Mungkin ada sesetengah di kalangan rakyat Sarawak sendiri mahupun rakyat di negeri Sabah sekiranya menyedari tentang hal ini pasti akan tertanya-tanya mengapa pula boleh jadi begitu?
Namun dalam pandangan saya, kenapa perkara tersebut tidak dimasukkan serentak oleh Sarawak serta Sabah dalam tuntutan 18 dan 20 Perkara sebelum memutuskan untuk turut bersama Tanah Melayu dan Singapura menubuh Persekutuan Malaysia adalah kerana mereka sedar jika ianya sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara maka sudah pasti untuk melakukan semakan terhadap royalti minyak memang sangat sukar untuk dijalankan tetapi jika ianya dibiarkan saja sebagai satu perkara yang terbuka untuk dibincang, diubah semula mengikut kesesuaian masa, jadi eloklah perkara berkenaan kekal menjadi satu hal yang tidak terikat dan ianya bebas untuk dikaji semula.
Jadi di sinilah saya nampak kebijaksanaan para pemimpin Sarawak dan juga pemimpin Sabah yang terdahulu dalam membuat keputusan, mereka berpandangan jauh di dalam perkara ini dan sudah tentu mereka juga sudah boleh menjangka apa yang bakal terjadi sekiranya bayaran royalti 5% minyak untuk Sarawak dan Sabah diikat kemas dalam Perlembagaan Persekutuan dan adalah sesuatu yang mustahil untuk melakukan semakan semula terhadap perkara tersebut memandang ianya sudahpun termaktub sebagai satu perjanjian kekal atas persetujuan bersama antara Sarawak, Sabah, Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu.
TETAPI apa pula dengan Deklarasi Kuching tentang 7 Perkara yang diumumkan oleh pihak Pakatan Pembangkang baru-baru ini. Pada perkara ke-6 itu saja ianya telah menyebut tentang royalti minyak 20% untuk Sarawak dan Sabah dalam Ketetapan Kuching dan sekiranya terlaksana kelak Deklarasi itu akan berperanan seperti Perlembagaan Malaysia juga di mana jika sudah termaktub maka bermakna Perkara ke-6 itu akan dianggap sebagai satu perjanjian bersama Sarawak, Sabah dengan Semenanjung Malaysia yang tidak sama sekali tidak boleh diusik lagi walau pada bila-bila masa.
Untuk makluman seluruh rakyat Sarawak serta Sabah, bahawa Deklarasi Kuching itu sebenarnya satu ketetapan sebelah pihak saja dan langsung tidak mendapat pandangan atau pendapat daripada majoriti rakyat kedua-dua negeri ini terlebih dahulu sebagaimana yang dilakukan untuk tuntutan 18/20 Perkara satu ketika dulu kerana Deklarasi Kuching ini jelas telah digaris dan ditentukan sendiri oleh para pemimpin pembangkang DAP, PKR dan PAS dari Semenanjung untuk memperbodohkan pemimpin pembangkang di dua negeri ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan