Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Disember 05, 2011

Hudud: CSL & orang bukan Islam tak perlu takut kalau rasa tidak bersalah !

Kebimbangan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta orang bukan Islam lainnya terhadap cadangan perlaksanaan undang-undang Islam Hudud di negara ini tidak seharus dibiarkan berterusan sehingga jika ada mana-mana pihak yang mahu melaksanakannya menjadi was-was untuk meneruskan hukum berkenaan di negara ini.

Undang-undang hudud dalam Islam sebenarnya sangat bagus sekali kalau ianya dapat dilaksanakan secara betul dan menurut apa yang telah tertulis di dalam Kitab Suci Al Quran. Berdasarkan kepada keadaan semasa di negara kita ini di mana seringkali berlaku perkara atau kejadian yang amat memerlukan satu undang-undang jauh lebih tegas dari sedia ada bagi membendung banyaknya perbuatan-perbuatan yang sudah semakin tidak dapat diatasi dengan undang-undang ciptaan manusia.

Hukum hudud suatu undang-undang tertinggi di dalam Islam patutnya diberi tempat dalam sisitem perundangan di Malaysia ini dan tidak wajar sama sekali bagi mana-mana pihak untuk cuba menggagalkannya kerana jika keamanan dan kesejahteraan yang diimpikan maka kita perlu sedar bahawan kita sememangnya perlu sangat kepada satu bentuk undang-undang yang boleh menjamin kepada kestabilan atau keselamatan yang berkekalan di negara ini.

Sebagai contoh, satu kes seperti kepada mereka-mereka yang begitu beriya-iya sangat hendak mengadakan apa jua bentuk program yang berkaitan dengan kegiatan tidak bermoral seperti seks bebas atau Program Seksualiti Merdeka, hanya undang-undang hudud saja yang boleh menghalang pihak-pihak berkenaan dari cuba untuk meneruskan acara sedemekian. Misal kata kalau ada pihak yang masih berdegil mahu mengadakannya maka hukum rejam sampai mati atau hukum sula harus dikenakan ke atas mereka.

Undang-undang lbih keras perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak yang masih berkeras mahu menganjurkan acara sebegitu kerana jika tidak bermakna kita seluruh rakyat Malaysia terpaksa menanggung hukuman dari Tuhan Yang Maha Esa dengan bermacam-macam bala akan diturunkan ke atas negara ini. Rakyat Malaysia perlu sedar dan melihat mengapa sejak akhir-akhir ini mala petaka begitu kerap sekali berlaku di beberapa negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand serta Filipina, sebabnya undang-undang di negara berkenaan terlalu longgar sehingga begitu ramai sekali rakyatnya bebas melakukan perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai budaya serta ajaran agama apabila ada yang mengamalkan gaya hidup orang Barat, berkahwin dengan kaum sejenis, bebas melakukan hubungan seks dengan ahli keluarga sendiri dan sebagainya...

Ahad, Disember 04, 2011

Perang antara BN dengan BN di DUN N.66 Marudi semakin memuncak !

Gambar Hiasan Ihsan dari akhbar Borneo Post
Tindakan drastik oleh Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom ke atas Naibnya YB Datuk Sylvester Entrie Muran yang membawa kepada pemecatan ADUN BN N.66 Marudi itu akhirnya menyaksikan bagaimana para pengundi serta rakyat di kawasan yang diwakili oleh Datuk Sylvester bertindak lebih berani daripada Tan Sri William apabila mereka menurunkan papan tanda yang mempamerkan logo serta nama Parti SPDP di Pekan Beluru Bakong yang menempatkan bilik operasi parti tersebut dan digantikan dengan logo atau lambang Barisan Nasional.

Tindakan itu bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap YB Datuk Sylvester, wakil rakyat yang telah mereka pilih secara sah dan demokrasi pada Pilihan Raya Umum Sarawak pada April lalu dan itu juga sebagai peringatan kepada Tan Sri William Mawan agar beliau tahu apa maknanya demokrasi dan tidak bertindak secara kuku besi atau melulu dalam menangani sebarang masalah yang timbul di dalam parti.

Apa-apapun yang sedang berlaku di dalam parti SPDP Cawangan Marudi pasti akan memberi kesan yang sangat buruk kepada BN khususnya untuk keputusan PRU-13 di kawasan Parlimen Baram nanti. Kerusi Parlimen Baram yang juga turut merangkumi dua kawasan DUN iaitu DUN Telang Usan dan DUN Marudi kini sedang disandang oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan. Untuk makluman, Ahli Parlimen Baram memang tidak sebulu dengan ADUN Marudi dalam banyak perkara dan ini memang diakui oleh kebanyakkan rakyat di kawasan berkenaan.

Jika PRU-13 akan diadakan dalam masa yang terdekat ini, jadi apakah persediaan yang telah BN Sarawak telah buat untuk menghadapinya sekira masih banyak masalah-masalah serius wujud dalam parti-parti komponen dan belum dapat diselesaikan. Sebelum ini Setiausaha Agung BN Negeri YB Datuk Dr Stephen Rundi telah menyatakan bahawa BN Sarawak telah bersedia untuk berdepan dengan PRU-13 tetapi bagaimana pula dengan masalah dalam SPDP terutamanya dan begitu juga dengan SUPP?

BN Sarawak perlu beri perhatian terhadap apa yang sedang berlaku dengan Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Marudi sebab mereka perlu ingat bahawa undi rakyat yang meyokong Datuk Syvester Entrie pada Pilihan Raya Negeri lepas sangat besar pengaruhnya untuk menentukan kemenangan calon BN bagi Parlimen Baram pada PRU-13 kelak dan perkara tidak boleh diambil mudah kerana tarikh pilihan raya umum sudah semakin dekat manakala masalah dalaman parti komponen BN Negeri belum lagi dselesaikan.

Cubalah pemimpin BN Sarawak bayangkan, apa yang akan terjadi sekiranya para pengundi khususnya rakyat yang menyokong Datuk Sylvester selama ini bertindak memboikot PRU-13 itu nanti ataupun mereka akan memberi undi kepada calon pembangkang ?

PAU 2011: Ucapan perasmian 3 sayap UMNO oleh TS Muhyiddin cukup berani !

Saya sebenarnya ada mengikuti ucapan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Yassin yang disiarkan secara langsung oleh RTM sewaktu beliau merasmikan persidangan serentak bagi tiga sayap parti Puteri, Pemuda dan Wanita sempena dengan Perhimpunan Agung UMNO kali yang ke-65 dari PWTC beberapa hari yang lalu.

Apa yang sangat menarik bagi saya adalah tentang ucapan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin yang begitu teguh, berani tanpa gentar untuk menyampaikan apa yang sebenarnya terbuku didalam hati orang UMNO khususnya dan orang Barisan Nasional amnya tatkala mereka diserang dengan berbagai fitnah oleh pihak Pakatan Haram DAP, PKR dan juga PAS.

Tanpa berselindung, Tan Sri Muhyiddin nyata berjaya melondeh dan menelanjangkan pihak pembangkang terutama sekali DAP yang selama ini kerapkali menuduh UMNO sebagai sebuah parti perkauman dimana sehingga kini kita semua belum lagi dapat mendengar ulasan daripada pihak pembangkang mengenai ucapan pembukaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO itu.

Begitu juga dengan PKR dan PAS, Tan Sri Muhyiddin tanpa rasa ragu dan gusar terus melabelkan mereka terutamanya orang Melayu yang menjadi ahli didalam kedua-dua parti berkenaan sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup bersekongkol dengan DAP sebuah parti yang memang sarat dengan muslihat dan agenda perkaumannya.

Ini semua mengingatkan saya kepada satu ucapan paling berani oleh Tan Sri Muhyiddin ketika beliau mula memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu dimana beliau telah menggelarkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim ketika itu sebagai petualang dan pengkhianat kepada bangsa dan negara kerana sanggup bekerjasama dengan DAP untuk memansuhkan beberapa hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara serta sanggup menghina dan memburuk-burukkan Malaysia sewaktu di luar negara.

