Sejak beberapa hari yang lalu saya dapat petunjuk ada usaha oleh pihak-pihak tertentu di negeri Sarawak yang cuba meniup sentimen pemberontakan terhadap Malaysia di mana mereka saya rasa secara halus melalui media baru seperti facebook dan media alternatif lainnya sedang berbincang ke arah tersebut serta membina rangkaian kerjasama secara tersembunyi, aktif di bawah satu organisasi yang telah wujud di negeri ini.
Rakyat negeri Sarawak perlu faham apabila Ketua Menteri YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dalam ucapan beliau pada malam sambutan Hari Malaysia di Bintulu 16 September 2012 lalu telah menjelas mengapa Sarawak harus perlu untuk terus berada di dalam Persekutuan Malaysia dan beliau juga telah menekankan sebab mengapa Sarawak harus kekal dalam Malaysia.
Antara lain Pehin Sri Taib menjelaskan sekiranya Sarawak bersendirian (berpisah daripada Malaysia) maka negeri ini memerlukan perbelanjaan yang jauh lebih besar atau berlipat kali ganda untuk membina pertahanan sendiri seperti angkatan tentera sendiri, pasukan keselamatan seperti polis sendiri dan apabila ini berlaku bermakna Sarawak terpaksa membelanjakan wang yang begitu tinggi hanya untuk tujuan keselamatan serta keamanan negeri belum termasuk untuk memabangunkan berbagai-bagai infrastruktur untuk rakyat dan sebagainya.
Disebalik usaha sebahagian besar pemimpin-pemimpin serta rakyat di negeri ini yang mahu terus mengukuhkan kedudukan negeri Sarawak di dalam Malaysia tidak disangka pula bahawa telah wujud puak-puak yang sedang bergerak untuk menentang arus. Harap seluruh rakyat Sarawak bangkit menghalang niat jahat kumpulan ini.
Dan kepada mereka-mereka ini harap hentikanlah niat buruk anda sekalian dan kita alih sejenak perhatian di saat Bangsamoro selatan Filipina sedang meraikan perjanjian damai dengan Manila mengapa pula anda semua cuba untuk mewujudkan ketegangan di sebelah sini dan setelah Gerakan Aceh Merdeka sudah berdamai dengan Jakarta anda pula seolah-olah mahu suasana yang pernah berlaku di sana akan terjadi di sini pula !
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Oktober 18, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
7 ulasan:
Tapi macam mana bos, nasib penduduk di kwsn pendalaman yg banyaknya tak terbela... Kemudahan AIR, ELEKTRI & JALAN RAYA masih ditahap yg sepatutnya...
Air kalau ada pun kotor dan kuning, jalan teruk tak beturap, kecil malah ada kwn2 kita msih naik bot dll.
Semua ini tak dpt kita nak dedahkan, sbb akan jatuhkan kerajaan..
Tapi sejauah mana usaha bersungguh kerajaan nak selesaikan mslh ini.. sdgkan di bandar n di semenanjung, pbangunan jauh meninggalkan kita...
Saya ada bukti, satu kampung ditimpa ribut, pekara dh diangkat ke JKM, ke pejabat parlimen dan DUN, sampai hari ini mereka ini tak dibantu,,,, apakah kerana mereka ini IBAN...tak spti kwn2 kita di SM,,, belum reda ribut, pemimpin2 kita trn bagi bantuan.. ini yg kita mahu, rasai denyut nadi rakyat..
Inilah antara semua yg myebabkan rakyat marah,,, rakyat kecewa...
mahu tak mahu, rakyat menagih perubahan yg dijanjikan.... maka ada juga yg ambik ksmptn nak keluar m'sia...
Saudara, lihatlah rmh2 pemimpin kita, bagaikan istana tp rakyat merana... kita tak marah sbb itu, rezeki mereka... tp belalah nasib rakyat kita, jgn hanya pandai berjanji dan hanya penuhkan poket sendiri...
