Meskipun PR belum berjaya mendirikan sebuah kerajaan di Malaysia ekoran kekalahan mereka di tangan BN pada PRU13 lalu, namun DAP yang mendominasi kerusi dalam gabungan haram Pakatan Pembangkang bersama PKR dan PAS sudah semakin berani menyerlahkan corak kepimpinan yang bakal mereka guna dalam mentadbir negara ini seandainya suatu masa kelak PR diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah negara ini.
Baru-baru ini Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mencadangkan kepada kerajaan Malaysia agar memansuhkan Dewan Negara dengan alasan ianya sudah tidak relevan lagi selain membazir wang rakyat dan tambah Karpal lagi kononnya perlantikan seseorang yang telah kalah sebelum itu dalam pilihan raya umum yang kemudiannya dibawa masuk ke dalam Parlimen mengikut pintu belakang dengan melantik mereka sebagai seorang senator dan ini dakwa Karpal sebagai bertentangan dengan sistem demokrasi di mana seseorang itu hanya layak ke Parlimen setelah menang pilihan raya dan bukannya dilantik.
Apapun juga alasan yang dikemukakan oleh Karpal tetapi perlantikan seseorang sebagai senator yang kemudiannya menjadi Ahli Dewan Negara bagi membolehkan mereka ikut serta berhujah tentang banyak perkara yang dibentangkan oleh pihak kerajaan seperti pembentangan bajet, pembentangan rang undang-undang dan sebagainya adalah sesuatu yang sangat unik di mana Parlimen Malaysia bukan hanya mengandungi Dewan Rakyat yang menempatkan wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat namun mereka juga ada jiran iaitu Ahli Yang Berhormat yang dilantik oleh pihak kerajaan dan juga pembangkang. Inilah keunikannya Parlimen Malaysia.
Kalau dilihat segi pembaziran wang rakyat sebagaimana yang didakwa oleh Karpal Singh, namun bagi saya, imbuhan yang diterima oleh setiap mereka yang dilantik ke jawatan sebagai senator itu tidaklah sebanyak manapun jika dibandingkan dengan kos serta kerugian yang terpaksa kerajaan tanggung ketika berdepan dengan beberapa siri perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pihak Pembangkang selama ini. Lain lagi kerugian dari segi harta benda awam yang musnah akibat perbuatan melampau dan ganas mereka-mereka yang turut serta dalam perhimpunan yang dianjur seperti yang berlaku ketika Bersih 2.0, 3.0 dan yang lain lagi.
Biarpun saya tidak melihat cadangan daripada Karpal Singh itu sebagai bukan satu tekanan baru oleh pembangkang kepada pihak kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd. Najib tetapi saya melihat itulah isyarat atau gambaran awal daripada DAP kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu serta kaum Bumiputera sekiranya pembangkang mengambil-alih tampuk pemerintahan di negara ini.
Suara DAP yang sering bergema dalam setiap siri perhimpunan malam "Black-out 505" mereka yang dilaung-laungkan oleh orang Melayu seperti Anwar Ibrahim, Mat Syabu dan Adam Adli yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak ada masa lagi, tidak sanggup untuk menunggu sampai 5 tahun tahun lagi dan mereka hendak merampas kuasa memerintah Malaysia daripada tangan Barisan Nasional dengan apa saja cara sekalipun, maknanya apabila kuasa sudah mereka miliki walaupun dengan cara yang tidak sah di sisi undang-undang maka sudah tentu banyak perkara yang boleh mereka lakukan selepas itu kerana mereka sudah berkuasa.
Apabila kuasa sudah di tangan, mereka boleh hapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu serta kaum Bumiputera, hapuskan sistem Raja Berperlembagaan serta meminda sekerap mungkin perlembagaan negara selagi mana yang mereka pikir ianya menjadi penghalang kepada pergerakan mereka. Itulah yang dapat saya nampak dari tindakan pihak pembangkang khususnya DAP sejak berakhirnya PRU13 yang lalu. Mereka nampak semakin besar kepala. Menang dan berjaya menambah 38 kerusi parlimen jauh mengatasi PKR yang cuma bertahan dengan 30 kerusi apatah lagi PAS yang hanya dapat mempertahankan 21 kerusi parlimen.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Mei 27, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan