Jika dilihat dari sudut sokongan terbuka beliau selama ini terhadap BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib, saya merasakan seandainya hasrat Papa Gomo itu diteruskan juga dan tetap menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding mencabar Anwar Ibrahim pada hari penamaan calon itu nanti maka ianya tidak lagi setakat dilihat sebagai tindakan untuk menentang Ketua Pembangkang semata malahan turut menentang calon daripada Barisan Nasional juga.
Walaupun pada hakikatnya kita menjunjung semangat demokrasi di negara ini namun dalam keadaan yang tertentu sebaiknya kita wajar ambil pendekatan yang bersesuaian dengan keadaan di mana apabila pihak yang kita sokong turun menentang pihak lawan seharusnya kita beri sokongan kepada mereka secara total tanpa ragu-ragu tetapi sekiranya kita juga turut bertanding, maka kita akan menjadi bimbang jika ini hanya akan membuat lebih banyak pecahan undi yang mungkin tidak menguntungkan Barisan Nasional.
Apa-apapun sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa menghargai amalan demokrasi yang semakin subur di negara ini, kita mungkin berharap agar ada pertimbangan yang bagus dan terbaik daripada Papa Gomo sebelum hari penamaan calon kelak dan bersama-samalah kita berikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional dalam menghadapi keangkuhan mereka dari kumpulan Pakatan Haram DAP, PKR dan juga PAS agar tiada perkara yang akan terlepas dari pandangan kita dalam mempertahankan perkara yang patut kita pertahankan.
4 ulasan:
Saya sokong pendapat tuan.
Undi yg dia akan dapat pun adalah undi pembangkang yg protes anwar, jika undi barisan pun yg merupakan undi protes calon BN...dan jumlahnya tetap menghilangkan wang pertaruhan!! Setakat hari ini hanya blogger dan x pkr yg berani menentang anwar mengikut rentak anwar...
saya pun merasa pelik . . kenapa papagomo seperti tidak terlintas di hati akan keadaan yg tuan bayangkan itu . .tapi saya percaya papagomo mungkin merancang sesuatu yg kita tak tahu. .
saya pun merasa pelik . . kenapa papagomo seperti tidak terlintas di hati akan keadaan yg tuan bayangkan itu . .tapi saya percaya papagomo mungkin merancang sesuatu yg kita tak tahu. .
Catat Ulasan