Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Oktober 16, 2008

Cadangan: BN Menjadi Sebuah Parti Tunggal Berbagai Kaum

Saya secara peribadi sangat tidak bersetuju dengan satu cadangan yang datangnya daripada Presiden Parti Gerakan, iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Dimana beliau telah menyarankan agar parti-parti yang menjadi kompanen di dalam gabungan Barisan Nasional (BN) dibubarkan, dan seterusnya dia memberi cadangan supaya BN secara otomatik menjadi Parti tunggal yang mewakili berbagai kaum di Malaysia. Apakah Tsu Koon tidak memikirkan secara mendalam terlebih dahulu tentang cadangan dia itu serta akan kesannya nanti dan apakah dia tidak jelas dengan perjuangan sebenar Barisan Nasional itu sendiri? Tsu Koon harus sedar, bahawa BN itu adalah sebuah pertubuhan yang sangat besar yang didalamnya mengandungi berbagai parti yang mewakili kaum-kaum yang tertentu, yang juga sama-sama memperjuangkan nasib seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang. Perjuangan parti-parti yang berada didalam BN adalah ke satu arah, iaitu membangunkan serta memajukan negara dan juga membela rakyat. Tsu Koon juga harus ingat dan faham, bahawa BN adalah seumpama sebuah Mahligai yang sangat besar serta mempunyai banyak bilik-bilik didalamnya. Umpamakan saja parti-parti didalam BN itu sebagai bilik-bilik didalam Mahligai. Tidak mungkin didalam sesebuah Mahligai, tiada satu pun bilik untuk kegiatan apa-apa. Tempat menukar baju, tempat beristirehat,tempat makan, tempat tetamu datang dan sebagainya. Oleh itu Tsu Koon harus sedar, cadangan dia itu tiada apa-apa faedahnya, jika terjadipun memang hanya akan mendatangkan begitu banyak masalah, jauh sekali untuk menyelesaikan masalah. Tsu Koon mesti melihat dengan jelas, bahawa BN lahir adalah dari kesedaran pemimpin yang terdahulu, yang mahukan setiap kaum di Malaysia harus maju dan bersatu, oleh itu maka tertubuhlah Barisan Nasional. Jadi disini, tidak timbul lagi soal keperluan untuk mewujudkan kelainan, kerana perjuangan BN adalah sudah sangat jelas, iaitu untuk semua golongan rakyat. Apa yang diperlukan disini, adalah pemimpin semasa, apakah mereka mampu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat, sepertimana yang dituntut oleh pengasas BN yang terdahulu?

Tiada ulasan:

Arkib Blog