Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label nabi nik aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nabi nik aziz. Papar semua catatan

Khamis, Disember 29, 2011

Nabi Am PAS & Imam Mahgay PKR serupa saja, 2X5...pembohong!

Alangkah malunya Nabi Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku seoang Nabi yang baru dilantik apabila kedapatan berbohong ekoran makluman yang dibuat beliau melalui media utama parti berkenaan HarakahDaily bahawa kemelut dalaman parti PAS yang melibatkan Datuk Hassan Ali, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali kini telahpun selesai berikutan permohonan maaf sesama mereka yang terlibat dalam krisis baru-baru ini.

Sumber saya dari blogger Pisau di siya.

Nampak gayanya antara Nabi Am Pas itu dengan Imam Mahgay dari PKR, Anwar Ibrahim semakin banyak persamaan..suka main sorong tarik, suka cakap berbelit-belit dan terbaru nyata berbakat dalam membuat cerita bohong kononnya Datuk Hassan Ali sudah meminta maaf padahal ianya telah dinafikan oleh empunya badan yang tegas beliau tidak sama sekali pernah memohon maaf kepada Nabi Am PAS itu.

Patutnya apabila sudah dinaikkan pangkat sebagai seorang Nabi mestilah kena bersikap jujur dan ikhlas, baru orang akan hormat...

Rabu, Disember 07, 2011

Agama apa pula yang dibawa oleh Nabi Nik Aziz ye?

Kalau dah Ustaz Shamsul Zaman mengiktiraf kedudukan Mursyidul Am PAS setaraf dengan para Nabi maka bermakna ustaz berkenaan mahu orang lain juga percaya bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah salah seorang daripada 25 orang nabi yang dilantik Tuhan untuk memimpin seluruh manusia di muka bumi ini ke jalan yang benar.

Di antara 25 nabi yang terdahulu ada beberapa nabi yang di beri tanggungjawab lebih besar untuk membawa manusia keluar dari kegelapan seperti Nabi Daud a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s serta Nabi Muhamad s.a.w dan masing-masing nabi ini dilengkapkan dengan kitab serta ajaran agama dibawa untuk dikembangkan di kalangan manusia seluruh alam.

Jika Nabi Daud a.s dipilih Tuhan sebagai seorang nabi atau rasul maka Baginda telah diserta dengan sebuah kitab iaitu Kitab Zabur untuk agama Yahudi yang dibawa Baginda. Begitu juga dengan Nabi Musa a.s yang diturunkan sebuah kitab suci iaitu Kitab Taurat untuk agama Majusi yang Baginda perjuangkan dan seterus Nabi Isa a.s yang membawa agama Nasrani atau Kristian dengan Kitab Injil sebagai panduan umatnya. Nabi akhir zaman, Nabi Muhamad S.A.W pula yang dipilih sebagai rasul terakhir dengan agama Islam serta Kitab Suci Al Quran.

Tetapi bagaimana pula dengan Nabi Nik Aziz, takkanlah tak ada kitab suci lain khusus untuk beliau atau agama sendiri yang hendak dibawa kepada rakyat Malaysia? Tak patut juga kalau Nabi Nik Aziz mahu memperjuangkan Islam kerana Islam sudah lengkap dengan seorang nabi serta kitab sucinya sekali maka tak logik pula sekiranya dua nabi untuk satu agama, kan !

Nik Aziz naik pangkat dari Mursyidul Am kepada Nabi PAS

 Nampaknya tuah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin cerah, jika sebelum ini beliau adalah merupakan Mursyidul Am PAS iaitu satu jawatan yang tanpa ditandingi dalam parti cuma ianya dibuat secara lantikan oleh dewan perwakilan parti.
 Dan kini Datuk Nik Aziz Nik telahpun diisytiharkan oleh para penyokongnya sebagai seorang Nabi. Nabi Nik Aziz itulah nama baru bagi Mursyidul Am PAS itu. Cuma sekarang Nabi Nik Aziz belum lagi menerima sebarang wahyu dari langit.
Ini pula adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Nik Aziz, Kitab al-Jingga...

Arkib Blog