Bagi saya, ucapan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin jelas banyak kali boleh dikatakan sebagai telah memberi modal kepada para perwakilan UMNO setiap kali berlangsungnya perhimpunan agung ataupun juga modal kepada rakyat Malaysia yang lainnya yang cintakan kedamaian untuk mereka mengupas lebih jauh lagi tentang apa dan siapa sebenarnya pihak Pakatan Haram Pembangkang itu kepada negara.

Syabas dan Tahniah juga terima kasih kepada YAB Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas ucapan yang cukup berani dan bernas sehinggakan Anwar Ibrahim sampai sekarangpun tidak berani untuk menyaman beliau apabila melabelkan Ketua Umum PKR itu sebagai Petualang Negara...

Sabtu, Disember 03, 2011

BN Sarawak tidak boleh pandang ringan masalah yang dihadapi oleh SUPP dan SPDP

Untuk kekal berkuasa sebagai sebuah parti pemerintah di Bumi Kenyalang ini maka Barisan Nasional Sarawak perlu berbuat sesuatu dengan kadar yang segera sebelum keadaan yang amat terdesak dengan tarikh PRU-13 yang semakin dekat ditambah pula dengan kemelut yang sedang membelenggu dua parti komponen iaitu SUPP dan juga SPDP.

Walaupun BN Sarawak seperti juga BN di Semenanjung yang sentiasa berpegang kuat kepada prinsip tidak mahu mencampuri urusan dalaman parti komponen yang lain di dalam Barisan Nasional namun demi kebaikan masa depan pertubuhan terbesar di negara ini tiada salah kiranya mereka sanggup korbankan sedikit prinsip dalam keadaan yang tertentu serta untuk perkara yang amat penting bagi menyelamatkan gagasan Barisan Nasional itu sendiri agar terus mendapat keyakinan tinggi daripada rakyat di Sarawak khususnya.

Dalam isu yang membabitkan dua parti komponen iaitu SUPP dan SPDP, Pengerusi BN Negeri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib perlu menggunakan pengaruhnya untuk memperbetulkan apa jua masalah yang timbul dalam mana-mana parti komponen lain seperti yang sedang berlaku terhadap kedua-dua parti berkenaan ketika ini dan atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi BN Negeri adalah bukan sesuatu yang menyalahi peraturan pertubuhan untuk beliau menjadi orang tengah bagi tujuan memberi kata nasihat kepada pemimpin-pemimpin parti yang terlibat.

Adalah satu kesilapan bagi BN Sarawak jika mengambil sikap berdiam diri dan melihat sahaja apa yang sedang berlaku terhadap SUPP dan SPDP kini tanpa mahu turut membantu mereka mencari jalan penyelesaian dan begitu juga sebaliknya jika kedua-dua parti tersebut yang menutup pintu rundingan kepada semua bentuk campurtangan pemimpin dari parti komponen lain termasuk Pengerusi BN Negeri ke dalam masalah yang sedang dihadapi mereka dimana sikap kuku besi hanya akan merugikan parti mereka sendiri.

Saya berpendapat sekiranya BN Sarawak masih lagi leka dan beranggapan bahawa mereka telah bersedia untuk menghadapi PRU-13 seolah-olah tiada apa-apa masalah yang wujud terhadap mana-mana parti dalam komponen BN Negeri, ini bermakna langkah BN Sarawak untuk terus menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan Barisan Nasional pada peringkat pusat pasti akan tempang kerana sebenarnya masalah yang sedang mengikat SUPP dan SPDP sekarang ini tidak boleh meletakkan BN Sarawak dalam keadaan sudah bersiap sedia seratus peratus untuk berdepan PRU-13 nanti.

Apa yang dikatakan sudah "bersedia" bagi menghadapi PRU-13 itu nanti ialah, setiap parti komponen dalam BN Negeri sudah tiada masalah dalaman parti yang tertunggak dan semuanya sudah diselesaikan termasuklah perkara-perkara yang dibawa ke pengetahuan ROS. Tetapi jika masih terdapat mana-mana parti yang belum berjaya keluar dari isu berat yang membelenggu parti, maka itu bermakna mereka belum bersedia untuk turut serta di dalam PRU-13 kelak dan semua pihak harus melihat keadaan itu sebagai satu perkara yang perlu diberi perhatian serius dan bukannya dibiarkan berlarutan tanpa sebarang tindakan.

BN Sarawak akan hilang beberapa kerusi Parlimen pada PRU-13 !

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Barisan Nasional Sarawak dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi khususnya kerusi Parlimen kepada pihak pembangkang dan BN Sarawak pasti akan berdepan dengan keadaan yang sangat getir dalam usaha mereka untuk mempertahankan beberapa kerusi yang masih disandang ketika ini.

Memandangkan kepada masalah yang sedang dihadapi oleh dua buah parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP serta SPDP sejak sebelum PRN Sarawak lagi sehingga kini yang tidak menampakkan yang krisis dalaman parti masing-masing akan selesai, adalah bukan sesuatu yang mustahil banyak perkara yang tidak diduga akan dilakukan oleh ahli-ahli atau sesetengah pemimpin parti untuk mensabotaj parti mereka sendiri pada PRU-13 nanti.

SUPP yang masih belum lagi pulih dari kecederaan yang dialaminya ketika PRK Parlimen Sibu tahun lepas dan keadaan terus menjadi lebih parah sehingga pada PRN Sarawak yang lalu apabila banyak calon parti berkenaan kalah teruk kepada calon pembangkang dan begitu juga dengan SPDP yang tidak sudah-sudah menghadapi masalah kepimpinan parti sehinggalah sampai kepada isu pemecatan Naib Presiden SPDP Datuk Sylvester Entrie oleh Presiden parti Tan Sri William Mawan bulan lepas.

BN Sarawak kini hanya bergantung harap kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Pehin Sri Taib Mahmud selain Parti Rakyat Sarawak (PRS) pimpinan Tan Sri Dr James Masing untuk terus berkuasa di negeri Sarawak. Disaat parti SUPP dan SPDP sedang bergelut dengan masalah kepimpinan parti mereka masing-masing, PBB terus bergerak seperti biasa mendekati rakyat tanpa banyak masalah yang dilihat boleh menyebabkan PBB akan turut kehilangan kawasan seperti SUPP dan juga SPDP.

Jumaat, Disember 02, 2011

Tahun Masehi lebih 11 hari dari tahun Hijrah berdasarkan jumlah hari dalam setahun

Kalau kita bandingkan jumlah hari yang terkumpul untuk dua belas bulan dalam satu tahun antara tahun Masehi dengan tahun Hijrah, maka kita akan dapati antara kedua-dua tahun tersebut ternyata tidak mempunyai jumlah hari yang sama untuk setiap satu tahun.

Tahun Masehi misalnya setahun ianya ada 365 hari dan akan mendapat pertambahan 1 hari untuk jangkamasa empat tahun sekali menjadikannya ada 366 hari dalam masa setahun, manakala untuk tahun Hijrah ia cuma ada 354 hari saja untuk setiap tahun.

Jika di dalam tahun Masehi, bulan February merupakan satu-satunya bulan yang punya peranan tersendiri dalam perubahan jumlah hari untuk tempoh empat tahun di mana pada tahun 2012 nanti bulan February akan ada 29 hari berbanding tahun 2011 ini yang haya ada 28 hari dan selepas itu iaitu pada tahun 2013, 2014, 2014 dan 2015 hari dalam bulan February akan kembali 28 hari sebelum tahun 2016 yang menyaksikan bulan February pada tahun berkenaan akan ada 29 hari.

Begitu juga dalam tahun Hijrah ada dua bulan yang memainkan peranan tersendiri namun ianya sekadar bertukar-tukar hari iaitu bulan Muharram dengan bulan Zul Hijjah. Seiap tahun kedua-dua bulan tersebut akan bertukar-tukar hari contohnya, sekira pada tahun ini bulan Muharram ada 30 hari dalam sebulan maka bulan Zul Hijjah akan ada 29 hari saja dan begitulah seterusnya apabila pada tahun berikutnya bulan Zul Hijjah ada 30 hari maka secara aoutomatiknya bulan Muharram cuma ada 29 hari sebulan.

