Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Disember 19, 2011

Menurun bendera potret PM: Saifuddin Abdullah wajar dipecat !

Kegagalan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ialah apabila beliau turut berucap ketika perhimpunan oleh sekumpulan mahasiswa sedang berlangsung serta menggunakan pembesar suara yang dibawa oleh kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai oleh Adam Adli dan juga Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).


Keduanya, Datuk Saifuddin Abdullah telah gagal untuk memastikan agar tidak berlaku sebarang perkara yang akan membangkitkan lagi rasa marah rakyat Malaysia terhadap tindakan sesetengah mahasiswa apabila masih berdegil untuk terus mengadakan perarakan bagi menuntut Akta AUKU dihapuskan walaupun kerajaan sudah memaklumkan bahawa akta tersebut memang akan dimansuhkan.

Apabila mahasiswa yang berdemonstrasi sudah hilang ingatan, mabuk dan sudah naik gila...segala pertimbangan mereka sudah tentu tidak akan stabil lagi maka ada yang sehingga sanggup pula bertindak dengan sungguh kurang ajar dan biadap bila tergamak menurunkan bendera yang mengadungi potret wajah Perdana Menteri ke-6 YAB Datuk Seri Hj Mohd Najib Tun Razak dari hadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putera PWTC dua hari yang lalu.

1 ulasan:

IBRAHIM KASA berkata...

ELOK LA ITULAH HADIAH terbaik utk najib..yang gatal sangat nak batal AUKU

Arkib Blog