Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Disember 26, 2011

Fasal 153: hari pertama Krismas dirosakkan oleh pemimpin pelampau Kristian !

Kumpulan ekstrimis atau pelampau agama bukan hanya terdapat di dalam masyarakat Islam saja sepertimana yang selalu diwar-warkan oleh pihak Barat namun kumpulan mahupun pemimpin berhaluan kiri dalam agama lain juga sudah semakin banyak wujud umpamanya di dalam agama Kristian sendiri dewasa ini termasuklah di negara kita Malaysia.

Salah seorang pemimpin pelampau Kristian (mazhab entah apa?) yang baru dikesan adalah Rev. Father Dr. Eu Hong Eng, Paderi yang bertugas di Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia.

Hari pertama ataupun pada hari kedua, hari ketiga dan seterusnya pada Hari Krismas sepatutnya digunakan oleh pemimpin-pemimpin gereja untuk menyeru kepada seluruh umat Kristian ke arah perpaduan dan keharmonian dan bukannya memandu mereka ke arah perpecahan dari warganegara Malaysia yang lain sehingga memaksa masyarakat Kristian tersisih dan dibenci oleh masyarakat Islam di negara ini.

Apabila paderi ini membangkitkan Perkara 153 yang telah sekian lama termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ketika menyampai Missa pada pagi pertama Krismas jadi apakah sebenarnya muslihat beliau? Apakah Dr Eu Hong Eng ini faham apa itu Fasal 153 Perlembagaan Malaysia? Adakah beliau tahu atau sengaja tidak tahu kenapa Perkata 153 itu diwujudkan bersama dengan perkara yang lain dalam Perlembagaan Negara?

Kepada Father Dr. Eu Hong Eng, tolonglah,,,...tolong jangan lagi cuba hendak menimbulkan sebarang suasana genting antara masyarakat Kristian dengan orang Islam di negara ini. Kalau anda ada matlamat lain, maka eloklah berhenti saja dari menjadi pemimpin gereja dan masuklah bidang politik dan disitu mungkin anda lebih layak untuk bercakap tentang banyak perkara yang bersangkut-paut dengan perlembagaan negara sebab gereja bukan tempat untuk membangkitkan apa-apa jua isu yang sering dibangkitkan oleh ahli politik.

Sebagai seorang paderi yang mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan sepatutnya Father Dr. Eu Hong Eng lebih peka dengan banyak perkara atau amalan yang perlu dijauhi untuk mengelak sebarang penyakit dari menjangkiti kesihatan diri dan ianya juga boleh diterjemahkan melalui tindakan lain seperti beliau sekarang adalah salah seorang pemimpin kepada umat Kristian di kawasannya, jadi sebagai seorang paderi, beliau tentu sedar tugas beliau adalah untuk memimpin umat Kristian ke arah kebaikan dan bukannya ke arah keburukan.

Oleh itu apabila beliau menuduh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan itu sebagai satu bentuk "buli" terhadap orang Kristian di negara ini, maka beliau amat salah dan silap mengenainya. Father Dr Eu Hong Eng harus tahu dan faham bahawa tanpa artikel 153 yang terkandung serta yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan itu, mana mungkin agama lain selain Islam boleh diamalkan dengan bebas sebebasnya di negara ini walaupun agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi Persekutuan.

Orang Kristian, orang Buddha, orang Hindu, orang Sikh dan lain-lain kepercayaan...mereka sentiasa boleh bebas meraikan perayaan agama masing-masing di Malaysia tanpa sebarang sekatan daripada kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh kepimpinan Islam. Selama ini orang Kristian di negara ini juga tidak perlu rasa risau atau takut jika hendak menjalankan sebarang aktiviti agama asalkan ianya tidak mengganggu penganut agama lain, jadi apa perlunya untuk mempertikaikan Perkara 153 itu?

Apa yang Father Dr Eu Hong Eng sangat perlu sedar tentang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan itu ialah ianya berupa suatu jaminan kepada setiap agama untuk bebas diamalkan oleh semua penganutnya di negara ini dan bukan bererti bebas untuk menyebarkan fahaman agama masing-masing kepada penganut agama yang lain dan sekiranya beliau boleh mengerti tentang perkara berkenaan bermakna beliau juga boleh belajar bagaimana cara untuk menghormati hak-hak penganut agama lain dengan tidak menyokong sebarang usaha menarik penganut agama lain ke dalam agama yang tertentu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO...KLU BUKAN KERANA BISIKAN SETAN BERTANDUK ANUWAR BENDA NI TAK AKAN TIMBUL. PSL NK RAMPAS KUASA ANUWAR PERGUNAKAN SAPE SAJE UTK CAPAI MATLAMAT PERIBADI DIA..TU PSL RAKYAT KENA HATI2 SETAN YG SEKOR TUH HUHUHUHU

hilbert berkata...

samalah bro, paderi yg jenis serupa Anwar tu lah yang sering mengeruhkan hubungan antara Islam dan Kristian

Arkib Blog