Mari kita lihat kepada kalendar Tahun MASEHI dan Tahun HIJRAH

(01) January = 31 hari...............................(01) Muharram = 30 hari

(02) February = 28/29 hari........................(02) Safar = 29 hari

(03) March = 31 hari.................................(03) Rabiul Awal = 30 hari

(04) April = 30 hari....................................(04) Rabiul Akhir = 29 hari

(05) May = 31 hari.....................................(05) Jamadil Awal = 30 hari

(06) June = 30 hari......................................(06) Jamadil Akhir = 29 hari

(07) July = 31 hari.......................................(07) Rejab = 30 hari

(08) August = 31 hari.................................. (08) Syaaban = 29 hari

(09) September = 30 hari.............................(09) Ramadhan = 30 hari

(10) October = 31 hari.................................(10) Syawal = 29 hari

(11) November = 30 hari.............................(11) Zul Qaedah = 30 hari

(12) December = 31 hari..............................(12) Zul Hijjah = 29 hari
==================================================
Jumlah = Masehi 365/366 hari -------------------------Hijrah = 354 hari
==================================================

Khamis, Disember 01, 2011

Harimau Malaya: Syabas kerana menolak tawaran bermain di Indonesia !

Ada terdengar desas-desus bahawa pihak di Indonesa sedang berusaha untuk memikat beberapa pemain dari skuad Harimau Malaya seperti Badrol Bakhtiar dan beberapa rakan beliau untuk bermain dengan kelab-kelab tertentu di Indonesia, namun difahamkan mereka telah menolak tawaran berkenaan mungkin atas beberapa sebab.

Syabas dan tahniah kepada pemain muda ini kerana sanggup mengenepikan imbuhan yang ditawarkan walaupun jumlahnya mungkin mencecah berbillion rupiah. Demi maruah diri serta maruah negara yang tiap saat dihina dan dikeji oleh pihak-pihak tertentu ketika berlangsungnya Sukan SEA ke-26 lalu di Indonesia, maka mereka tidak akan melayan sebarang pelawaan dari pihak di Indonesia.

Sudahlah kerajaan Indonesia hanya membiarkan rakyatnya sesuka hati mereka menghina para pemain negara ketika temasya Sukan SEA itu tanpa memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas perbuatan tidak bertamadun rakyatnya, kini mahu pula melutut memohon khidmat pemain negara kita bermain untuk negara mereka. Memang tak sedar diri!!!

Apa-apapun, terima kasih kepada para pemain ini atas penolakan tersebut dan harap walaupun dalam keadaan yang macamana juga, anda semua jangan lupa akan layanan yang paling buruk yang pernah diberikan oleh pihak-pihak di Indonesia terhadap kontinjen Malaysia selama kalian menyertai Sukan SEA tempoh hari di Jakarta dan juga Palembang.

Rabu, November 30, 2011

Krisis SPDP: Dayak Sarawak berpecah 9, dulu majoriti kini minoriti !

Umum memang mengetahui bahawa masyarakat Dayak adalah merupakan satu komuniti terbesar di Bumi Kenyalang dan kaum Iban yang mendominasi masyarakat tersebut dari segi jumlah suku kaum yang ada di dalam kumpulan berkenaan pada hakikatnya sangat berbangga dengan semuanya itu.

Namun satu persoalan yang sentiasa bermain di dalam minda masyarakat umum di Sarawak ialah, sebagai satu kumpulan masyarakat yang menjadi majoriti di negeri ini, mengapakah kaum Dayak sehingga ke hari ini tidak mendapat sebarang kepercayaan untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri tetapi sebaliknya kuasa memerintah negeri kekal dipegang oleh kaum yang minoriti iaitu Melayu Melanau ?

Jawapannya mudah saja, kaum atau masyarakat Dayak di Sarawak tidak pernah bersatu malah mereka kerap kali bersengketa sesama sendiri sehingga pada peringkat pemimpin sekalipun mereka sering bercakaran sesama mereka. Contoh terbaru iaitu yang berlaku di dalam Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) yang diketuai oleh YB Tan Sri Milliam Mawan Ikom.

SPDP baru-baru ini telah memecat Naib Presidennya iaitu YB Datuk Sylvester Entri Muran atas dakwaan menentang parti, manakala beberapa nama yang lain seperti ADUN Batu Danau YB Paulus Ngumbang, ADUN Tasek Biru YB Peter Nansian serta ADUN Bekenu YB Rosey Yunus masih di dalam pertimbangan samada akan turut dipecat atau sebaliknya.

Untuk pengetahuan semua, YB Datuk Sylvester Entrie merupakan seorang wakil rakyat yang sentiasa dekat dengan rakyat malah apa jua masalah rakyat yang tidak mampu diselesaikan oleh Ahli Parlimen Baram YB Datuk Jacob Dungau Sagan maka Datuk Sylvester Entrie lah yang akan berusaha sehingga masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya didalam kawasan DUN beliau yang juga dalam kawasan Parlimen Baram dapat di atasi.

Cuma apa yang menjadi tandatanya di sini ialah, apakah peranan Datuk Jacob Dungau dalam isu pemecatan YB Datuk Sylvester Entrie daripada SPDP, apakah ianya berkaitan dengan rasa tidak senang hati Datuk Jacob terhadap Sylvester yang beliau anggap seringkali membelakangi dirinya ketika didalam perkara-perkara membabitkan penyelesaian masalah rakyat dikawasan bersama ?

Misalnya dalam isu bantuan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) serta Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) untuk penduduk di kawasan Bakong Marudi, bagaimana YB Sylvester Entrie berjaya menyelesaikannya sehingga tidak menimbulkan rasa kurang senang di pihak Jacob.

Semua yang di atas merupakan sebahagian daripada intipati yang menjadi punca kepada kelemahan serta juga ketidakupayaan kuasa politik kaum Dayak di Sarawak. Dalam politik, sikap suka kepada perpecahan memang ketara sekali apabila didalam semua parti yang ada di Sarawak ini tidak kira ianya parti kerajaan mahupun parti pembangkang tiada satupun antaranya yang tidak dianggotai oleh suku kaum Dayak.

Dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Cinta Malaysia, Parti STAR, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) yang ura-ura akan dihidupkan semula, semua orang Dayak turut menjadi ahli parti malah mereka juga turut menjadi ketua kepada beberapa buah parti seperti SPDP, PRS, SNAP, STAR dan PBDS.

Dalam ertikata lainnya, kuasa politik masyarakat Dayak di Sarawak sebenarnya sangat lemah dan ini terbukti apabila didalam SUPP mereka hanyalah umpama suara picisan atau hanyalah seperti melukut ditepi gantang kepada masyarakat Cina yang menguasai parti dan begitu didalam PKR, DAP mereka hanyalah pelengkap kepada istilah yang yang digunakan oleh PKR atau DAP iaitu parti berbagai bangsa walhal kaum Dayak hanya diperkudakan oleh pemimpin yang tertentu.

Di dalam SPDP, PRS, STAR, SNAP pemimpin Dayak yang banyak berpolitik daripada membantu rakyat yang merea wakili. Masing-masing sibuk menjaga kuasa. Presiden PRS Tan Sri James Jemut Masing dan Presiden SPDP Tan Sri William Mawan antara contoh dua pemimpin Dayak yang takut kepada bayang-bayang sendiri, menolak amalan demokrasi semata-mata mahu mempertahan kedudukan.

Tan Sri James Jemut menyekat bekas ADUN Pelagus Hilary S'ng dari menyertai mana-mana parti dalam komponen BN dan begitu juga Tan Sri William Mawan yang menggertak Pengerusi BN Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud agar tidak menerima Datuk Sylvester Entri masuk ke dalam parti BN yang lain. Apakah hak kedua-dua pemimpin ini untuk menafikan hak pemimpin lain supaya dapat terus berkhidmat kepada rakyat yang mereka wakili menerusi saluran yng dibenarkan mengikut sistem demokrasi di negara ini?

