Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Oktober 16, 2008

Cadangan: Penubuhan Kelab BN

Sebagai salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang mempunyai secebis rasa tanggungjawab terhadap keharmonian Negara, saya secara jujur tidak setuju sama sekali dengan satu cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi iaitu supaya ditubuhkan kelab BN untuk mereka yang berminat dengan BN tetapi dalam pada itu juga mereka tidak menyukai sesetengah parti yang ada bersama di dalam gabungan BN. Jadi, pada pandangan saya seandainya ianya akan menjadi kenyataan, pertama sekali kelab tersebut jika membuka keahlian secara terus sepertimana yang disaran, akan mempunyai ahli dengan serta-merta. Keduanya, apabila sudah mempunyai ahli yang mencecah ratusan ribu, tentu sekali mereka akan memerlukan seorang ketua untuk memimpin serta timbalannya, naib-naib, setiausaha dan bendahari sebagaimana organisasi yang lain. Ketiga, apabila mereka sudah mempunyai suara didalam BN, mustahil mereka tahan untuk menjadi ahli senyap BN. Tentu sekali mereka akan menyuarakan sesuatu perkara yang tidak memuaskan hati, termasuk hubungan dengan kompanen parti lain dalam BN itu sendiri. Ini semua, jika terjadi maka disitulah bermulanya masalah serta keretakkan hubungan sesama parti yang menganggotai BN. Pada pandangan saya buat masa ini, langkah untuk mewujud apa-apa kelab pun demi untuk menarik sokongan golongan yang bermasalah seperti itu kepada BN hendaklah dihentikan, tiada yang baik kita dapat daripadanya tetapi hanyalah masalah yang timbul.

Tiada ulasan:

Arkib Blog