Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Januari 14, 2012

901: Majlis Peliwat tak perlulah jadi katak tolak hujan naik ke langit !

Kepada Presiden Majlis Peliwat, saudara Lim Chee Wee kita berpesan agar pihak mereka janganlah lupa dengan asas perjuangan yang telah dan sedang mereka bawa selama ini iaitu kebebasan. Kononnya kebebasan untuk seluruh rakyat Malaysia tak kira siapa mereka, tak kira apa jua latarbelakang mereka.

Sebelum ini mereka tampil mempertahankan tindakan-tindakan tertentu oleh beberapa kumpulan seperti apa yang berlaku pada 9 Julai (BERSIH 2.0) dan lain-lainnya konon atas nama menuntut kebebasan untuk semua. Pihak Majlis Peguam begitu kuat berdiri di belakang menyokong tindakan yang dibuat oleh kumpulan berkenaan walau jelas tindakan sedemikian melanggar peraturan dan undang-undang negara.

Oleh itu apabila ada pihak yang lain juga ingin menuntut keadilan bagi diri dan keluarganya maka pihak Majlis Peguam tak usahlah cuba menyekat atau menentang usaha mereka kerana sebagai sebuah pertubuhan yang kononnya wujud semata-mata untuk memastikan kebebasan bagi hak semua maka mereka perlulah menyokong dan bukan sebaliknya.

Gesaan oleh Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee terhadap Peguam Negara agar tidak memfailkan rayuan keputusan kes liwat II ke Mahkamah Rayuan amat melucukan sekali. Nyata mereka sendiri telah menidak serta menentang apa yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Apabila hak kebebasan itu digunakan oleh pihak lain, mereka cuba menafikan pulak.

Majlis Peguam atau Majlis Peliwat ini tak ubah seperti katak yang memohon hujan agar turun, tetapi apabila sungai nak banjir maka mahu tolak balik hujan naik ke atas langit...mereka siang malam mohon hujan turun tapi lepas tu mahu tolak balik...

2 ulasan:

ayah berkata...

Presiden Bar-ua ini pun jambu Anuar juga.

hilbert berkata...

agaknye bro ;)

tu lah pasal nama pertubuhan tu kena tukar jadi Majlis Peliwat dan tak sesuai dah jadi Majlis Peguam

Arkib Blog