Jika mereka berdua (Tan Sri James Jemut dan Tan Sri William Mawan) masih percaya kepada amalan demokrasi di negara ini maka mereka berdua juga harus percaya bahawa sistem demokrasi juga terbuka kepada semua pemimpin dinegara ini termasuk Hilary S'ng dan juga Datuk Sylvester Entrie dan walau apa juapun alasannya, Tan Sri James Jemut dan Tan Sri William tidak berhak untuk menyekat bekas ADUN Pelagus Hilary S'ng dan bekas Naib Presiden SPDP dari menyertai mana-mana parti dalam komponen Barisan Nasional.

Itu semua belum lagi dikira dengan persengketaan terbuka sesama parti-parti yang mewakili masyarakat Dayak seperti PRS dengan SPDP di mana perang dingin antara kedua presiden parti belum menampakkan mereka akan berdamai bagi mencapai kata sepakat kerana kesukaran untuk bersetuju dalam semua perkara, seringkali sahaja ada pertembungan pendapat sehingga menggagal usaha untuk mereka bersatupadu.

Inilah hakikat yang kaum Dayak di Sarawak harus terima, mereka merupakan kumpulan majoriti, masyarakat terbesar di Bumi Kenyalang namun mereka sehingga kini masih gagal untuk menerajui kepimpinan di negeri Sarawak kerana perpecahan dalam masyarakat Dayak yang kian serius yang tidak akan memungkinkan kaum berkenaan boleh memimpin Sarawak dengan lebih berkesan serta lebih baik daripada kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh pemimpin dari kaum minoriti.

Cuma apa yang kita nantikan ialah, dalam keadaan serta suasana politik yang kurang menggembirakan di negeri Sarawak ketika ini berikutan dengan kemasukan parti dari luar Sarawak seperti PKR, DAP, Parti Cinta Malaysia, KITA dan lain-lainnya, apakah harapan untuk melihat kuasa politik kaum Dayak di Sarawak yang kini sudah berpecah kepada 9 akan kembali bangkit untuk bersatu ataupun kuasa politik mereka akan terus kekal selamanya seperti ketika ini atau lebih buruk lagi ?

Ahad, November 20, 2011

Sukan SEA XXVI: Malaysia Boleh! boleh menang - Ayo! Indonesia Bisa! bisa kalah

 Posting ini merupakan yang terakhir dari saya untuk blog Anak Merdeka bagi bulan November kerana saya akan rehat untuk selama lebih kurang sepuluh hari bermula tengah malam ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Dan saya hanya akan kembali aktif menulis serta mengemaskini laman blog ini mulai awal bulan Disember depan..

Namun dalam pada itu ingin saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk berkongsi dengan pembaca sekalian tentang bagaimana geram dan marahnya hati serta perasaan saya terhadap layanan buruk masyarakat Indonesia terutamanya para penyokong kontinjen negara berkenaan kepada rombongan daripada Malaysia.

Tetapi sebagai penawar atau pengubat kepada semua itu, apakata masing-masing kita membuat ramalan berkenaan dengan keputusan yang bakal kita ketahui pada esok malam berhubung dengan perlawanan di antara pasukan Harimau Malaya iaitu skuad muda bawah 23 tahun negara dengan pasukan Garuda pencen dari Indonesia.

Harap maaf sebab saya bukannya ahli tilik ataupun ahli nujum cuma sekadar suka-suka saja jangan pula ada yang akan kata saya nak membawa orang lain ke jalan yang syirik. Sekadar hiburan! Ok, seperti yang kita rakyat Malaysia semua sudah sedia maklum bahawa malam esok adalah merupakan malam penentuan bagi kedua-dua pasukan samada Indonesia ataupun Malaysia yang akan mendapat pingat emas dalam perlawanan akhir acara bolasepak Sukan SEA ke-26.

Perlawanan bolasepak antara Malaysia-Indonesia malam esok juga amat penting bagi Indonesia kerana mereka mesti dan perlu menang ke atas Malaysia sebab jika mereka menang maka sudah tentu pingat emas menjadi milik Indonesia dan gelaran juara bagi mereka juga sungguh bermakna sekali, tetapi sekiranya pingat emas menjadi milik Malaysia sementara Indonesia akan dinobatkan sebagai juara pada Sukan SEA ke-26 ini semuanya tidak akan membawa sebarang erti kepada pasukan tuan rumah kerana pingat emas bagi acara sukan bolasepak yang dianggap sebagai "ibu kepada segala pingat emas" harus dan mesti dimenangi oleh mereka dan jika tidak maka tidak lengkaplah gelaran juara bagi kontinjen Indonesia..
Maknanya, seandai pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan Garuda Indonesia malam esok di Stadium Nasional Gelora Bung Karno Jakarta, maka musnah dan punahlah segala harapan yang melangit seluruh rakyat Indonesia untuk melihat pasukan bolasepak negara mereka melengkapkan kejuaraan Indonesia pada Sukan SEA XXVI dengan sebutir pingat emas.

Sehari sebelum berlangsungnya perlawanan antara pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun dengan pasukan Garuda Indonesia, seperti keputusannya sedang bermain-main didalam otak kepala saya. Dapat saya rasakan betapa seluruh rakyat Malaysia akan terpegun dengan persembahan hebat anak buah jurulatih Ong Kim Swee. Buat kali kedua, sudah terbayang-bayang dimata saya betapa pasukan bolasepak Malaysia sekali lagi akan meraikan kemenangan mereka ke atas pasukan Indonesia malam esok.

Keputusannya bagaimana? Oh ya...Malaysia akan menang dengan kelebihan satu gol. Kalau Indonesia dengan 1 gol sudah tentu Malaysia ada 2 gol, dan jika Indonesia sumbat 2 gol sudah pasti Malaysia akan berjaya menambah 1 lagi gol menerusi jaringan yang ketiga dan begitulah seterusnya sehingga pasukan Indonesia mengibar bendera putih tanpa warna merah sebagai tanda mereka telahpun menyerah kalah kepada pasukan Harimau Muda :-))

SUKAN MEMBAWA MESEJ PERPADUAN KEPADA SELURUH PENDUDUK DUNIA !

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !

MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!

Sukan SEA XXVI: rakyat Indonesia harus lakukan transformasi ke atas minda mereka !

Jikalau rakyat Indonesia masih lagi bermegah serta terus leka dengan kehebatan sejarah masa silam pejuang dan sentiasa terpukau dengan laungan "Ganyang Malaysia" yang pernah digunakan oleh pengasas Republik Indonesia iaitu Sukarno semasa konforntasinya dengan Malaysia lebih empat dekad yang lalu maka sebenarnya mereka telahpun menghukum minda atau pemikiran mereka sendiri agar terus kekal di takuk lama, yang mengikat cara berpikir mereka kekal seperti yang pernah mereka lakukan lebih empat puluh tahun dahulu.

Untuk maju, maka sebahagian besar rakyat Indonesia harus berani melakukan banyak perubahan dalam hidup mereka. Pertama sekali mereka perlu meletakkan cara berfikir mereka dari terus berada dibawah tempurung berpindah ke atas tempurung sebab mereka perlu melihat dan mendengar perkara lain yang berlaku disekeliling mereka bukan semata-mata dengan menggunakan mata dan telinga tetapi juga harus menggunakan minda sekali.

Keduanya, rakyat Indonesia perlu membuang sikap angkuh, sombong dari diri mereka yang selama ini seolah-olah sudah menjadi pakaian mereka lalu digantikan dengan sikap sedia menghormati hak dan kemampuan orang lain dan juga mereka perlu mengikis perasaan hasad dengki yang sekian lama bersarang di dalam lubuk hati mereka bagi mengelak sebarang perasaan buruk sangka yang membawa kepada sikap bermusuhan tidak sudah-sudah mereka terhadap rakyat Malaysia.

