Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 07, 2011

Agama apa pula yang dibawa oleh Nabi Nik Aziz ye?

Kalau dah Ustaz Shamsul Zaman mengiktiraf kedudukan Mursyidul Am PAS setaraf dengan para Nabi maka bermakna ustaz berkenaan mahu orang lain juga percaya bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah salah seorang daripada 25 orang nabi yang dilantik Tuhan untuk memimpin seluruh manusia di muka bumi ini ke jalan yang benar.

Di antara 25 nabi yang terdahulu ada beberapa nabi yang di beri tanggungjawab lebih besar untuk membawa manusia keluar dari kegelapan seperti Nabi Daud a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s serta Nabi Muhamad s.a.w dan masing-masing nabi ini dilengkapkan dengan kitab serta ajaran agama dibawa untuk dikembangkan di kalangan manusia seluruh alam.

Jika Nabi Daud a.s dipilih Tuhan sebagai seorang nabi atau rasul maka Baginda telah diserta dengan sebuah kitab iaitu Kitab Zabur untuk agama Yahudi yang dibawa Baginda. Begitu juga dengan Nabi Musa a.s yang diturunkan sebuah kitab suci iaitu Kitab Taurat untuk agama Majusi yang Baginda perjuangkan dan seterus Nabi Isa a.s yang membawa agama Nasrani atau Kristian dengan Kitab Injil sebagai panduan umatnya. Nabi akhir zaman, Nabi Muhamad S.A.W pula yang dipilih sebagai rasul terakhir dengan agama Islam serta Kitab Suci Al Quran.

Tetapi bagaimana pula dengan Nabi Nik Aziz, takkanlah tak ada kitab suci lain khusus untuk beliau atau agama sendiri yang hendak dibawa kepada rakyat Malaysia? Tak patut juga kalau Nabi Nik Aziz mahu memperjuangkan Islam kerana Islam sudah lengkap dengan seorang nabi serta kitab sucinya sekali maka tak logik pula sekiranya dua nabi untuk satu agama, kan !

4 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..WALLY SLIPAU CUMA MANUSIA YANG ADA OTAK TAPI FIKIRAN DAH KECUT. DIA PRASAN LBEY!. BARU PENCACAI ANGKAT SKET TARAF NABI DIA DH JD CACING NAIK KE MATA. BILE MASE TAH DIA DPT WAHYU?? KEHKEHKEHKEH

Megat Alam Gempita berkata...

kitabnya adalah buku jinggay

hilbert berkata...

jangan2 Nabi Nik Aziz skrg dah nak mula cari gua untuk bertapa hehe..

atta shazni berkata...

putar belit crita . T.G pon xkata dy Nabi kamu pula mau bt statement cenggitu ..dengki tu dengki jugak la kn..ish2..taubat lah ..

Arkib Blog