Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, November 20, 2011

Sukan SEA XXVI: Malaysia Boleh! boleh menang - Ayo! Indonesia Bisa! bisa kalah

 Posting ini merupakan yang terakhir dari saya untuk blog Anak Merdeka bagi bulan November kerana saya akan rehat untuk selama lebih kurang sepuluh hari bermula tengah malam ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Dan saya hanya akan kembali aktif menulis serta mengemaskini laman blog ini mulai awal bulan Disember depan..

Namun dalam pada itu ingin saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk berkongsi dengan pembaca sekalian tentang bagaimana geram dan marahnya hati serta perasaan saya terhadap layanan buruk masyarakat Indonesia terutamanya para penyokong kontinjen negara berkenaan kepada rombongan daripada Malaysia.

Tetapi sebagai penawar atau pengubat kepada semua itu, apakata masing-masing kita membuat ramalan berkenaan dengan keputusan yang bakal kita ketahui pada esok malam berhubung dengan perlawanan di antara pasukan Harimau Malaya iaitu skuad muda bawah 23 tahun negara dengan pasukan Garuda pencen dari Indonesia.

Harap maaf sebab saya bukannya ahli tilik ataupun ahli nujum cuma sekadar suka-suka saja jangan pula ada yang akan kata saya nak membawa orang lain ke jalan yang syirik. Sekadar hiburan! Ok, seperti yang kita rakyat Malaysia semua sudah sedia maklum bahawa malam esok adalah merupakan malam penentuan bagi kedua-dua pasukan samada Indonesia ataupun Malaysia yang akan mendapat pingat emas dalam perlawanan akhir acara bolasepak Sukan SEA ke-26.

Perlawanan bolasepak antara Malaysia-Indonesia malam esok juga amat penting bagi Indonesia kerana mereka mesti dan perlu menang ke atas Malaysia sebab jika mereka menang maka sudah tentu pingat emas menjadi milik Indonesia dan gelaran juara bagi mereka juga sungguh bermakna sekali, tetapi sekiranya pingat emas menjadi milik Malaysia sementara Indonesia akan dinobatkan sebagai juara pada Sukan SEA ke-26 ini semuanya tidak akan membawa sebarang erti kepada pasukan tuan rumah kerana pingat emas bagi acara sukan bolasepak yang dianggap sebagai "ibu kepada segala pingat emas" harus dan mesti dimenangi oleh mereka dan jika tidak maka tidak lengkaplah gelaran juara bagi kontinjen Indonesia..
Maknanya, seandai pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan Garuda Indonesia malam esok di Stadium Nasional Gelora Bung Karno Jakarta, maka musnah dan punahlah segala harapan yang melangit seluruh rakyat Indonesia untuk melihat pasukan bolasepak negara mereka melengkapkan kejuaraan Indonesia pada Sukan SEA XXVI dengan sebutir pingat emas.

Sehari sebelum berlangsungnya perlawanan antara pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun dengan pasukan Garuda Indonesia, seperti keputusannya sedang bermain-main didalam otak kepala saya. Dapat saya rasakan betapa seluruh rakyat Malaysia akan terpegun dengan persembahan hebat anak buah jurulatih Ong Kim Swee. Buat kali kedua, sudah terbayang-bayang dimata saya betapa pasukan bolasepak Malaysia sekali lagi akan meraikan kemenangan mereka ke atas pasukan Indonesia malam esok.

Keputusannya bagaimana? Oh ya...Malaysia akan menang dengan kelebihan satu gol. Kalau Indonesia dengan 1 gol sudah tentu Malaysia ada 2 gol, dan jika Indonesia sumbat 2 gol sudah pasti Malaysia akan berjaya menambah 1 lagi gol menerusi jaringan yang ketiga dan begitulah seterusnya sehingga pasukan Indonesia mengibar bendera putih tanpa warna merah sebagai tanda mereka telahpun menyerah kalah kepada pasukan Harimau Muda :-))

SUKAN MEMBAWA MESEJ PERPADUAN KEPADA SELURUH PENDUDUK DUNIA !

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !

MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!

1 ulasan:

IBM berkata...

Salam tuan punya blog.
Memang Malaysia boleh. Semangat kental pemain2 kita lebih menjurus kpd bermain berpasukan, bukan mcm Indon, mengutamakan kemahiran individu. Itu seba mereka tewas. syabasMalaysia!

Arkib Blog