Yang sangat penting bagi sesetengah rakyat Indonesia ialah mereka tidak lagi boleh terlalu bergantung kepada kepercayaan lama bahawa Indonesia lebih hebat daripada Malaysia walaupun keluasan negara mereka jauh lebih besar serta jumlah penduduknya jauh lebih ramai jika dibandingkan dengan Malaysia sebab tanpa mereka sedari, Malaysia sebenarnya kini telah jauh meninggalkan Indonesia di belakang dalam banyak bidang dan mereka tidak boleh lagi menafikan perkara ini.

Jika empat puluh tahun yang lalu memang Malaysia masih lagi bayi yang baru belajar merangkak, mungkin bolehlah pihak-pihak tertentu di Indonesia cuba memperlekehkan keupayaan negara ini tetapi kini setelah lebih sepuluh tahun Malaysia bergerak seiring bersama-sama dengan negara lain meredah zaman milenium ini menjadikan Malaysia semakin dewasa dan matang dalam banyak perkara dan ini adalah satu petunjuk jelas kepada segelintir rakyat di Indonesia bahawa sekarang bukan masanya lagi untuk mereka terus beranggapan bahawa Malaysia masih sama seperti awal pembentukannya tahun 1963 dulu.

Malaysia sudah mampu berdikari, jika dulu Malaysia hanya bertemankan beberapa buah negara tetapi kini Malaysia sudah ramai kawan dan sahabat malahan Malaysia kini bukan lagi menjadi sebuah negara yang hanya menanti simpati ataupun bantuan daripada negara lain tetapi sebaliknya Malaysia adalah antara negara-negara yang paling aktif dan kerap menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mana-mana negara yang pernah ditimpa bencana alam termasuklah Indonesia juga yang dilanda Tsunami besar akhir tahun 2006 dulu.

Di dalam isu negara Palestine misalnya, Malaysia lebih ke depan dalam memperjuangkan hak serta kedaulatan negara tersebut jika dibandingkan dengan negara-negara lain di sebelah Asia. Malaysia menerusi YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad lebih lantang menyuarakan sokongannya ke atas perjuangan rakyat Palestine dalam usaha untuk melepaskan tanah air mereka daripada cengkaman rejim Zionis malah rakyat Malaysia terus bermurah hati menyumbang kepada dana bantuan untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestine akibat penindasan sekian lama oleh pihak Israel ke atas mereka.

Oleh itu, sekiranya sesetengah rakyat Indonesia masih beranggapan dan melihat bahawa Malaysia sama seperti Malaysia lebih empat puluh tahun yang lalu, mudah diperkotak-katikkan, lemah dan tidak berdaya maka mereka sebenar sangat salah dan silap sebab sebelum melihat semula ke arah Malaysia yang moden sekarang maka mereka terlebih dulu perlu mengubah cara mereka berpikir, sanggup melakukan perubahan pada minda mereka dan sudah pasti setelah itu mereka akan tahu bahawa hakikatnya rakyat Malaysia sudah jauh di depan meinggalkan mereka dalam banyak perkara, berpikiran terbuka dan sentiasa bersedia menerima kekalahan dalam keadaan apa sekalipun.

Maka sebab itulah saya melihat betapa perlunya untuk rakyat Indonesia melakukan perubahan besar dari segi minda mereka, cara berpikir dan bersedia dalam menerima apa jua keputusan yang melibatkan kepentingan mereka. Mereka juga tidak lagi boleh terlalu alpa atau terlalu mengagung-agungkan perjuangan sejarahwan-sejarahwan terdahulu sehingga boleh merosakkan hubungan dua hala yang sedia terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dengan Indonesia namun sebaliknya mereka perlu berusaha agar persahabatan antara kedua negara kekal utuh dan mengelak dari menimbulkan sebarang pertikaian baru.

Sabtu, November 19, 2011

Sukan SEA 2011: Harimau Malaya, pasukan bolasepak termahal di dunia !

 Belum pernah berlaku lagu terhadap mana-mana pasukan bolasepak di seluruh dunia samada ianya bertaraf kelab mahupun pasukan kebangsaan yang menerima kawalan keselamatan yang sebegitu tinggi dan ketat daripada pihak berkuasa di sesebuah negara tempat berlangsungnya sesuatu perlawanan sebagaimana yang pernah dan telah diterima oleh pasukan bolasepak Malaysia daripada pihak keselamatan Indonesia.

Sudah dua kali, pertama ketika perlawanan di antara Malaysia menentang Indonesia untuk merebut Piala Suzuki AFF pada tahun lepas di Stadium Nasional Gelora Bung Karno di mana Skuad Harimau Malaya yang mewakili negara terpaksa dibawa keluar dari stadium dengan menggunakan kereta perisai tentera serta kereta kebal bagi mengelak mereka dari diganggu oleh perampok-perampok dan juga maling-maling yang sedang berkeliaran di sekitar stadium.
 Dan begitu juga halnya sebaik saja tamat perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Indonesia 17 November dua hari yang lalu di stadium yang sama, layanan serupa juga telah diterima oleh pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun ketika mereka keluar hendak meninggalkan stadium terpaksa dibawa dengan beberapa buah kereta kebal milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi mengelak gangguan daripada penonton warga Indon yang tentunya tidak berpuashati dengan kekalahan 0-1 pasukan Indonesia ditangan skuad Harimau Malaya.
Cuba kita pikir balik, adakah pernah barisan pemain dari pasukan ternama seperti Brazil, Italy, Perancis, Sepanyol, Jerman, Argentina, Chile, Paraguay, Uruguay dan sebagainya menerima kawalan yang begitu ketat sekali seperti yang pasukan negara kita terima daripada negara penganjur? Belum pernah rasanya,,,

Dan begitu jugalah dengan kelab-kelab bolasepak terkemuka dunia seperti Chealsea, Manchester United, Liverpool, Manchester City dan lain-lain, belum pernah lagi mereka mendapat jaminan keselamatan yang begitu tinggi sekali daripada pihak berkuasa negara penganjur sebagaimana layanan yang diberi oleh pihak berkuasa Indonesia ke atas pasukan negara kita.

Semuanya itu terpaksa dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia bagi memastikan keselamatan semua pemain terutama sekali mereka dari kontijen Malaysia agar tidak menjadi mangsa serangan oleh rakyat Indonesia yang memang sangat irihati dengan kemajuan demi kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia.

Tetapi jikalau kita pikir-pikirkan banyak kali, sudah tentu tindakan diambil oleh pihak berkuasa Indonesia yang membawa barisan pemain bolasepak negara keluar dari stadium menuju ke hotel penginapan mereka di Jakarta dengan menggunakan kenderaan perang milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan sendirinya telah menunjukkan kepada masyarakat dunia umumnya bahawa betapa kolot dan ganasnya rakyat Indonesia sehinggakan pihak tentera terpaksa turut bersama dengan anggota polis dalam menjaga keselamatan para pemain dari skuad negara kita.

Sukan SEA XXVI: SYABAS dan TAHNIAH !! Malaysia 1 - 0 Myanmar

Tahniah !!! Syabasss!!! Harimau Muda Negara,,,,anda semua wira negara, wira Malaysia!!! Malaysia Bolehhh!!! Malaysia 1 - Myanmar 0...

Myanmar pakai jersi merah warna Indon juga turut tewas!!!

Tenggelamkan terus keegoan rakyat tuan rumah Indonesia...biarkan mereka terus tenggelam dengan sikap angkuh dan sombong mereka,,,padan muka Merah Putih!!!

Sukan SEA XXVI: Harimau Muda vs Myanmar ! MALAYSIA BOLEH!!!

SOKONGAN PADU RAKYAT MALAYSIA BUAT PASUKAN HARIMAU MUDA NEGARA,,,

MALAYSIA BOLEHHH!!! Jangan biarkan pihak di Indonesia sesuka hati mereka untuk cuba menekan skuad bolasepak negara. MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!!!

