Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 14, 2012

Video Bicara Kampus TV1 yang meranapkan nilai2 Integrasi Nasional !

(maaf, video gagal dimuatnaik)


Niat mula pihak RTM khususnya TV1 menyiarkan secara langsung rancangan Bicara Kampus yang bersiaran pada malam 10 September 2012 hari Isnin jam 10, malam Selasa adalah bertujuan untuk tiga ahli panel yang diundang ke studio membicarakan beberapa perkara yang berkaitan soal perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia dan kerana itulah maka topik "Integrasi Nasional" telah dipilih untuk dikupas bersama oleh ketiga-tiganya iaitu Encik Jamawie Jaafar, ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Yusri Hidrus, mahasiswa UKM dan Fitrianoviani Hj. Khalid mahasiswa Unimas.

Tetapi amat malang sekali, apabila impak daripada kegagalan dua daripada tiga ahli panel berkenaan iaitu saudara Mohd. Yusri Hidrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi pihak Semenanjung Malaysia serta saudari Fitrianoviani Hj Khalid dari Universiti Sarawak Malaysia (Unimas) bagi pihak Sarawak untuk berhujah dengan sempurna kini telah menambahkan lagi perasaan terguris rakyat Sarawak berikutan kenyataan-kenyataan yang disebut oleh kedua-dua ahli panel berkenaan tentang Sarawak serta penduduknya terutama oleh Mohd. Yusri Hidrus yang nyata tidak berselindung meluahkan tanggapan serongnya mengenai rakyat Bumi Kenyalang.

Apa yang sangat dikesali terhadap wakil dari Sarawak ini, Fitrianoviani Hj. Khalid ialah apabila beliau gagal mempersiapkan diri sebelum masuk studio dengan fakta-fakta yang betul mengenai Sarawak. Beliau seorang mahasiswa tetapi beliau gagal berhujah dengan baik malahan beliau kelihatan lebih cenderung untuk menyetujui apa yang dikatakan oleh Mohd. Yusri Hidrus dalam beberapa perkara sedangkan yang sewajarnya iaitu pada prinsipnya beliau patut mempertahankan hak-hak Sarawak dalam persekutuan Malaysia dan bukannya terus mengiyakan hujah yang disampaikan oleh Mohd. Yusri itu secara membuta-tuli.

Cuma apa yang kita harap dari insiden ini ialah semua pihak terutamanya pihak RTM perlu sangat mengambilnya sebagai satu iktibar. Beringat sebelum kena. Buat penapisan terlebih dahulu sebelum mengundang tetamu ke studio dan ingat bahawa siaran yang bakal mereka siarkan nanti bukannya hanya ditonton oleh keluarga RTM atau Datuk Seri Utama Rais Yatim saja malah akan ditonton oleh sebahagian besar rakyat Malaysia dan sudah tentu mereka yang menontonnya kelak ada kesimpulan mereka masing-masing tentang sesuatu program tv yang mereka tonton.

Rumusan yang boleh saya buat berkenaan dengan program Bicara Kampus "Integrasi Nasional" TV1 awal minggu ini ialah bahawa dianya telahpun GAGAL! Gagal kerana bukan saja telah mengundang konroversi yang tak masuk dek akal malahan kelihatannya telah mulai meranapkan nilai-nilai integrasi kebangsaan itu sendiri yang sepatutnya dipertingkatkan namun perkara sebaliknya pula yang telah berlaku.

2 ulasan:

6803man sarawak berkata...

Kurang hajar lu mohd yusri.dgn panelis penganjur harus memohon maaf.boikot bicara kampus!!

6803man sarawak berkata...

Kurang hajar lu mohd yusri.dgn panelis penganjur harus memohon maaf.boikot bicara kampus!!

Arkib Blog