Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 22, 2011

Isu bendera PM: apa benda di dalam beg galas Tian Chua, ice-baby? special brew?

Pernah tak pihak berkuasa khususnya pihak polis yang bertanggungjawab dalam memberikan permit kepada kumpulan SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) dan juga BEBAS (Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik) mengambil langkah lebih berjaga-jaga terhadap mereka yang menyertai demonstrasi jalanan tempoh hari yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta beberapa pemimpin parti politik daripada Pakatan Haram Pembangkang dengan membuat pemeriksaan ke atas semua barangan yang mereka bawa termasuklah setiap beg yang digalas setiap daripada mereka.

Walaupun tidak menjangka para peserta demontrasi tersebut akan membawa sebarang objek seperti senjata berbahaya namun pemeriksaan memang perlu dilakukan juga kerana kemungkinan besar ada benda lain yang tidak terduga dikhuatiri boleh lolos umpamanya dadah berbagai jenis, pil khayal serta minuman keras beralkohol yang memabukkan seperti brandy, martell dan semua jenis minuman yang tentunya boleh menyebabkan mana-mana mereka yang menyertai perarakan itu boleh bertindak diluar batasan manusia yang normal.

Adakah YB Tian Chua pernah mengisytiharkan kepada pihak polis apa barang dalam beg galas yang beliau bawa bersama ketika turut sama sesetengah mahasiswa berhimpunan, berarak dan berdemontrasi dihadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) bagi menuntut Akta AUKU dimansuhkan sehingga membawa kepada kejadian yang sangat memalukan mahasiswa seluruh negara setelah rakan mereka iaitu Adam Adli sanggup untuk bertindak melampau serta biadap dan sungguh kurang ajar apabila menurunkan bendera Presiden UMNO ke-7 YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan menggantikannya dengan bendera SMM.

Sebagai seorang yang berjawatan Pengarah Strategi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), sudah pastilah Tian Chua telah bersiap sedia sebelum bermulanya perhimpunan oleh mahasiswa-mahasiswa pro-Anwar. Tian Chua tentu sekali awal-awal lagi telah menyediakan segala barang keperluan terutama apa yang memang diperlukan oleh golongan muda untuk membolehkan mereka agar lebih berani bertindak mengikut arahan sebagaimana yang dikehendaki.

Tidak mustahil juga dalam perkiraan saya, sebelum mereka memulakan gerakan menuju ke bangunan PWTC di Ibu Negara, mana-mana peserta yang memang kaki pot tentu terlebih dahulu kena mengecas tenaga dan minda mereka dengan benda yang telah di sediakan oleh Tian Chua. Biarpun ini cuma satu andaian saja namun lain kali kita sangat berharap agar pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan paling ketat terhadap mana-mana individu yang menyertai demonstrasi khusunya mereka yang menggalas beg di belakang badan bagi mengetahui apa barang yang mereka bawa.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..KEJE TIANG CHUA MMG MCM TU. KLU NAK DEMO GANAS MESTI SUPPLY 'BARANG' LAGI PAWER PUNYE..TAKUT2 KALAU TAK PAWER NANTI NAK LAWAN POLIS PUN TAK LARAT KEHKEHKEH

PAPA GOMO berkata...

gua rasa dia bawak barang salah tu.... Ganja barangkali.... tu yang banyak mahasiswa jadi LEMBU...

hilbert berkata...

Apa2pun lain kali pihak Polis hendaklah meningkatkan lagi syarat kepada mana2 individu yang mahu menyertai sebarang perhimpunan, tak kiralah status atau kedudukan mereka apa, mesti kena periksa segala..mana tau mereka memang pembekal barang terlarang seperti dadah dll kepada perusuh seperti Adam Adli & Co

Arkib Blog