Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Oktober 10, 2012

Sistem AES: janji yang tak ditepati Kerajaan BN !

Saya sebagai salah seorang daripada jutaan pengguna jalanraya di negara ini juga amat bersetuju dengan tulisan oleh saudara Faisal dalam blog beliau berkenaan dengan Sistem AES atau Automated Enforcement System yang mula diperkenalkan oleh pihak JPJ pada 23 September bulan lalu yang kini telah menjadi topik panas di kalangan rakyat negara ini.

Sistem AES ini asalnya diperkenalkan bertujuan untuk merakam kesalahan pemandu yang memandu kenderaan melebihi had laju sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ Lihat di sini

Kita tidak berniat hendak membantah setiap peraturan atau undang-undang yang baru atau yang telah diperkenalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan tetapi biarlah ianya nampak sesuai dengan keadaan semasa serta berpatutan  dengan tuntutan semasa.

Jika peraturan sedemikian dibuat tanpa mengambil kira masalah yang mungkin timbul kemudiannya ekoran tindakan saman dikenakan kepada setiap pengguna jalanraya yang didapati melanggar undang-undang lalulintas menerusi rakaman AES itu, saya rasa ianya juga tidak akan mampu membantu mengurang kadar kemalangan daripada berlaku dari masa ke semasa.

Setiap tempat telah ditentukan oleh pihak JPJ had laju yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna jalaraya dan sekiranya ada yang masih ingkar dengan memandu lebih dari had yang telah ditetapkan serta dirakam pula oleh kamera AES ini mereka pasti akan berdepan tindakan saman TETAPI bagaimana pula pihak JPJ melihat dari segi keperluan untuk memandu laju contoh di Lebuhraya Pan Borneo jalan Sibu - Bintulu bermula dari Rumah Ambang yang ditetapkan kelajuan pada tahap maksima 90 km/jam?

Ada selepas itu jalan yang perlu untuk kita memandu lebih laju sehingga 120 km/jam malah sehingga 140 km/jam apabila kenderaan bergerak dijalan yang agak elok, jadi saya rasa untuk sampai dengan lebih cepat ke destinasi yang kita hendak tuju itu apakah kita perlu tertakluk kepada peraturan yang hanya menghadkan kelajuan sekitar 90 km sejam sedangkan ada sesetengah tempat jalan yang membolehkan kita untuk memandu lebih laju daripada itu.

Saya tidak melihat tindakan yang dibuat kerajaan dalam perkara ini boleh membantu dalam mendidik para pengguna jalanraya agar lebih berhemah ketika berada di atas jalanraya tetapi mungkin boleh menjauhkan lagi rakyat daripada pihak kerajaan yang selalu tampil dengan undang-undang serta peraturan baru yang nyata menyusahkan rakyatnya sendiri.

3 ulasan:

Unknown berkata...

siapa kata tak boleh laju? Kena saman bayar jah. Kalau masalah kemalangan pandai2 jer.janji jgn kasi susah yg lain. Itu yg tersirat pada yg tersurat. Saja galak cari nahas tak main ke ke ke

ANTI ALJUBURI berkata...

Bro, yang ini aku tak setuju pandangan kau. Peraturan dibuat untuk keselamatan semua. Aku pun bawa BMW, memang lah laju, nak bawak setakat 110 tu macam kena tolak je. Tapi aku memang selalu kena saman, sebab tak ikut peraturan.

Jadi nak bawak laju, silakan, bayar jelah saman. Nasib baik dia orang kasi tau kat mana letak kamera tu, tidak, lagilah haru...

Yang patut dididik ialah kenapa rakyat malaysia suka memandu perlahan di lorong laju... adoiii... penat nak nasihat. nak hon kang jadi lain plak.

So, peraturan tu ada baiknya. IKUT JELAH! APA MASALAH LU PLAK?

tobeng berkata...

Sebenarnya kalau dalam konteks individu aku pun tak setuju hehe.Tapi kalau kita jadi kerajaan dah tentu kita pening kepala memikirkan bagaimanakah caranya nak mengurangkan kadar kemalangan dan kematian jalanraya ini,sedangkan dah bermacam cara dan kempen dijalankan.

Sistem AES ni dah teruji dan terbukti berjaya mengurangkan kadar kemalangan dan kematian sehingga 40% (kalau tak silap) di negara2 lain,jadi rasanya inilah sebabnya sistem ini dipilih dan dilaksanakan.

Tapi kalau boleh kelajuan yang ditetapkan itu biarlah munasabah.Jangan di tempat yang biasa orang bawa 90km/j dihadkan pada kelajuan 60km/j.Kalau dilebuhraya tu,kalau boleh 110 tu jadikanlah 120.Maknanya sistem itu biarlah praktikal dan tidak menganiaya rakyat.

Arkib Blog