Jumaat, November 18, 2011

Sukan SEA ke-26: apa ertinya pingat emas bagi Indonesia jika rakyatnya masih tidak bertamadun?

Indonesia setakat hari ini sudah berjaya mengumpul lebih seratus pingat emas menerusi berbagai acara pertandingan yang disertainya dalam Sukan SEA yang ke-26 Jakarta-Palembang tidak termasuk pingat perak dan juga pingat gangsa.

Sebagai sebuah pasukan tuan rumah, Indonesia sudah jauh meninggalkan lain-lain negara dari segi pungutan jumlah pingat keseluruhannya dan perjalanan Indonesia menuju ke puncak kejayaan dan seterusnya dinobatkan sebagai juara telah semakin hampir.

Walaubagaimanapun, semuanya itu tidak akan membawa sebarang erti dan makna kepada negara Indonesia selagi sikap sebilangan besar rakyatnya yang tidak menggambarkan semangat kesukanan tulen sepertimana yang mereka pamerkan kepada para delegasi negara peserta.

Dengan perbuatan jijik, kurang ajar dan biadap mereka yang berterusan memusuhi kontinjen dari Malaysia, nyata tahap mentaliti sebahagian besar rakyat Indonesia masih terlalu rendah dan hampir setaraf dengan tingkah-laku sekumpulan beruk dan monyet yang hidup didalam hutan belantara.

Tanpa mereka fahami bahawa penganjuran sukan samada secara tahunan, dwi-tahunan mahupun tri-tahunan dan sebagainya yang diadakan oleh mana-mana negara tujuannya adalah murni iaitu untuk mengeratkan hubungan antara rakyat sesebuah negara dengan rakyat negara peserta yang lain dan begitu juga antara sesebuah negara dengan negara yang lain.

Meneriak dan menjerit ke arah atlit-atlit negara tetamu ketika mereka sedang beraksi di dalam gelanggang sukan dengan perkataan yang sungguh mengaibkan adalah satu perbuatan yang sungguh tidak bertamadun sama sekali malahan kelakuan yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong Indonesia sepanjang berlangsungnya Sukan SEA ke-26 terutama sekali apabila melibatkan kontinjen Malaysia menunjukkan cara berpikir mereka yang ke terkebelakang dan tidak berpikiran terbuka.

Sebagai sebuah negara tuan rumah untuk acara sukan yang berprestij seperti Sukan SEA, rakyat Indonesia sepatutnya melayan semua para atlit tanpa mengira mereka mewakili negara mana dengan layanan seadanya dan mengenepikan buat seketika apa jua sengketa yang pernah terjadi antara mereka dengan negara peserta khusunya Malaysia yang seringkali dicemburui oleh segelintir dari kalangan mereka.

Dengan kesediaan untuk menanam semangat kesukanan yang tinggi pada diri mereka selaku rakyat Indonesia adalah sesuatu yang bukan mustahil bahawa mereka boleh menerima kehadiran seluruh atlit yang mewakili pasukan Malaysia tanpa menaruh perasaan curiga yang penuh dengan syak-wasangka yang melampau dan sekiranya mereka boleh lakukan sedemikian maka kemenangan mereka sebagai juara sukan SEA ke-26 kelak akan menjadi jauh lebih bermakna dari kilauan pingat emas yang mereka perolehi.

Tetapi sayang sekali, oleh kerana sikap mereka yang masih terus mahu "berperang" dengan Malaysia telah menjadikan apa jua pingat yang mereka kutip, tanpa mengira emas, perak ataupun gangsa tidak memberi sebarang erti kepada negara Republik Indonesia. Walau satu kapal sekalipun pingat emas yang berjaya mereka kumpul, jika sikap yang suka bermusuhan tanpa mengenal batas waktu itu tidak mereka buang dari jiwa masing-masing maka ianya tetap tidak akan ada lagi nilai yang harus dibanggakan.

Haqqani: lesen baru AS untuk terus menghancurkan dunia Islam !

 Sebelum ini, untuk menyerang kerajaan Iraq yang dipimpin oleh Allahyarham Saddam Hussein, kuasa besar Amerika Syarikat hanya perlu untuk mereka-rekakan cerita kononnya kerajaan Iraq memiliki sejumlah besar senjata pemusnah yang sangat berbahaya dan kononnya lagi senjtata tersebut telah disembunyikan disatu kawasan rahsia yang tidak mampu dikesan oleh pihak lain. Dan kononnya bagi membongkar misteri tempat dimana kerajaan Iraq menyembunyikan senjata berkenaan, maka Amerika Syarikat hanya memerlikan "lesen" untuk memudahkannya melakukan tindakan seterusnya ke atas Iraq.

Cerita kononnya Iraq menyimpan senjata pemusnah itu hendaklah diolah sebaik mungkin supaya mampu mempengaruhi masyarakat dunia untuk mempercayai cerita palsu yang mereka buat. Dakyah Barat dan Amerika Syarikat akhir menjadi apabila semakin ramai pula pemimpin dari kalangan negara-negara Islam sendiri yang sudah terpengaruh dengan fitnah jahat pihak Barat itu terhadap kerajaan Saddam dan mula memberi sokongan padu pula kepada Amerika Syarikat dan sekutunya seperti British dan lain-lain negara Eropah untuk menyerang Iraq.

Namun apa yang boleh kita lihat setakat hari ini ialah pihak Barat terutama sekali Amerika Syarikat langsung tidak mampu mengemukakan sebarang bukti berhubung dakwaan mereka itu terhadap Iraq sehinggalah saat Saddam Hussein menemui ajalnya ditali gantung, tiada satupun walau sekecil kuman senjata pemusnah Iraq sebagaimana yang didakwa oleh pentadbiran Presiden Bush berjaya diketengahkan bagi menguatkan lagi dakwaan mereka itu.

Matlamat sebenar serangan tentera Amerika Syarikat dan tentera Britain terhadap Iraq dulu nyata bukan kerana kerajaan Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah sepertimana yang mereka dakwa tetapi bertujuan untuk melumpuhkan sama sekali kuasa negara Islam itu yang mereka lihat sebagai penghalang besar kepada kemaraan tentera rejim Zionis untuk terus menceroboh dan merampas sebanyak mungkin kawasan di dalam wilayah Palestine bagi dijadikan sebagai wilayah milik Israel yang baru.

Bagi Amerika Syarikat dan pihak Barat, selagi kerajaan Saddam Hussein dibiar teguh berdiri sebagai sebuah kerajaan di Iraq maka selagi itulah niatnya untuk membantu pihak Israel dalam memperluaskan lagi kawasan taklukan mereka di bumi Palestine gagal untuk dilaksanakan sepenuhnya, jadi pihak Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat pimpinan George W. Bush tiada pilihan lain kecuali menyerang Iraq walau dengan apa cara sekalipun dan atas apa juapun alasan, perang ke atas Iraq perlu dimulakan.

Sesudah berjaya menumbangkan kerajaan Saddam Hussein di Iraq dan diganti pula dengan kerajaan boneka yang dipimpin oleh Perdana Menteri Nouri al-Maliki, pihak Barat terus berusaha untuk menghuru-harakan sebanyak mana negara-negara Islam di muka bumi ini. Selepas menuduh kerajaan Saddam Hussein dengan cerita karut mereka, pihak Barat dan Amerika Syarikat sekali lagi tampil dengan dakwaan seterusnya kononnya wujud sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Al-Qaeda dan diketuai oleh seorang individu Islam bernama Osama Ben Laden.

Walhal orang yang dikatakan sebagai Osama bin Laden yang dituduh bertanggungjawab atas kemusnahan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) dalam serangan oleh dua buah pesawat tanpa juruterbang sebenarnya tidak pernah sekalipun wujud di atas muka bumi ini cuma ianya sengaja diwar-warkan oleh pihak Amerika Syarikat ke seluruh pelusuk dunia dengan tujuan untuk digunakan sebagai pembuka jalan yang lebih luas bagi memudahkan tentera mereka masuk dan seterusnya menceroboh di mana-mana sahaja wilayah dalam negara Islam yang hendak diperangi.

