Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Oktober 16, 2012

Perdamaian MILF dengan Manila petanda baik untuk BN menjelang PRU13

Peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam rundingan damai antara puak pemisah Bangsamoro Selatan Manila (MILF) dengan kerajaan Filipina sejak sekian lama sesungguhnya membawa pengertian yang cukup bermakna sekali bagi negara serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Rundingan yang berjalan sejak bertahun-tahun itu akhirnya telah menghasilkan suatu Perjanjian damai antara kedua belah pihak yang bertelagah. Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang menjadi saksi penting kerajaan Filipina dan juga pihak MILF dalam perjanjian damai itu.

Kalau dilihat dari sudut politik Malaysia, perjanjian damai yang baru dimeterai serta turut disaksikan oleh Presiden Filipina Tuan Beniqno Aquino tentunya akan memberi faedah sangat besar kepada kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Najib.

Ringkasnya, jika rakyat serta negara luar menaruh keyakinan yang begitu tinggi kepada keupayaan kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh Barisan Nasional dalam menstabilkan keadaan ekonomi mahupun politik negara lain mengapa rakyat Malaysia sendiri tidak dapat melihat perkara itu sebagai satu pengiktiraf sungguh membanggakan bagi negara kita?

Perdamaian yang ditandatangani antara MILF dengan kerajaan Filipina telah meletakkan Malaysia di tengah-tengah sebagai pengantara kedua-duanya dan pastinya perkembangan ini perlu dinilai secara adil oleh rakyat Malaysia betapa rakyat negara lain menaruh kepercayaan yang sangat tinggi terhadap negara kita yang diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional dan saya yakin ini merupakan satu suntikan baru bagi BN dalam mendapatkan sokongan berterusan daripada majoriti rakyat di negara ini.

Syabas Datuk Seri Mohd Najib !

Syabas Barisan Nasional !

Dan syabas kepada Kerajaan Malaysia atas keterlibatan secara langsung dalam rundingan tersebut sehingga terbentuknya perjanjian damai antara MILF dengan Kerajaan Filipina itu !

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO...MUDAH2AN TAKDE LG KES KEBANJIRAN RAKYAT DARI SELATAN FILIPINA..CUMA SEMPADAN KALIMANTAN JEK YG JD MSLH SKET...MAKLUM LER KAWASAN ANTARA 2 NEGARA LUAS SGT HUHUHU

hilbert berkata...

slm,
kebanyakan orang di Kalimantan adalah orang2 Melayu bro...serumpun dengan Melayu di Malaysia,,adat resam serta budaya serupa saja..mereka agak mesra dengan Malaysia :))

Arkib Blog