Namun tindakan terdesak Anwar Ibrahim yang mahu agar rakyat keluar beramai-ramai menyokong perhimpunan haram yang dikatakan akan berlangsung pada hari ini bagi membantah keputusan pilihan raya yang baru lalu amatlah bertentangan dengan ikrar mereka sendiri sebelum ini yang mana mereka juga mahu supaya pihak BN terima apa juga keputusan dari pilihan raya itu dengan hati yang lapang dan tidak melatah.
Tetapi dalam usahanya untuk mengejar kuasa hendak memerintah Malaysia, Anwar Ibrahim lupa tentang perkara asas yang harus ada pada diri seseorang yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara. Antara perkara asas seperti penekanan terhadap aspek keamanan dan keselamatan awam. Perkara ini adalah amat penting dalam menjamin kestabilan politik bagi sesebuah negara namun seringkali diketepikan oleh Anwar Ibrahim yang lebih mementingkan cara tidak bertamdun untuk mendapatkan kuasa mentadbir negara.
Anwar Ibrahim dilihat lebih berminat untuk mengambil budaya negatif dari luar seperti rusuhan jalanan, demonstrasi, perhimpunan haram dan sebagainya bagi memenuhi hajat ke arah itu sedangkan rakyat yang hendak dipimpin beliau majoritinya lebih suka kepada kerajaan yang berkuasa menerusi cara yang teratur dalam pilihan raya bebas tanpa mendatangkan sebarang kerosakan ke atas harta benda awam serta tidak mewujudkan suasana kacau bilau sepertimana yang pernah berlaku semasa perhimpunan haram anjuran Bersih 3.0 seketika dulu.
Untuk mendakwa memang wujud kes penipuan dalam PRU13 baru lalu sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pihak Pakatan hingga pihak mereka gagal untuk menawan Putrajaya, jadi bagaimana pula dengan pihak BN yang terpaksa berdepan dengan isu penolakan secara besar-besaran pengundi Cina terhadap Barisan Nasional yang menyaksikan BN gagal di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor malah lebih malang lagi apabila semakin banyak pula kerusi-kerusi DUN dan juga Parlimen yang sebelum ini dimiliki oleh BN terlepas ke tangan PR?
Di setiap negeri yang diperintah BN sebenarnya banyak kerusi-kerusi DUN dan juga terdapat kerusi-kerusi Parlimennya yang dapat dirampas oleh pihak PR pada 5 Mei lalu tetapi Barisan Nasional akur dengan keputusan rakyat tanpa menyalahkan pihak SPR dan tanpa meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan