Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 14, 2012

William & Kate: Sarawak disisihkan dari lawatan 4 hari ke Malaysia !

 Esok bermulalah lawatan selama dua hari pewaris takhta Britain Putera William serta pasangannya Kate Middleton ke negeri Sabah. Keduanya akan melawat beberapa tempat menarik di negeri tersebut. Sarawak tidak tersenarai dalam lawatan empat hari pasangan Di-Raja itu ke Malaysia, entah kenapa...tetapi kalau diikut sejarahnya Sarawak juga adalah sebahagian daripada negeri yang pernah ditadbir oleh kerajaan British satu ketika dulu tetapi mengapa Sarawak dipinggirkan dalam lawatan bersejarah itu hanya kerajaan persekutuan yang ada jawapannya.
Kelihatan KM Sabah Datuk Seri Musa Aman dipersembahkan dgn satu tarian suku kaum Lun Dayeh yang menyerupai tarian Orang Ulu dan orang Iban di Sarawak... Tarian ini telah menenggelam budaya budaya Sabah yang lain sebelum ini. Mengapa?
 Apabila berbicara tentang lawatan pembesar negara apatah lagi pembesar negara asing ke sesebuah negeri dalam Malaysia, kebiasaannya mereka akan diraikan dengan sambutan yang penuh warna-warni budaya masyarakat tempatan. Maksudnya bukan budaya ciplak dari negeri lain. Tetapi esok dapat saya bayangkan bagaimana Putera Wiliam dan Kate Middleton akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Sabah dan disambut berbagai budaya etnik negeri Sabah tetapi apa yang lebih menarik apabila tiba dipintu masuk Putera William dan Kate akan disajikan dengan satu tarian yang dahulunya hanya ada di Sarawak tetapi entah bagaimana tarian itu kini sudahpun berakar di Sabah. Salah siapa?
Ini merupakan budaya asli suku kaum Orang Ulu di Sarawak dan ianya sering digunakan ketika perayaan-perayaan atau majlis-majlis tertentu yang melibatkan pembesar negara. Dan sekiranya tiada usaha untuk memelihara budaya Sarawak agar tidak sewenang-wenangnya dipergunakan oleh negeri lain, maka janganlah meletakkan kesalahan ke atas bahu orang lain atas kelalaian kerajaan negeri Sarawak sendiri yang kurang memberi perhatian dalam memelihara kebudayaan negeri dari terlepas ke tangan pihak lain.
Saya taknaklah hendak berbicara dengan terlalu panjang lebar tentang perkara ini, sudah letih mengingatkan kerajaan negeri agar beri perhatian lebih sedikit mengenai masalah berbangkit ini namun apa yang dapat dilihat kini...tak ubah seperti mencurah ke atas daun keladi...langsung tak meninggalkan kesan!!!

Rakyat Sarawak sebenar sangat terkilan dengan layanan berat sebelah kerajaan Pusat berkaitan dengan lawatan 4 hari Putera William dan Kate Middleton ke negara ini, dua hari keduanya di Semenanjung Malaysia dan dua hari juga keduanya di Sabah, jadi Sarawak ini apa adanya? Kenapa Sarawak disisihkan? Kami tahu bahawa jadual serta atur cara lawatan pasangan Di Raja itu telahpun diatur oleh pihak tertentu di Semenanjung Malaysia dan oleh kerana itu, maka begitulah yang terjadi !

5 ulasan:

Anakbukitgantang berkata...

Sarwak bukan Jajahan British -Sarwaka di bawah Jajahan Rajah Brooke- di sini kena rujuk sejarah suoaya Pembangang tak buat isu

mazri berkata...

sepengetahuan aku la kan setiap lawatan rasmi dari mana2 VVIP luar negara bukan lah di aturkan atau di paksakan kepada mana2 VVIP tersebut...ianya dibuat oleh pihak VVIP tersebut yang dipanjangkan oleh Kedutaan kepada Wisma Putra....so kepada Anak Merdeka sila dapatkan info yang tepat....jangan semborono je buat kenyataan....tiada sesiapa pon yang mahu negerinya di dalam MALAYSIA tidak dilawati oleh mana2 VVIP...semua nak...fikirkan secara positif

Azlansyah berkata...

Pada pendapat saya, tidak perlulah kita membangkitkan isu pasangan di-Raja Britain melawat Putrajaya, KL & Sabah, tetapi tidak melawat Sarawak. Ini adalah kerana sebagai sebuah negara persekutuan yang mempunyai 13 buah negeri dan 3 buah wilayah persekutuan, adalah mustahil pasangan di-Raja Britain mahupun mana-mana ketua negara lain untuk melawat ke seluruh Malaysia dalam masa yang singkat. Bayangkan kalau setiap negeri dan wilayah persekutuan menuntut agar negeri/wilayah mereka dilawati oleh pasangan di-Raja Britain. Bila lawatan nak habis?

hilbert berkata...

AnakBukitGantang,
..tapi Sarawak tak pernahpun mendapat kemederkaan dari keluarga Brooke..semuanya telah ditentukan oleh kerajaan British ketika itu iaitu waktu penubuhan Malaysia...siapa yg menjajah Sarawak sebenarnya, Brunei Darussalam?

Mazri,
siapa boss di Wisma Putra tu... DS Anifah Aman kan, orang Sabah.


Azlansyah,
ini benda yg dirancang...apa salahnya..di Semenanjung memadailah lawatan kat KL juga mewakili Tanah Melayu kat sana..tapi kami terpisah jauhlah bro dari Semenanjung...kena faham!

Fared berkata...

Kepada yang tak faham tu belajarlah sejarah semula. Sarawak adalah diperintah oleh keluarga Brooke yang merupakan orang Inggeris dn bukan diperintah Kerajaan British. Harap faham dan maklum. Jadi terpulang pasangan tu nk datang ke tidak. Kalau Brooke dtg, kami anak Sarawak alu-alukn.

Arkib Blog