Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, November 17, 2011

SCORE: Bahagian Mukah perlukan 3 rangkaian Ahli Parlimen yang berwibawa

Bahagian Mukah, bahagian yang ke sepuluh di dalam negeri Sarawak sebenarnya memiliki tiga kawasan Parlimen yang besar keluasannya iaitu Parlimen Tanjung Manis yang diwakili oleh YB Datuk Norah Tun Abdul Rahman, Parlimen Igan diwakili oleh YB Datuk Haji Wahab Haji Dollah dan Parlimen Mukah yang masih diwakili oleh YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad.

Pada 11 February 2008 bersamaan dengan 4 Safar 1429 Hijrah, satu lagi lembaran sejarah baru telah tercipta buat negeri Sarawak Bumi Kenyalang iaitu dengan pelancaran Sarawak Corridor Of Renewable Enegy (SCORE) oleh Perdana Menteri ketika itu YABhg Tun Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi di Bandar Bintulu.

Koridor Sarawak mempunyai matlamat utama untuk membangunkan sepenuhnya potensi ekonomi serta mewujudkan peluang pelaburan dan pekerjaan di dalam usaha untuk menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan pelbagai etnik di negeri Sarawak.

Asas penjanaan ekonomi negeri adalah daripada sumber semulajadi yang banyak, yang belum lagi dibangunkan sepenuhnya dalam bidang tenaga dan perladangan. Kejayaan membangunkan semua sumber semulajadi dan memodenkan ekonomi, Koridor Sarawak akan memberi faedah yang besar kepada kawasan pendalaman dan luar bandar serta kawasan bandar.

PENGENALAN:
Konsep pembangunan Koridor Wilayah sebagaimana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) dan Misi Nasional (2006-2015) merupakan salah satu daripada strategi yang dirangka oleh Kerajaan Malaysia untuk mencapai pembangunan yang seimbang di negara ini.

Apakah SCORE?:
Koridor Sarawak ataupun Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), merupakan salah satu daripada lima koridor pembangunan wilayah yang sedang dilaksanakan di negara ini. Pembangunan SCORE merupakan satu inisiatif penting untuk membangunkan Wilayah Tengah negeri Sarawak dan seterusnya menjadi pemangkin pembangunan negeri Sarawak ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2020. Ia bermatlamat untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini.

Apakah Teras Pembangunan SCORE?:
Pembangunan SCORE adalah berteraskan kepada sumber-sumber tenaga yang banyak terdapat di Wilayah Tengah negeri Sarawak seperti kuasa hidro (28,000 megawatt), arang batu (1.46 bilion tan) dan gas asli (40.9 trilion kaki padu persegi). Kewujudan sumber-sumber tenaga ini memberi kelebihan kepada Sarawak dalam penawaran harga tenaga yang lebih kompetitif untuk meransang pelaburan dalam sektor tenaga dan menggalakkan pembangunan industri berintensifkan tenaga yang akan menjadi penggerak pembangunan perindustrian di koridor ini.

Apakah Industri Utama?:
SCORE mengalu-alukan pelaburan tempatan mahupun pelaburan asing. Terdapat 10 jenis industri yang telah dikenalpasti untuk dibangunkan sebagai industri utama hasil daripada pengenalpasti 67 jenis industri. 10 jenis industri utama adalah seperti berikut;
1) Industri berasaskan minyak;
2) Industri aluminium;
3) Industri berasaskan logam termasuk besi, logam dan zink;
4) Industri berasaskan kaca;
5) Industri pelancongan;
6) Industri berasaskan minyak kelapa sawit;
7) Industri berasaskan kayu termasuk kertas dan palpa;
8) Industri perternakan;
9) Industri perikanan dan akukultur; dan
10) Industri kejuruteraan marin seperti pembinaan kapal dan pelantar minyak.

Kesemua 10 industri utama akan dipromosi dan dibangunkan secara meluas menerusi penyertaan yang lebih menyeluruh dari sektor swasta. Pembangunan 10 industri utama dan aktiviti hiliran yang berkaitan akan menjadi pemangkin utama pembangunan industri di kawasan Koridor.

Di Manakah Lokasi SCORE?:
SCORE terletak di Wilayah Tengah negeri Sarawak yang meliputi kawasan sepanjang 320 kilometer di kawasan pesisiran dari Tanjung Manis ke Similajau dan meliputi kawasan sekitarnya serta kawasan pendalaman. SCORE meliputi kawasan seluas lebih kurang 70,000 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 607, 800 orang. Koridor ini turut merangkumi beberapa pusat bandar utama seperti Sibu, Bintulu, Mukah, Sarikei dan Kapit.

Di Manakah Pusat Pertumbuhan Utama?:
Pelaburan di Koridor ini akan difokuskan kepada tiga pusat pertumbuhan utama iaitu Mukah, Tanjung Manis dan Similajau. Pemilihan pusat pertumbuhan utama merupakan elemen penting di dalam pelan strategik pembangunan koridor ini.

Mukah akan dibangunkan menjadi Bandar Pintar (Smart City) dan menjadi nadi utama Koridor. Tanjung Manis akan dibangunkan sebagai Bandar Pelabuhan Industri (Industrial Port City) manakala Similajau akan dibangunkan menjadi Pusat Industri Berat (Heavy Industries Centre).

Pembangunan di ketiga-tiga pusat ini akan mewujudkan sinergi yang akan menggerakkan pertumbuhan dan pembangunan khususnya di Wilayah Tengah dan negeri Sarawak amnya. Sementara itu, pusat pertumbuhan yang lain seperti Semop, Balingian, Selangau, Samarakan, Bakun, Nanga Merit dan Tunoh juga akan menikmati limpahan hasil daripada pembangunan di ketiga-tiga pusat pertumbuhan itu - sumber Utusan Sarawak 11 February 2008, Isnin.

...reaksi Anak Merdeka;
maka untuk terus memperkasakan SCORE agar ianya kelak benar-benar akan mencapai matlamat sebagaimana yang telah digariskan dua tahun lalu, jadi apakah persediaan terbaik yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan negeri terutamanya kerajaan Barisan Nasional bagi memastikan Mukah dan Tanjung Manis yang ditetapkan sebagai Pusat Utama SCORE mampu memainkan peranannya di dalam menjayakan semua industri yang ada dalam Koridor berkenaan?

Adakah peranan oleh mana-mana Ahli Parlimen di mana kawasan yang mereka wakili terlibat secara langsung dengan SCORE seperti Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad, Datuk Norah Tun Rahman, Datuk Haji Wahab Dollah dan Datuk Joseph Entulu Belaun juga diambilkira oleh Barisan Nasional dari segi keupayaan serta kemampuan mereka dalam menarik minat pelabur asing untuk terus melabur di SCORE selain usaha tertentu yang berkaitan bagi menjayakan misi Koridor khusus untuk Bumi Kenyalang itu?

Tiada ulasan:

Arkib Blog