Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Oktober 16, 2008

Datuk, Melaka dan Shah Rukh Khan

Sebenarnya saya lebih awal ingin memberikan pendapat mengenai isu Anugerah yang membawa gelaran Datuk kepada artis Bollywood, Shah Rukh Khan. Namun oleh kerana kesibukkan tugas ianya terpaksa ditunda akhir sedikit dan agak terlewat, walau bagaimanapun saya tetap ingin juga mengemukakan pandangan saya disini. Pada saya, penganugerahan bintang kebesaran sebegitu besar kepada seseorang dari negara luar adalah kurang tepat dan tidak bijak. Anugerah seumpama itu boleh dibagi, tetapi harus berdasarkan sebab yang kukuh, berdasarkan sumbangan seseorang itu kepada rakyat atau masyarakat, kebajikkan yang telah dilakukan, sumbangan terhadap ekonomi negara, jasa dan bakti yang jelas untuk keamanan negara dan lain-lain lagi yang mempunyai kaitan dengan peningkatan hubungan sesama rakyat yang terdiri dari berbagai budaya, bangsa serta adat resam. Cuba kita pikirkan, seandainya setelah beliau(SRK) ini sudah diberikan gelaran Datuk, apakah dia akan sentiasa ingat orang yang memberi anugerah tersebut dan dari negeri mana? Apakah nanti dia akan selalu membantu kerajaan Negeri Melaka mempromosi apa sahaja yang hendak ditawarkan oleh kerajaan Negeri kepada bakal-bakal pelancong dari luar? Bukan itu saja, malah saya pikir akan lebih banyak perkara yang tidak baik daripada baik akan kita lihat ekoran dari pemberian anugerah seperti itu, antaranya tentu masyarakat seni itu sendiri. Mereka tentu merasakan seolah dipinggirkan. Jika kita imbas kembali tentang sumbangan anak-anak seni di Negara ini, tentu sekali tiada ternilai. Mereka ini semua adalah diantara jutaan rakyat yang menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara melalui melalui royalty daripada karya-karya yang dihasilkan. Contoh yang paling baik ialah seperti penyanyi Noraniza Idris, Anita Sarawak, Allahyarham Hussein Abu Hassan, Allahyarham Aziz Jaafar, Allahyarhamah Normadiah dan ramai lagi. Mereka ini semuanya telah begitu lama bergiat didalam seni dan ada diantaranya yang telah meninggal dunia, tetapi dimana penghargaan yang mereka perolehi? Selain anak-anak seni, kita tidak lupa juga kepada bekas-bekas perajurit selaku barisan hadapan negara. Mereka ini juga banyak juga yang telah meninggal dunia akibat terkorban ketika di medan perang ataupun kerana sakit tua. Tetapi setelah khidmat mereka tamat, apakah bentuk penghargaan atau juga anugerah yang diterima atau yang akan diterima? Contoh yang paling tepat adalah seorang bekas anggota tentera iaitu PW1 Kanang anak Langkau dari Sarawak. Apa yang kerajaan bagi kepada beliau, apa lagi anugerah selain PW1 diberikan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan beliau ketika bertugas dengan ATM ? Jadi, didalam isu penganugerahan pangkat Datuk kepada SRK itu, diharap semua pembaca dapat menilai kebaikkan dan keburukkannya.

Tiada ulasan:

Arkib Blog