Watak Osama bin Laden sengaja dicipta oleh Amerika Syarikat bertujuan bagi digunakan sebagai alasan mudah untuk membolehkan pihak Barat terus mengukuhkan kedudukan ataupun pangkalan tentera mereka di Asia Barat khususnya di tengah negara Afghanistan. Tanpa sebarang alasan yang kukuh adalah amat sukar bagi Amerika Syarikat untuk terus kekal bertapak di tengah-tengah bumi Islam seperti Pakistan dan juga Afghanistan namun dengan ikhtiar sehingga berjaya memperbodoh-bodoh para pemimpin negara Islam lain yang percaya bulat-bulat tentang kewujudan Osama bin Laden maka segala perancangan jahat pihak Barat untuk memerangkap mana-mana negara Islam yang menjadi sasaran mereka akan menjadi sangat mudah dan lancar.

Contohnya Tunisia, Mesir, Lybia, Syria dan beberapa buah negara Islam lainnya. Lihat bagaimana mudahnya pihak Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat berjaya memperdayakan banyak negara Islam lain supaya sama-sama bersubahat dengan Barat untuk memberi tekanan demi tekanan ke atas negara-negara Islam tersebut yang sepatutnya mendapat sokongan daripada negara Islam yang sama duduk di dalam satu pertubuhan iaitu Pertubuhan Negara Islam (OIC). Selepas Iraq, Tunisia, Mesir dan Lybia, kita boleh saksikan sendiri bagaimana negara sesama negara Islam di Asia Barat terus melakukan tekanan demi tekanan ke atas negara sahabat sendiri semuanya dilakukan menurut apa yang dikehendaki oleh kuasa Barat dan Amerika Syarikat.


Setelah buku kisah dan sandiwara ciptaan Amerika Syarikat mengenai Osama bin Laden ditutup sebaik saja watak Osama dimatikan apabila dikatakan telah maut ditembak oleh tentera bersekutu antara sempadan Pakistan dengan Afghanistan dan mayat Osama kononnya telahpun dibuang ke dalam lautan maka kini muncul pula satu lagi watak baru ciptaan Barat, iaitu Sirajuddin Haqqani lengkap lagi dengan kumpulannya yang dinamakan sebagai Kumpulan Haqqani, sebuah kumpulan pengganas kononnya.

Mengikut fakta yang direka oleh pihak Barat, Sirajuddin Haqqani kononnya adalah merupakan anak kepada Jalaluddin Haqqani itu pengasas kepada kumpulan pejuang Mujahidin di Afghanistan. Namun apa yang wajar dan harus kita ambil tahu selepas ini ialah negara manakah yang seterus akan menjadi sasaran pihak Amerika Syarikat dengan menggunakan watak Sirajuddin Haqqani sebagai senjata utama atau "lesen" bagi membolehkan mereka menyerang sesebuah negara Islam seterusnya berbekalkan restu daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

Adakah negara Syria, negara Yamen, ataupun Republik Iran?

Apakah Sirajuddin Haqqani itu benar-benar wujud atau adakah itu merupakan satu watak baru serupa dengan watak Osama bin Laden yang sengaja dicipta oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di Barat bagi membolehkan mereka terus menceroboh mana-mana negara Islam yang tidak disenangi oleh mereka ?

Khamis, November 17, 2011

Syabas & Tahniah Skuad Muda Negara !!! Malaysia 1 - Indonesia 0

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah buat pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun yang menewaskan pasukan kebangsaan Indonesia dengan satu gol tanpa balas.

Persembahan yang sangat menarik yang dipamerkan oleh pasukan bimbingan jurulatih Ong Kim Swee ini nyata terus mewarisi kecemerlangan yang pernah ditunjukkan oleh pasukan negara yang menjuarai Piala Suzuki tahun lepas.

Tahniah kepada seluruh mereka yang terlibat didalam memastikan pasukan muda bolasepak negara hingga berjaya menundukkan pasukan kebangsaan Indonesia sebentar tadi. Syabas !!!

Bro Kumbang, Dr1221, Malaysia News Today dan Aditya..sila ambil perhatian !!

Kepada 3 bloggers ini harap ambil perhatian terhadap apa yang sedang berlaku ke atas blog masing-masing yang ada saya pautkan pada laman seperti di bawah.

Saya kurang pasti samada blog anda semua sudah kena godam ataupun memang anda semua sudah beralih untuk satu perkara yang lain. Untuk makluman, blog Analisa Kumbang catatan artikelnya telah dikirim dengan menggunakan alamat emel vesnakhmer19@gmail.com manakala untuk blog Dr1221 catatan telah dikirim melalui alamat emel sokdara19@gmail.com

Apa yang ingin saya nyatakan disini, semua artikel yang diterbitkan merupakan bahan lucah yang dilarang oleh undang-undang Malaysia dan kepada pembaca semua kira untuk lebih kepastian sila pergi ke pautan yang ada di blog sebelah kanan bawah dan klik pada blog http://analisakumbang.blogspot.com/ , http://dr1221.blogspot.com/ , http://malaysianewstoday.blogspot.com/ dan http://mujahidin09.blogspot.com/ yang dulunya merupakan blog aliran politik dan perpaduan.

Jika anda semua sebagai pemilik blog ini sudah sedia maklum mengenai perkara ini, harap maklumkan agar saya boleh membuat pertimbangan untuk mengeluarkan blog-blog tersebut daripada pautan blog ini. Terima Kasih !

Tsu Koon akhirnya menyerah kalah secara total !!!

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akhirnya mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti samada untuk kerusi DUN mahupun kerusi Parlimen di negeri Pulau Mutiara itu.

Keputusan itu memang ada kaitannya dengan desakan oleh beberapa pihak di dalam Parti Gerakan yang diterjaui olehnya yang secara berterus terang telah meminta agar beliau tidak lagi menyertai PRU-13 akan datang sebagai calon parti. Kemuncak desakan datangnya daripada Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe ketika berlangsungnya Perhimpunan Tahunan Gerakan di Ibu Negara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Kemampuan Tan Sri Koh untuk terus diberi kepercayaan memimpin Pulau Pinang sekiranya BN berjaya mengambil alih kerajaan sedia ada daripada DAP telah banyak kali dipersoalkan oleh berbagai pihak di negeri berkenaan termasuklah daripada pihak pembangkang. Prestasi Tan Sri Koh selama menerajui kerajaan Pulau Pinang ketika dibawah BN sering dipertikai.

Akan tetapi walaupun beliau dan Gerakan tewas kepada DAP di Pulau Pinang namun kerajaan Barisan Nasional tidak pernah melupakan jasa beliau yang telah menyerahkan negeri Pulau Pinang kepada kerajaan Pakatan Haram Pembangkang selepas keputusan PRU-12 pada tahun 2008 menyaksikan BN kalah teruk di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.

Dan sebagai mengenang jasa beliau yang tidak terhingga itu yang menyerahkan negeri Pulau Pinang untuk diperintah DAP maka kerajaan pimpinan Pak Lah ketika itu dan kemudiannya dasar itu diteruskan pula oleh kerajaan Datuk Seri Najib apabila perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Negara atau sebagai Senator dilanjutkan ke satu tarikh yang belum ditentukan.

Malah bukan setakat dilantik ke jawatan sebagai seorang Senator malahan beliau terus dilantik oleg Datuk Seri Najib menjadi menteri penuh iaitu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mana jawatan beliau lebih kanan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang lain. Beliau diberi tugas untuk menjaga prestasi menteri-menteri kabinet yang lain... hahaha...sesuatu yang amat lucu,,,,adakah patut ?

Punyalah banyak Ahli Parlimen BN dari Sarawak dan Sabah yang menang dengan cemerlang pada PRU-12 itu dulu, tetapi kenapa Tan Sri Koh Tsu Koon juga yang dipilih ? Bukan main ramai juga Ahli Parlimen BN yang berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri penuh, timbalan menteripun okay,,,tetapi kenapa juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pula yang jadi pilihan Datuk Seri Najib?