Mmg ada pemimpin yg bersungguh2.. tp malangnya, kesungguhan itu tak diterjemahankan oleh pasukan di bawah... Inilah penyakit pemimpin kita..
Berani sy katakan sokongan masyarakat, apatah lagi masyarakat sy org IBAN kian mjauh dr kerajaan..
Sekadar nak berkongsi.... TQVM NSK.
suka hati kau lah NSK !
Sarawak itu terlalu besar,menyamai semenanjung tapi penduduknya sangat kurang,cuma menyamai satu negeri di semenanjung,sedangkan semenanjung ada 11 negeri dengan jumlah penduduk yang berkali2 ganda lebih ramai.
Jadi bukan mudah untuk menyediakan infrastruktur yang serba lengkap untuk kesemua penduduk negeri sarawak yang bertaburan di seluruh negeri terutama yang duduk jauh di pedalaman.
Sebagai contoh,bayangkan kos untuk membina jalanraya bertar dari petempatan penduduk rumah panjang yang jauh di pendalaman dengan pekan atau bandar terdekat yang mungkin berpuluh atau beratus kilometer?Sebab itu kebanyakan perhubungan melalui jalan air atau atau sungai dan udara yang lebih praktikal.
Cakap memang mudah mahu semua serba lengkap,tapi fahamilah realitinya.Cuba perhatikan bajet negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Bajet untuk Sarawak dan Sabahlah yang paling besar berbanding dengan negeri2 yang lain.
Untuk membangunkan sarawak memerlukan masa,sudah tentu lebih lama dari semenanjung disebabkan faktor2 yang dinyatakan di atas tadi.
Kalau ada yang sampai tidak terbela,kemungkinan besar adalah kerana pemimpin tempatan(adun & mp)yang tak buat kerja.Maka kita perbetulkan dan kasi ajar adun2 pemalas ini bukan dengan memecahbelahkan negara!
Rakyat indon di sempadan sarawak dan sabah sampai mengibarkan bendera Malaysia kerana teringin nak masuk Malaysia dan iri hati dengan kemajuan Sarawak dan Sabah tapi orang2 sarawak pula sibuk nak keluar dari Malaysia dek kerana hasutan pihak2 yang tak bertanggungjawab.
Kita sudah lama hidup dalam aman dan harmoni walaupun ada sedikit kekurangan di sana sini,apakah kita sanggup bersengketa dan menghuru-harakan negeri demi impian yang belum tentu terlaksana?
Fikirkanlah.
tahniah tobeng kerana "panjang akal".
Bercakap sesuatu yg bukan realiti mmg mudah... sebab itu, org awam ramai mentafsirkan cakap politik mmg mudah..
Terima kasih iee kerana memberi pandangan sebgitu, jgn sampai bila dah tertukar baru masa tu pemimpin2 BN merasakannya... lihatlah dulu di Selangor, angkuhnya sesetengah pemimpin, akhirnya hari ini hilang kuasa di negeri termaju..
Saudara tobeng, tqvm memberi fakta.. sy terima pandangan anda..
tapi jengoklah ke segenap kpg.. fakta ini dguna pakai oleh pembangkang, dan kita kena akui... jauh sgt bang bezanya antara SM dan Sarawak... sy akui benda nie kerana klemahan pemimpin di Srwk terutama sekali DUN...
Namun bukankah semuanya atas kapasiti BN... jadilah bukan secara langsung ini menggambarkan kelemahan BN..
Saudara.. sy insyaallah setakat ini, bukan orang PR dan tak pernah ingin menyokong PR... namun sy sgt kecewa sgn layanan yg diterima terhadap masyarakat kami di Sarawak.. orang akan bercakap pasti bersebab,,, takkanlah saja nak kritik tanpa ada fakta kukuh..
Saudara berapa banyak tanah NCR dibangunkan oleh syarikat2 tertentu yg ada hbgan dgn ADUN2 dan pemimpin kanan... kemudian penduduk di kwsn tak dapat apa pun...sbb itu ramai rakyat sarawak khususnya msyrkt sy IBAN bangkit menentang membangunkan tanah NCR tanpa perbincangan dgn org kpg..
