Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Disember 26, 2011

Siswa lain timba ilmu tapi Adam Adli timba taik Anwar !

 Saya semakin naik heran, kebebasan akademik yang macam mana lagi yang hendak diperjuangkan oleh Adam Adli serta rakan-rakan mahasiswa beliau yang pro-Pakatan Haram. Tambah hairan lagi apabila perjuangan Adam Adli itu telah mendapat sokongan kuat daripada Anwar Ibrahim, A. Samad Said dan barisan pemimpin parti Pakatan Haram yang lain.
Nak dikatakan Adam Adli itu bodoh atau bangang memang susah juga sebab dia adalah seorang mahasiswa iaitu orang yang terpelajar dan boleh dikategorikan dalam golongan mereka yang cerdik pandai, berpendidikan tinggi serta berilmu.

Masalahnya di sini ialah apabila Adam Adli sanggup bertindak keterbelakang atau lebih kurang memang tidak bertamadun ekoran tindakan bodoh dan biadapnya menurun bendera gambar wajah Datuk Seri Najib yang dikibar di bangunan PWTC baru-baru ini nyata tidak mencerminkan beliau adalah seorang yang terdidik.

Zaman ini adalah zaman IT memang mudah sangat untuk kita menyuarakan atau mengenengahkan apa jua masalah kita kepada para pemimpin negara termasuk Perdana Menteri sendiri. Tidak payahlah untuk kita bersusah payah hendak turun berarak beramai-ramai, berhujan panas di atas jalanraya semata-semata untuk menyampaikan sekeping memo kepada pihak yang berkenaan.

Seperti YAB Datuk Seri Mohd Najib, beliau telah lama memiliki akaun facebook, twitter serta laman blog sendiri yang mudah untuk dilayari oleh sesiapa saja dan kita semua boleh melayari dan menjadi rakan dalam laman sosial milik beliau tanpa perlu membayar walau sesenpun. Tetapi yang peliknya, kenapa peluang sebegini tidak digunakan oleh Adam Adli selaku mahasiswa untuk meluahkan apa saja perkara yang terpendam dilubuk hati beliau terus kepada Perdana Menteri tanpa terlebih dulu perlu melalui pihak lain.

Itulah yang anehnya tentang Adam Adli ini, di saat mahasiswa yang lainnya sedang sibuk mengejar masa untuk menimba ilmu sebanyak mana yang mungkin tetapi beliau pula asyik sibuk dengan hal lain iaitu untuk menjayakan agenda yang telah diletak Anwar Ibrahim ke atas bahunya.

Dan yang menghairankan juga tentang tindakan biadap Adam Adli baru-baru ini ialah, dikala kerajaan Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib sedang giat memperkenalkan dasar keterbukaannya dalam menguruskan pentadbiran negara, tetapi mengapakah Adam Adli seperti tidak mampu melihat akan hakikat itu apabila kumpulan mahasiswa yang dipimpinnya terus juga berarak di atas jalanraya sambil menjerit, memekik, melolong bagai orang gila dan terus melangkah sumbang dengan bermacam-macam sepanduk.

Tiada ulasan:

Arkib Blog