Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 86 tahun

Rabu, Januari 18, 2012

Tolong! tolong!!! tolong pantau Dr Rani! ..jangan ada TBH II lepas ini...

Semua pemilik bangunan tinggi di Semenanjung Malaysia khususnya dan di Sarawak juga di Sabah amnya diingatkan supaya memantau pergerakan manusia yang naik turun masuk ke dalam bangunan masing-masing untuk tempoh yang akan diumumkan selepas ini.

Langkah ini adalah bertujuan untuk memastikan agar kejadian ngeri membunuh diri dengan bertindak terjun dari bangunan tinggi seperti yang pernah dilakukan oleh mendiang Teoh Beng Hock tidak akan berulang kembali di negara ini.

Peringatan ini sebenarnya berkaitan langsung dengan majlis perlantikan Exco Selangor yang baru menggantikan tempat yang dikosongkan oleh YB Datuk Hassan Ali yang disingkirkan daripada parti PAS dan seterusnya digugurkan dari jawatannya dalam kabinet kerajaan Selangor setelah diperkenankan oleh Sultan Selangor.

Menurut beberapa blog-blog yang beroprasi di Semenanjung Malaysia sejak beberapa hari yang lalu, ada orang yang sangat mengharapkan agar jawatan itu akan diberikan kepadanya dimana beliau dikatakan telah membuat persiapan yang sepatutnya agar tidak kekok ketika mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan KDYMM Sultan Selangor.

Akan tetapi harapan beliau itu telah hancur berkecai, punah-ranah apabila orang yang dipilih setelah diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor bukan dirinya tetapi merupakan seorang Wakil Rakyat dari kalangan pemimpin biasa yang tidak ada sebarang jawatan penting dalam parti PAS.

Dr. Rani Osman nampak gaya terpaksalah menanggung malu yang teramat sangat. Mana nak letak muka. Tapi yang penting beliau tidaklah bertindak kurang matang dengan mengambil jalan pintas dengan menamatkan riwayat politiknya terjun dari bangunan tinggi dan moga-moga ada pihak yang berkenaan memantau pergerakan beliau bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dari berlaku ;-))

4 ulasan:

Jeffry berkata...

PSST BRO..DR RANI WAT PEMBEDAHAN WAJAH KOT. MAKLUM LERR 1 DUNIA DH TAU KEHKEHKEHKEH

Ahmad Shukri Mokhtar berkata...

jawatan terbaru nya ialah BEKAS BAKAL EXCO..

hilbert berkata...

kesian dia bro, yang dikejar tak dapat...yang dikendong berciciran

itulah akibat kalau sanggup berpakat dgn DAP untuk merosakkan maruah agama dan bangsa sendiri

MoonHead berkata...

Tak der hal...Tok Mudim ada kosong..Islam gak kan..Kalu apply mesti dpt..Syarat mesti mahir asah pisau..

Sejarah TYT dan Ketua Menteri Sarawak [t/kasih: www.tehranlasik.com]

Courtesy tehran

Arkib Blog

Laman Sosial 1Malaysia

Laman Sosial 1Malaysia
Pertama di Malaysia

Pakatan Rimba berdemo...

Pakatan Rimba berdemo...
Ehsan blog : Dimensi

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Dewan Undangan Negeri Sarawak
Dirasmikan oleh KDYMM SPB Yang Di Pertuan Agong pada Isnin 27hb. Julai 2009: Bernilai RM296.5 juta. Terletak diatas bukit tepi Sungai Sarawak, Kuching seberang Hilton Hotel.

Sarawak Bersatu

Sarawak Bersatu
Menaungi perjuangan murni Blogger Sarawak