DUN Krian jatuh kerana isu ini, dan percayalah Parlimen Saratok juga bakal jatuh kerana isu ini,,, dan mungkin bberapa parlimen lagi...
Tapi kalau nak katakan SUKA HATI KOLAH.... anda adalah pengecut dan malang dlm soal ini. Tak berani terima hakikat,,,
Baru2 ini sy bawa seorg MP turun ke sebuah kpg yg tak pernah dijengok oleh mana2 pemimpin lebih 10 tahun... jalan penghubung perahu, itupn kalau ada air pasang,,, jalan ban DID hampir 7KM... musim hujung becak tak dpt dilalui... memang kpg ini menunjukkan protes thsp BN, tapi apakah diorg nie tak boleh kita dekati dan pulihkan... apakah kerana mereka IBAN... dan apakah IBAN itu tdk termasuk dlm HAK BUMIPUTERA ieee... tolong jawab..
Berani jugak sy katakan pejawat2 awam di Sarawak khususnya kakitangan Kerajaan Negeri sgt lemah dan tdk selaras dgn tuntutan PM Najib... kwn sy, sy tak pernah tgk program turun pdg pejabat daerah ke kpg2... Ketua2 kpg dilantik atas proksi politik, akhirnya membawa perpecahan kpg... semak di beberapa kpg iban, byk yg sudah bpecah belah... sapa pyebabnya kalau bukan ketua2 masyarakayt yg mjadi proksi ADUN...
Saudara... ini pdgn sy pendam dan simpan selama ini,,, sy bukan berniat mjatuhkan kerajaan tp ingin mbawa kita berfikir dan melakukan penambahbaikan... sy demi Allah pun tsk mahu menukar kerajaan... tp apakah kita mampu mghalang orang lain berbuat demikian, kalau hati semakin terguris... FIKIRKANLAH>>>
ieeee suka hati kolah.....
Macam nie jer la.Pertama buat buku biografi tentang budaya hidup suku kaum di sarawak.Kemudian buka kawasan penempatan baru dan padat di satu2 kawasan besartakan tanah adat yg berpontensi di masa hadapan.Jangan ternak babi di merata2 tempat.Khususkan tempat ternakan babi.Sebab pelabur tak suka tempat yg berterabur dgn ternakan.Tidak kira ler ternakan apa pun.Beri cadangan utk membuat highway berteraskan menjana aktiviti ekonomi dan pelaburan.Konsepnya membuka peluang ekonomi seperti kawasan perindustrian,peladangan,pelabuhan,perlombongan,pelancongan,peranginan kawasan tinggi.Projek buat highway andalah kerjasama di antara pehak consultant,ATM,pembekal barangan binaan dan tabung pengerak aktiviti ekonomi di rantau asia tengara.Maknanya,tabungan tersebut akan melakukan kerjasama di antara negara2 rantau asia termasuk angkatan tentera asia tenggara utk melakukan tugas2 membina highway,hidroelektrik,loji rawatan air,membuka kawasan peladangan dll.Maka kos membnanya murah kerana pembekal barangan binaan terdiri di rantau asia tenggara.Lepas tu buat kerjasama dgn negara2 pelabur yg berminat utk melabur di sarawak dgn kekuatan angkatan tentera yg boleh menarik negara mereka.Bagi ler apa2 insentif pada negara pelabur tersebut.Jentera pembinaan mesti bertaraf gergasi sbb lebih mudah dan menjimatkan masa.Andaikata fasa di atas berjaya,kita boleh memporpularkannya di benua yg ada di dunia ini.
terbalikkan pemikiran,negeri membangun hasil dari kutipan cukai kerana membiayai prasarana.Sekarang, membayar cukai melalui kerjasama utk membina prasarana dan beri insentif kepada pelabur.Kos akan menjadi lebih murah atas kerjasama,pelaburan berstratergik dan bersaing dgn gergasi ekonomi dunia.
Catat Ulasan