Saya tertarik dengan satu artikel yang dikeluarkan semalam oleh Papa Gomo yang mengulas mengenai tindakan oleh pihak berkuasa agama Islam di Aceh terhadap sekumpulan 65 pemuja budaya 'Punk' yang rata-rata mereka terdiri daripada anak muda dan beragama Islam.
Papa Gomo berpendapat tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama di wilayah Aceh itu terhadap kumpulan terbabit sebagai kejam dan tidak wajar maka oleh itu beliau beliau berharap agar kerajaan Malaysia tidak mengikut mengikut pendekatan sepertimana yang digunakan oleh pihak agama Islam Aceh untuk digunapakai dalam usaha membenteras gejala sosial supaya tidak terus berkembang dikalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda Islam dan Melayu.
Cuma apa yang ingin hendak saya sampaikan disini ialah, sebagai seorang penulis blog yang berkalibar serta yang telah diiktiraf oleh ramai pihak, harap kita semua mampu menyahut seruan kerajaan walaupun mungkin tidak semuanya tetapi separuh daripada itu barangkali kita mampu untuk menggalas bersama iaitu apabila kita selalu mendengar pihak kerajaan seringkali menyebut tentang 'modal insan' atau dalam ertikata lainnya pihak kerajaan senantiasa berusaha melahirkan ramai generasi baru yang berguna kepada bangsa dan negara yang mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa depan.
Oleh itu, sekiranya kita sendiri mahupun sesiapa saja masih juga tidak peka dengan kehendak pinhak kerajaan malah masih terus mahu mempertahankan budaya tertentu terutamanya budaya asing dari luar seperti budaya punk ataupun lainnya yang lebih menjuruskan kepada keruntuhan moral serta akhlak, apakah kita tidak sedar bahawa tindakan menyokong atau mempertahan budaya sedemikian sebenarnya tidak akan membantu sebarang usaha untuk mempertingkatkan kefahaman tentang Islam apatah lagi untuk mempertabatkan agama Islam yang saban hari sentiasa terdedah kepada berbagai bentuk ancaman.
Jika kita melihat daripada segi berpakaian kumpulan punk ini termasuklah bermacam-macam aksesori atau barang-barang perhiasan lain yang digunakan untuk menghiasi tubuh badan mereka dan apakah apabila mereka mengena atau memakainya tidak akan menimbulkan sebarang masalah terutama ketika waktu mereka (yang beragama Islam) hendak menunaikan solat 5 waktu ? Malah ada yang bertindak lebih berani apabila sanggup membuat ukiran tattu di badan sebagai memenuhi keperluan untuk menjadi salah seorang anggota kumpulan punk yang sah.
Apa-apapun saya tetap kagum dengan tindakan yang tegas dan berani oleh pihak berkuasa agama Islam di Aceh terhadap pihak-pihak yang cuba untuk menodai kesucian Islam dan harap kerajaan Malaysia perlu melihat bahawa tindakan serupa juga perlu digunakan ke atas mana-mana pihak di negara ini tidak hanya terhad kepada kumpulan 'punk' atau kumpulan 'skin head' sahaja malah terhadap kumpulan Seksualiti Merdeka juga yang jelas sengaja cuba untuk mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan yang makmur dan harmoni rakyat di negara ini.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Disember 17, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
1 ulasan:
steady bro... PUNKS not Dead.....
he he he
Catat Ulasan