Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Januari 14, 2013

Majlis Syura Ulama: kenapa mereka semua lari keluar ikut pintu belakang?

Menarik untuk diulas dengan panjang lebar sikap ahli-ahli Majlis Syura Ulama PAS yang enggan ditemuramah oleh para wartawan sebaik selesai bermesyuarat pada malam Ahad 13 Januari 2013 semalam sebagaimana yang telah dilaporkan oleh blog Media Wangsa Maju yang dianggotai B.I.S, KLboyz, Suara Lensa, BN4MW, U.G, Malay Delima, Papa Gomo, Gelombang Wangs Maju, Gelombang Rakyat dan Badut Rakyat

Kita berasa hairan dan merasa sangat pelik, apa benda yang sangat ditakuti oleh mereka iaitu ahli-ahli Majlis Syura dan badan Tertinggi PAS sehinggakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz dan timbalan beliau Datuk Dr Haron Din terpaksa keluar ikut pintu belakang bangunan, ya..lagak bagai seorang pesalah yang takut berdepan dengan pihak berkuasa.

Mereka berbincang dan memanggil mesyuarat pada malam tersebut adalah atas perkara yang sangat penting bagi umat Islam iaitu untuk mencapai kata putus berhubung dengan penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini samada hendak membenarkannya ataupun tidak.

Mesyuarat dilaporkan berlangsung selama dua jam yang bermula jam 9 malam dan maknanya mesyuarat berakhir pada jam 11 malam dan diluar tempat mesyuarat ramai para wartawan menuggu sidang media untuk merekod kenyataan oleh pemimpin Ulamak PAS.

Malangnya tiada sebarang kenyataan akhbar yang dibuat oleh pemimpin Ulama PAS selepas itu kerana kesemuanya sudah lari keluar dari bangunan yang terletak di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur secara sembunyi-sembunyi dan sudah tentu yang sangat kecewa dengan tindakan pengecut pemimpin Ulama PAS itu adalah golongan wartawan yang telah banyak membuang masa menunggu untuk kenyataan rasmi daripada Datuk Nik Aziz mahupun Dr Haron Din mengenai mesyuarat berkenaan.

Walaupun hanya mendapat salinan kenyataan akbar yang diedar mengenai keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama dan badan Tertinggi PAS yang dikatakan telah tidak membenarkan Kalimah Allah untuk digunakan oleh orang bukan Islam tetapi persoalannya disini ialah adakah mencukupi kenyataan yang bukannya keluar dari mulut Datuk Nik Aziz ataupun Dr Haron Din boleh menjaminkan keputusan itu akan kekal sekiranya kepimpinan dua sekutu PAS iaitu DAP dan PKR bersuara serta menuntut penjelasan daripada PAS tentang keputusan mesyuarat Majlis Syura itu.

Apa yang kita pikirkan sekiranya Datuk Nik Aziz terpaksa menjawab kebimbangan DAP mengenai keputusan Majlis Syura kalau mengikut kenyataan akhbar yang ditandatangani oleh Mursyidul Am PAS dan timbalannya yang menolak orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah berkenaan adakah kita fikir Datuk Aziz mengakuinya ataupun seperti biasa beliau menafikannya dengan menuduh kenyataan beliau telah diputar belit oleh pihak tertentu dan meminta DAP usah percaya?

Saya fikir dalam isu ini Menteri Besar Kelantan itu telah memilih jalan selamat bagi dirinya sendiri biarpun terpaksa bertindak seperti seorang pengecut kerana lari dari bertemu para wartawan dan hanya menyerahkan kepada wartawan sendiri untuk membuat tafsiran tentang keputusan mesyuarat yang baru saja selesai dan sikap yang enggan menyatakan kebenaran dihadapan umum langsung tidak menggambar sikap pejuang agama yang harus berani dalam apa juga keadaan.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO...ANUWAR YG AJAR DIA MAIN IKUT PINTU BELAKANG KEHKEHKEH

hilbert berkata...

hehe.. apa-apapun bro,
perkara yang baik mereka perlu berani jelaskan tapi kenapa perlu lari keluar ikut jalan belakang...macam orang minyak pulak

MUS berkata...

Tu yang pelik... selalunya mudah sahaj keluar kenyataan, tetapi kemudian salahkan akhbar salah lapor.. La ni lari pulakkk.. Macam tak yakin je nak berhadapan dengan pertanyaan wartawan.. takut lagi banyak kekeliruan timbul kot!

Unknown berkata...

Nik Aziz dah tikam Hj Hadi dari belakang...

Kah...kah...kah..kah..kah.. pinjam gelak Hishamuddin Gay..

hilbert berkata...

bro MUs,
aku juga rasa pelik, patutnya mereka berani dgn soalan wartawan..tu baru kat dunia..kelak kalu kat akhirat cmner nak jawab ye hehe

bro Jokiden,
Nik Aziz terbayang akan kemarahan Karpal Singh tu rasa2nye.. tu sebab dia elak jumpa wartawan takut tersasul jawapan :))

usin berkata...

rupanya nk kuar kenyataan lg mudah dpd keluar bangunan....hahahaha. terpaksa keluar curi2 rupanya. oh ya, lidah tidak bertulang. lupa la pulak.

hilbert berkata...

haha...macam tu nampaknya bro Usin,
dah ada pintu depan tapi mereka suka lg keluar ikut pintu belakang..

Unknown berkata...

Apa lg yg x puas hati ni keputusan dh d buat tiada kenyataan akhbar yg tak puas hati ni berok umno ke atau wartawan berok umno ni bukan nak cari kebenaran niat mereka ialah nak panjangkan lidah fitnah mereka ja

hilbert berkata...

TaipingCentral,
ok bro.. dan terima kasih..

Lanvin Clichy..ala bro biasalah lg pun mereka yg lari ikut lorong belakang apa kes ye hehe..

Arkib Blog