Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 26, 2013

Jadikan BN parti tunggal: cadangan yang bakal mengundang berbagai konflik !

 Cadangan yang dicetuskan oleh Pemangku Presiden parti Gerakan supaya Barisan Nasional dijadikan sebagai satu parti yang tunggal atau dalam kata lainnya semua komponen parti yang sekarang bergabung di dalamnya diserapkan segala struktur masing-masing menjadi satu organisasi sebagai Barisan Nasional dan tidak lagi sebagai UMNO, MCA, PBB, MIC, PBS, SUPP, PBRS, PRS, UPKO, SPDP dan lain-lainnya sepatutnya tidak timbul dan tak perlu dilayan.
Bagi saya adalah lebih baik jika Barisan Nasional yang sekarang ini yang dianggotai oleh berbagai parti kekal menjadi komponen yang kuat untuk terus memerintah negara ini walaupun hakikatnya datang dari kepelbagaian latarbelakang sejarah parti yang berbeza namun demi negara dan rakyat Malaysia dapat berkerjasama atas satu dasar perjuangan yang sama dalam membentuk sebuah negara yang berbilang bangsa.

Sukar untuk kita bayangkan apa yang akan terjadi di masa hadapan sekiranya cadangan menjadikan Barisan Nasional sebagai satu parti tunggal di negara ini menjadi kenyataan. Berbagai perbalahan sudah semestinya memang tidak dapat dielakkan seperti dalam perebutan untuk jawatan-jatawan tertentu di mana ini pasti akan mewujudkan semakin banyak puak-puak atau kem-kem dalam parti. Cadangan ini nyata tidak sihat untuk sebuah negara seperti Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan.

Agak pelik juga cadangan seumpama itu datangnya dari pihak yang mana parti mereka telah kalah teruk pada PRU13 yang lalu dan seolah-olah mereka ini tidak mahu mencari kelemahan parti di mana punca menyebabkan parti Gerakan kalah besar dalam pilihan raya lalu tetapi begitu cepat kemukakan cadangan yang nyata tidak wajar diketengahkan apatah lagi di saat penolakan besar-besaran pengundi kaum Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional pada PRU13 yang tidak dapat lagi disorok lagi.

Harap semua pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional tidak melayan sangat cadangan seperti itu yang nyata tidak berfaedah melainkan hanya akan menimbul berbagai masalah di kemudian hari sekiranya saranan untuk menjadikan Barisan Nasional terus dibincang hinggalah akhirnya membawa kepada mesyuarat demi mesyuarat semata-mata mahu menjadikan cadangan seperti itu satu kenyataan.

Lupakan saja...

6 ulasan:

Amantoya berkata...

Sial! Mengapa kita mahu perbesarkan cadangan yang dicetuskan oleh Pemangku Presiden parti Gerakan? Parti yang kalah teruk, mahu menunjuk pandai pula? Diam sudahlah!

Tanpa Nama berkata...

Langkah ini tidak lain hanya bertujuan untok membunoh UMNO secara terhormat,setelah tidak berjaya membunoh UMNO dalam PRU 13.
MCA dan Gerekan telah dengan sengaja mengorbankan diri mereka sendiri bermula dari PRU12 lagi agar UMNO turut sama kecundang ,malangnya diatas kesederan orang Melayu yang sedar akan permainan ini telah memberi sokongan semula kapada UMNO dan mengukohkan kedudokannya ,semata ingin melihat kepimpinan Melayu kekal dan kesejahtran Negara terjamin,diharap pemimpin UMNO seder akan hakikat ini.
Setelah gagal melihat UMNO tumbang mereka mencadangkan pulak penyatuan ,secara tidak langsong akan menghapuskan UMNO dan kepimpinan Melayu.
Ahli-ahli UMNO yang sayangkan bangsa dan ugama harus sedar akan permainan ini ,kerana dijangkakan akan ada dari kalangan kepimpinan UMNO yang buta, akan termakan dengan sogokan idea ini dengan alasan untok kekal relevent dan dilihat dynamic kapada perubahan dimata umum.

Anak Bumi Pusaka Melayu berkata...

Mewujudkan satu perti merupakan satu lagi agenda untuk menghapuskan UMNO. Ini kerana jelas, bila MCA dan Gerakan dengan segaja membunuh diri dalam PRU13 demi memberi laluan kepada DAP kerana mereka yakin Pakatn Haram akan berjaya. Namun mereka lupa bahawa UMNO dan Parti Bumiputera Sabah dan Sarawak masih teguh dengan agenda bangsa dan negara. PBB di Sarawak masih unggul dengan menang 100% di Parlimen dan juga DUN Sarawak. Begitu juga di Sabah. UMNO dapat menguguhkan kedudukan dengan pertambahan kerusi di Parlimen. So apa lagi agenda mereka ini yang berada dalam BN seumpama gunting dalam lipatan, duri dalam daging dan api dalam sekam.

PASDAPX berkata...

Bodohla pemimpin UMNO jika termakan permainan Cina harbi ni. Xkira ler gerakan ke, mca ke, mereka sama shj dgn DAPig.

Cadangan ini ialah taktik halus untuk HAPUSKAN kuasa org Melayu Islam. Mereka gerun lihat UMNO kuat disbbkn Melayu bersatu.

Jika BN jd parti tunggal HABISLAH... Tgk PKR skrg sudahler.. Stkt sehari dua blh le ckp hak Melayu terbela, masuk generasi baru, lama kelamaan lenyaplh. UMNO bertahan berpuluh tahun krn perjuangannya jelas tp xmudaratkn bhgsa lain.

Kenapa gerakan brcdgn begitu? Krn mereka takut lihat Melayu kmbali pd UMNO dn cina terancam. Yg bermslh ialah KETAMAKAN pengundi CINA yg xprnah cukup dn puas dgn apa yg mreka dpt, jd mngapa pula BN UMNO msti ubh ikut kgendak pelampau CINA!??

Bodohla pmimpin UMNO jika ada yg sahut cdgn ini scara serius. Yg perku skrg iala kembalikan struktur asal, kembalikan kefahaman rakyat terutama gnerasi baru sistem negara ini.. Bina semula rakyat dgn method baru tp acuan dn matlamatnya tkberubah!!

Jgn buat kesilapan lg, biar mati sbg bngsa bermaruah dr bacul hidup diperkuda musuh.. Islam dijunjung, Melayu bangsa ulung..

usin berkata...

ceh, sial punya idea. apa pasal umno kena jadi korban sedangkan umno makin gagah? gerakan dan mca yg sedang kelemasan dan dah nk pupus, umno pulak yg kena tanggung biawak yg hidup tinggal setengah nyawa. ini semua mainan parti cina. tak boleh lumpuhkan umno dari luar, maka idea nk hancurkan dari dalampun bermula. AKU SEBAGAI AHLI UMNO WALAUPUN BUKAN SEUMUR HIDUP, MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA BN SEBAGAI PARTI TUNGGAL AT ALL COST!!!

hilbert berkata...

AmanToya,
Ismail,
A.B.P.M,
PasDapX,
Bro Usin...terima kasih atas komen yang diberi.

Saya berpendapat agaknya itu cadangan yang terdesak dari pemimpin yang sedang bingung dengan kekalahan teruk parti mereka.

Patutnya Gerakan mahupun MCA kembali ke dalam parti masing2 dan lihat di mana silapnya strategi yang mereka gunakan sehingga gagal menawan hati pengundi khususnya dari kaum Cina dan bukannya tampil dengan cadangan2 yang mengarut.

Arkib Blog