Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Januari 12, 2012

Peguam Negara jangan pula 'keberatan' walaupun diugut oleh Majlis Peliwat!

Kita rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan dahaga keadilan memang sangat mengharapkan supaya Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail tidak akan mengikut jejak langkah hakim Datuk Zabidin Mad Diah yang "keberatan" untuk menjatuhkan hukum ke atas Anwar Ibrahim selepas dibicarakan berhubung kesalahan meliwat pembantu peribadinya 3 tahun yang lalu.

Biarkan saja hakim berkenaan dengan sikap "keberatan"nya dalam memutuskan penghakiman beliau terhadap Anwar Ibrahim kerana itu adalah hak dan plihan beliau dan kita semua sebagai rakyat Malaysia juga tidak harus "keberatan" untuk menerima keputusan yang beliau buat itu dan dengan hati yang lapang menerima keputusan 3 minit yang beliau buat.

Oleh itu kita sangat mengharapkan agar Tan Sri Ghani Patail tidak "keberatan" menerima cadangan dari pasukan pendakwaraya untuk kes liwat II supaya memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan secepat mungkin sebelum tempoh sepuluh hari iaitu selepas keputusan dibaca pada Isnin 9 January tamat minggu hadapan.

Dan yang tidak kurang pentingnya adalah Peguam Negara tidak harus tunduk dan takut dengan desakan oleh Majlis Peliwat yang sedang berusaha untuk menggagalkan proses rayuan kes liwat II ke Mahkamah lebih tinggi. Saya setuju dengan Papa Gomo supaya Peguam Negara lebih berani dari Datuk Yusof Ketua Pendakwaraya dan tiada alasan "keberatan" lagi untuk tidak mahu membawa kes liwat II ke Mahkamah Rayuan untuk dinilai oleh 3 hakim.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..AG HARUS DENGAR SUARA MAJORITI YG MAHUKAN PEMBELAAN TERHADAP SAIFUL DI TRUSKAN BERDASARKAN BUKTI2 YG ADA DAN JGN LUPE DNA ANUWAR! HUHUHUHU

masbak rumashid berkata...

Jika Sdr Anwar diberi peluang 36 kali penangguhan. Maka besar harapan kita untuk mohon jasabaik Tan Sri Abd Ghani, memfailkan rayuan sdr Saiful ke Mahkamah rayuan.

Semoga kes Sdr Saiful dapat di dengar semula. Terima kasih Tan Sri

Arkib Blog