Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mei 08, 2013

MP Sarawak: jangan ghairah idam jawatan jika belum bersedia pikul tanggungjawab !

PRU13 baru saja berlalu dan keputusannya semua rakyat Malaysia sudahpun sedia maklum. Barisan Nasional kekal sebagai kerajaan manakala Pakatan Pembangkang yang sebelum ini begitu yakin mereka akan berjaya menggulingkan BN ternyata gagal apabila hanya menang 89 daripada 222 kerusi parlimen.

Setiap negeri dalam Malaysia telah menyumbang kemenangan kepada Barisan Nasional di mana Sarawak menambah dengan jumlah 25 kerusi Parlimen yang dianggap sebagai terbesar di kalangan semua negeri dan diikuti negeri Sabah dengan 22 kerusi Parlimen dan seterusnya negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Keadaan yang mengambil tempat ketika ini iaitu selepas selesainya proses pilihan raya umum ke-13 lalu ialah mereka yang menang di peringkat parlimen sedang mengintai peluang dan sudah tentu sudah ada yang menaruh harapan tinggi untuk dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib ke jawatan tertentu dalam Kabinet baru tidak terkecuali ahli-ahli parlimen dari Sarawak yang menyedari mereka perlu diberi perhatian berdasarkan jumlah kerusi yang diperolehi BN negeri.

Tetapi perlu juga diingat bahawa tugas mereka sebagai Ahli Parlimen di kawasan-kawasan yang mereka menangi tidak kurang juga pentingnya dan seelok-elok sebelum mereka mengharap untuk dilantik sebagai menteri pada peringkat persekutuan maka mereka terlebih dulu hendaklah pastikan rakyat di kawasan tidak terabai sekiranya tugas bertambah luas apabila kelak diberi jawatan sebagai menteri.

Untuk melantik seseorang ahli parlimen dari Sarawak ke jawatan sebagai menteri kerajaan pusat hendaklah diteliti terlebih dahulu dari berbagai sudut termasuk prestasi dan keupayaan mereka dalam memikul tanggungjawab yang lebih besar bersandarkan kepada rekod mereka sebelum ini sebagai wakil rakyat tanpa jawatan dalam kerajaan kerana terdapat seorang dua ahli parlimen BN di Sarawak yang amat susah hendak ditemui rakyat setiap kali selepas berakhirnya pilihan raya.

Apa-apapun bagi saya, sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib hendak melantik mana-mana Ahli Parlimen dari Bumi Kenyalang maka pilihlah di kalangan mereka yang dilihat benar-benar memiliki keupayaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai menteri yang sudah semestinya menuntut khidmat lebih luas daripada mereka serta cekap menjawab setiap soalan yang diajukan oleh ahli-ahli parlimen baik yang dari kerajaan mahupun mereka dari pembangkang semasa sidang parlimen bersidang.

1 ulasan:

cannonkapit berkata...

Tepat sekali.Nak tambah sikit.

Anak Swak yg akan terpilih menjawat jawatan menteri/timbalan menteri/senator dlm kabinet pasca PRU13 wajib juga melawat seluruh negeri Sarawak.Jika Dtk Safie Afdal (bekas menteri luar bandar dr Sabah) boleh menelajah ke seluruh negara kenapa menteri lain tak mampu buat?

Amat memalukan Sarawak jika menteri atau senator dari Sarawak tak tahu/kenal negeri sendiri.Ini juga merujuk kpd menteri/timbalan2 bagi kerajaan negeri yg tak pernah ambil tahu tentang keperluan rakyat Sarawak.5 tahun tak cukup lagi?Lawatan bertujuan meninjau,mendengar,turun padang dan bertindak.Bukan sbg pengiring pembesar2 negeri/negara.

Diharap juga Ketua Menteri Sarawak mengkaji/review keberkesanan menteri2 sedia ada.Sejak 2011 adakah menteri2 tersebut efektik? Jika tidak,inilah masa yg sesuai menggantikan mereka dgn ADUN2 yg lain.Beri perluang kpd semua.

Menteri2 yg dah agak berumur dan tak larat nak naik bot/bot ekspres atau panjat tangga sekalipun eloklah dibersarakan sebelum PRN Sarawak.(Pengecualian: MP Santubong masih aktif.Kekalkan.)

Di antara MP yg boleh dipertimbangkan utk menyertai kabinet DS Najib: Dtk Alexander Linggi (Kapit),Dtk Richard Riot (Serian),Dtk Fadilah (PetraJaya),Dtk Entulu (Selangau)dan DS Tiong (Bintulu).

adios.

Arkib Blog