak berkata...

salam anak merdeka.. terima kasih atas sokongan anda serta penjelasan yang ringkas tapi padat isinya dan mudah difahami.

kalau saudara sendiri sudah keliru, bagaimana pula dengan kami orang islam? kami lebih keliru!

kami tidak membenci dan berdendam dengan penganut agama selain islam seperti kristian. malah kami menghormati agama anutan setiap mereka kerana islam telah mengajar kami supaya menghormati agama lain.

kami juga ditegah tidak menghina agama lain. kami dilarang menghina agama lain. kami diperingat untuk tidak memusuhi mereka bukan islam yang tidak memusuhi kami.

kami sudah diperingatkan oleh ALLAH bahawa "kamu untuk agama kamu, kami untuk agama kami..."

moga tuan dapat memberi penjelasan kepada kawan2 tuan yang seagama supaya mereka lebih faham dan mengerti.

terima kasih.

Aspirasi berkata...

Salam 1 Malaysia.

Terima kasih kerana memahami.. perlu dijelaskan bahawa kali Allah tidak pernah ada dalam bible sehinggalah diterjemhkan kepada bahasa Arab.. namun kalimah Allah itu pun merujuk kepada makna tuhan...

memadailah di malaysia Herald menggunakan kalimah tuhan x perlu nama Allah.

luahfikiran berkata...

Saya hargai dan amat hormati sikap kejujuran sdr melihat isu ini. Apa sahaja (tanpa mengira pihak mana) yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian rakyat perlu ditentang. Mohon izin saya siarkan tulisan sdr di dalam blog saya (luahfikiran).

MctHeory berkata...

Terima Kasih kerena memahami keadaan umat Islam. Begitu juga dengan agama lain jika ada yang mempertikaikan mengenai agama kita. Perasaan marah akan timbul dan akan memberontak. Apa pun hormat kami pada sahabat2 yang beragama lain masih tinggi. Kitakan 1Malaysia!

hilbert berkata...

Terima kasih semuanya...
Demi kemakmuran negara Malaysia serta kesejahteraan kita sebagai rakyat didalamnya, saya rasa terpanggil untuk harus berani menyatakan kebenaran setakat mana yang saya tahu walaupun sangat berat untuk diterima oleh sesetengah pihak.

Harapan besar saya sebagai rakyat biasa pada tahun 2010 ingin melihat Malaysia di bawah kepemipinan YAB Datuk Seri Najib terus mara ke hadapan, maju dan makmur setelah nama dan imej negara kita teruk dicemuh, dicaci dan dihina oleh rakyat dari negara jiran tetangga kita sendiri. Rakyat negara ini harus bersatu menentang cubaan pihak luar untuk menggugat keamanan negara kita.

Sekira adapun pertelingkahan berlaku sesama kita mengenai sesuatu perkara, selesaikanlah ianya secara berbincang...dari hati ke hati, tidak payah bawa ianya keluar ke tepi jalan. Pihak Gereja terutamanya, hormatilah sensitiviti agama lain di Malaysia.

Apa-apapun usaha untuk penyelesaian, saya tetap menyokong demi keamanan Malaysia. Terima Kasih.

faizal berkata...

saudara hilbert apa yang saya nampak, isu ini semacam diwujudkan dan digerakkan oleh Anwar untuk memecahbelahkan keharmonian beragama di Malaysia,

anwar sekarang ini ingin menarik sokongan sabah dan sarawak menyokongnya memalui isu in, sekiranya islam pun dipergunakankannya untuk meraih sokongan, adalah tidak mustahil agama lain pun ingin dipergunakannya....

Anwar akan seronok jika suasana ketidakharmonian ini dicetus dan dimainkan oleh mana2 pihak.

kepada bloger2 di internet jangan kita terperangkap dengan mainan Anwar Ibrahim...

terima kasih hilbert

xpara87 berkata...

Langkah pertama ke arah I malaysia.
Satu Allah untuk 1 malaysia.
Lain lain akan menyusul.

terimalah adanya dan malysia akan jadi macam Indonesia, islam boleh kawin kristian.

hilbert berkata...

..lebih kurang begitulah agaknya saudara Faizal, mungkin ada dalang disebalik semua ini.

Xpara87, 1Malaysia adalah satu gagasan untuk memperkukuhkan lagi perpaduan diantara kaum yang berbilang adat resam dan budaya di negara kita dan ianya tidak bermakna untuk mempertaruhkan apa jua nilai-nilai agama untuk tujuan itu...

YOPSAPU berkata...

BRAD, LAMA TAK NAMPAK KAT BLOG INDON?
AKU MASIH LAGI BERJUANG DISANA KESAORANGAN.WALAUPUN DI MALAYSIA KITA BERLAINAN IDEOLOGI POLITIK TAPI DI BLOG INDON KITA BERSATU.
SELAMA INI AKU INGATKAN KAMU MUSLIM.
TAPI ITU SEMUA NO HAL BRO!
XPARA87, PENGALAMAN AKU DI KUCHING PADA TAHUN 1994 HINGGA 1998, AKU PERNAH TERJUMPA SEPERTI APA YG KAMU KATAKAN. ISLAM KAHWIN KRISTIAN!
KENALAN AKU ITU PEREMPUAN BERAGAMA KRISTIAN MENGIKUT AGAMA EMAKNYA DAN YG LELAKI BERAGAMA ISLAM MENGIKUT AGAMA BAPANYA(BERBANGSA INDIA MUSLIM-MAMAK SENANG CAKAP) AKU JADI TERKEJUT SEBAB SETAHU AKU HANYA DI INDONESIA YG BERLAKU PERKARA SEBEGINI, DI MALAYSIA PUN ADA? DAN YG NYATA NYA IA TELAH BERLAKU DI MALAYSIA!

hilbert berkata...

Salam Yopsapu,

walau apapun kita semua adalah rakyat Malaysia. Yang penting kita sayangkan negara kita.

...tentang kahwin campur di Sarawak antara Kristian dengan Islam adalah perkara biasa. Apabila orang Kristian hendak kahwin dengan orang Islam maka orang Kristian tersebut harus memeluk Islam terlebih dulu.

Ahli keluarga saya banyak yang Islam, adik beradik nenek moyang saya dulu, bapa saudara, emak saudara banyak yang beragama Islam. Islam tidak asing bagi kami. Asal saudara tahu saja bahawa kaum Melanau di Sarawak lebih 80% beragama Islam.

Siddiq Azani berkata...

terima kasih hibbert. minta linkkan post ini ke blog saya

- WBhim

hilbert berkata...

Sama2. silakan saudara Siddiq Azani, tiada masalah :-)

Arkib Blog