Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Januari 18, 2012

Liwat II: TS Ghani ada dua pilihan, failkan rayuan atau letak jawatan !

Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail harus diberi dua pilihan dalam menentukan tindakan yang perlu beliau lakukan berhubung dengan desakan demi desakan oleh berbagai pihak yang mahu beliau memfailkan segera rayuan ke atas keputusan kes liwat II oleh hakim Datuk Mohd Zabidin Md Diah yang telah membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Samada beliau akan merayu keputusan kes tersebut ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan Mohd. Saiful mendapatkan keadilan sewajarnya sebagaimana yang dituntut oleh beliau, keluarga beliau serta orang ramai yang mahu melihat keadilan di negara ini tidak hanya terhad kepada mereka yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat tetapi juga kepada sesiapa saja asalkan mereka adalah warganegara Malaysia.

Ataupun Tan Sri Ghani Patail perlu segera meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara kiranya beliau masih lagi ingin berdiam diri terhadap permohonan keluarga Mohd. Saiful yang mahu beliau mengemukakan rayuan di Mahkamah yang lebih tinggi berhubung keputusan hakim pada 9 January 2012 lepas.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..KLU KAT DUNIA AL JUBURI LEPAS, JGN INGAT KAT ALAM BARZAKH DIA PUN TELEPAS KEHKEHKEHKEH

hilbert berkata...

belum tentu terlepas anwar tu kalau Peguam Negara pasang telinga bro hehe..

Arkib Blog