Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 21, 2012

Anwar Ibrahim banyak kali kecewakan rakyat Sarawak ketika jadi TPM - Pehin Sri Taib

Mengulas mengenai isi kandungan atau janji-janji yang digariskan dalam "Deklarasi Kuching" oleh Anwar Ibrahim serta puak Pakatan Pembangkang di Kuching baru-baru ini, Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak percaya lagi kepada Anwar Ibrahim.

Mengimbas kembali kepada beberapa permohonan oleh kerajaan yang pernah diajukan kepada Anwar ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dulu, kerajaan negeri sudah banyak kali dihampakan oleh Anwar apabila pada mulanya beliau bersetuju untuk memberi peruntukan kepada kerajaan negeri namun akhirnya permohonan Sarawak telah ditolak mentah-mentah.

"Saya masih ingat pada satu masa selepas memberikan banyak janji, amat sedih apabila mendapati permintaan kita iaitu berjumlah RM600 juta bagi lima tahun untuk memajukan dan membuka estet kelapa sawit tidak ditunaikan," jelas Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud.

Tentang "autonomi" pula, Pehin Sri Taib turut menegaskan bahawa Sarawak khususnya selama ini telah banyak menikmati autonomi. Sarawak berkembang maju dengan lebih cepat adalah kerana telah banyak mendapat autonomi daripada kerajaan pusat dan segala janji yang dibuat oleh Anwar serta pimpinan lainnya dari Pakatan Pembangkang seperti dalam 7 perkara itu semuanya adalah palsu dan tidak boleh dipercayai.

Malahan Anwar, Lim Kit Siang, Abdul Hadi menurut Ketua Menteri, adalah orang yang tidak memahami mekanisme dan apa yang diperlukan dalam mentadbir negeri Sarawak.

1 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO...CUMA ANUWAR PANDIKUTTI JEK YG BUAT2 LUPE MASE DIA MASIH DLM KERAJAAN. SEMUA TINDAK TANDUK DIA BERPAKSIKAN NAFSU NAK KUASA. SEMUA TENDER KERAJAAN DIA PEGANG. HAA SKANG NI BILE DH KUAR DARI KERAJAAN DAH MCM BEROK KEPANASAN..TERBAWAK2 PERANGAI LAMA MASUK DLM FUCKATAN KEHKEHKEHKEH ADOIYAIII

Arkib Blog