Tapi tak apalah, sudah Tan Sri Koh kata dia tak nak bertanding pasal dia memang tahu bahawa beliau akan tetap kalah maka eloklah juga lepas ini dia tolak sebarang jawatan yang melibatkan jemaah menteri,,, banyak lagi Ahli Parlimen BN yang belum diuji akan kemampuan mereka...jadi saya rasa tidak timbul lagi sebab mengapa perlu untuk Perdana Menteri "mengimport" orang luar untuk mengisi jawatan dalam kerajaan memandang sumbangan Ahli-ahli Parlimen juga perlu diambilkira...

SCORE: Bahagian Mukah perlukan 3 rangkaian Ahli Parlimen yang berwibawa

Bahagian Mukah, bahagian yang ke sepuluh di dalam negeri Sarawak sebenarnya memiliki tiga kawasan Parlimen yang besar keluasannya iaitu Parlimen Tanjung Manis yang diwakili oleh YB Datuk Norah Tun Abdul Rahman, Parlimen Igan diwakili oleh YB Datuk Haji Wahab Haji Dollah dan Parlimen Mukah yang masih diwakili oleh YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad.

Pada 11 February 2008 bersamaan dengan 4 Safar 1429 Hijrah, satu lagi lembaran sejarah baru telah tercipta buat negeri Sarawak Bumi Kenyalang iaitu dengan pelancaran Sarawak Corridor Of Renewable Enegy (SCORE) oleh Perdana Menteri ketika itu YABhg Tun Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi di Bandar Bintulu.

Koridor Sarawak mempunyai matlamat utama untuk membangunkan sepenuhnya potensi ekonomi serta mewujudkan peluang pelaburan dan pekerjaan di dalam usaha untuk menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan pelbagai etnik di negeri Sarawak.

Asas penjanaan ekonomi negeri adalah daripada sumber semulajadi yang banyak, yang belum lagi dibangunkan sepenuhnya dalam bidang tenaga dan perladangan. Kejayaan membangunkan semua sumber semulajadi dan memodenkan ekonomi, Koridor Sarawak akan memberi faedah yang besar kepada kawasan pendalaman dan luar bandar serta kawasan bandar.

PENGENALAN:
Konsep pembangunan Koridor Wilayah sebagaimana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) dan Misi Nasional (2006-2015) merupakan salah satu daripada strategi yang dirangka oleh Kerajaan Malaysia untuk mencapai pembangunan yang seimbang di negara ini.

Apakah SCORE?:
Koridor Sarawak ataupun Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), merupakan salah satu daripada lima koridor pembangunan wilayah yang sedang dilaksanakan di negara ini. Pembangunan SCORE merupakan satu inisiatif penting untuk membangunkan Wilayah Tengah negeri Sarawak dan seterusnya menjadi pemangkin pembangunan negeri Sarawak ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2020. Ia bermatlamat untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini.

Apakah Teras Pembangunan SCORE?:
Pembangunan SCORE adalah berteraskan kepada sumber-sumber tenaga yang banyak terdapat di Wilayah Tengah negeri Sarawak seperti kuasa hidro (28,000 megawatt), arang batu (1.46 bilion tan) dan gas asli (40.9 trilion kaki padu persegi). Kewujudan sumber-sumber tenaga ini memberi kelebihan kepada Sarawak dalam penawaran harga tenaga yang lebih kompetitif untuk meransang pelaburan dalam sektor tenaga dan menggalakkan pembangunan industri berintensifkan tenaga yang akan menjadi penggerak pembangunan perindustrian di koridor ini.

Apakah Industri Utama?:
SCORE mengalu-alukan pelaburan tempatan mahupun pelaburan asing. Terdapat 10 jenis industri yang telah dikenalpasti untuk dibangunkan sebagai industri utama hasil daripada pengenalpasti 67 jenis industri. 10 jenis industri utama adalah seperti berikut;
1) Industri berasaskan minyak;
2) Industri aluminium;
3) Industri berasaskan logam termasuk besi, logam dan zink;
4) Industri berasaskan kaca;
5) Industri pelancongan;
6) Industri berasaskan minyak kelapa sawit;
7) Industri berasaskan kayu termasuk kertas dan palpa;
8) Industri perternakan;
9) Industri perikanan dan akukultur; dan
10) Industri kejuruteraan marin seperti pembinaan kapal dan pelantar minyak.

Kesemua 10 industri utama akan dipromosi dan dibangunkan secara meluas menerusi penyertaan yang lebih menyeluruh dari sektor swasta. Pembangunan 10 industri utama dan aktiviti hiliran yang berkaitan akan menjadi pemangkin utama pembangunan industri di kawasan Koridor.

Di Manakah Lokasi SCORE?:
SCORE terletak di Wilayah Tengah negeri Sarawak yang meliputi kawasan sepanjang 320 kilometer di kawasan pesisiran dari Tanjung Manis ke Similajau dan meliputi kawasan sekitarnya serta kawasan pendalaman. SCORE meliputi kawasan seluas lebih kurang 70,000 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 607, 800 orang. Koridor ini turut merangkumi beberapa pusat bandar utama seperti Sibu, Bintulu, Mukah, Sarikei dan Kapit.

Di Manakah Pusat Pertumbuhan Utama?:
Pelaburan di Koridor ini akan difokuskan kepada tiga pusat pertumbuhan utama iaitu Mukah, Tanjung Manis dan Similajau. Pemilihan pusat pertumbuhan utama merupakan elemen penting di dalam pelan strategik pembangunan koridor ini.

Mukah akan dibangunkan menjadi Bandar Pintar (Smart City) dan menjadi nadi utama Koridor. Tanjung Manis akan dibangunkan sebagai Bandar Pelabuhan Industri (Industrial Port City) manakala Similajau akan dibangunkan menjadi Pusat Industri Berat (Heavy Industries Centre).

Pembangunan di ketiga-tiga pusat ini akan mewujudkan sinergi yang akan menggerakkan pertumbuhan dan pembangunan khususnya di Wilayah Tengah dan negeri Sarawak amnya. Sementara itu, pusat pertumbuhan yang lain seperti Semop, Balingian, Selangau, Samarakan, Bakun, Nanga Merit dan Tunoh juga akan menikmati limpahan hasil daripada pembangunan di ketiga-tiga pusat pertumbuhan itu - sumber Utusan Sarawak 11 February 2008, Isnin.

...reaksi Anak Merdeka;
maka untuk terus memperkasakan SCORE agar ianya kelak benar-benar akan mencapai matlamat sebagaimana yang telah digariskan dua tahun lalu, jadi apakah persediaan terbaik yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan negeri terutamanya kerajaan Barisan Nasional bagi memastikan Mukah dan Tanjung Manis yang ditetapkan sebagai Pusat Utama SCORE mampu memainkan peranannya di dalam menjayakan semua industri yang ada dalam Koridor berkenaan?

Adakah peranan oleh mana-mana Ahli Parlimen di mana kawasan yang mereka wakili terlibat secara langsung dengan SCORE seperti Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad, Datuk Norah Tun Rahman, Datuk Haji Wahab Dollah dan Datuk Joseph Entulu Belaun juga diambilkira oleh Barisan Nasional dari segi keupayaan serta kemampuan mereka dalam menarik minat pelabur asing untuk terus melabur di SCORE selain usaha tertentu yang berkaitan bagi menjayakan misi Koridor khusus untuk Bumi Kenyalang itu?

Rabu, November 16, 2011

Ricky Martin akan menikahi kawan lelakinya di Sepanyol !!!


Uiiiii!!! boleh juga ye?

Penyanyi berasal dari Amerika Latin dan yang popular dengan lagu "Livin La Vida Loca" Ricky Martin akan mengahwini teman lelakinya sendiri iaitu Carlos Gonzales di negara Sepanyol setelah 4 tahun mereka hidup bersama he he he...siaplah PKR kali nie :-))

Eh? kenapa pulak PKR?...Ambiga dan Marina lah...Anwar juga !

Arkib Blog